Aku jarang berjalan cuti-cuti Malaysia sekarang ni, setakat jalan dekat-dekat ada la. Masa cuti hari merdeka hari tu, takde plan nak kemana-mana, tapi kalau duduk rumah macam bosan pulak. So fikir-fikir nak jalan-jalan amek angin je ke destinasi yang tak berapa jauh.
Bukit Fraser.
Kawasan tanah tinggi ini tidak semeriah Cameron Highland, tapi untuk nak rehat-rehatkan kepala boleh la. Dulu-dulu datang sini sebab hiking, sekarang datang just to rileks dengan anak dan suami. Kami tak stay sana, pegi pagi, petang balik.
Sebab cuti umum sempena hari merdeka, Bukit Fraser penuh juga dengan manusia pelbagai bangsa. Ada geng-geng bikers, ada geng-geng cycling yang gigih mengayuh basikal dari bawah hingga sampai ke atas, ohh sangat gigih.
Kami sampai sana dah nak masuk waktu lunch, lepas makan, lepak-lepak santai-santai sambil layan Zhareef main kat playground.
macam biasa....muka poyo
Kat playground ada kawasan main golf untuk kanak-kanak, RM8 untuk setengah jam. Maka, bersungguh la budak ni main golf, dan yang bestnya...dia main mengelat. Letak bola dihujung-hujung lubang, pastu pukul. Memang sah-sah lah bola tu masuk lubang.
Kihkihkih.
Menangis Tiger Wood kalau tengok dia main.
Bukit Fraser agak membosankan sebenarnya. Nak petik strawberi, aku tengok pokok strawberi pun rasa simpati, takde buah pun. Mungkin dah habis kena petik dengan orang lain. Tengok sayur pun sedih. Nak naik paddle boat, ramai pulak yang beratur.
Tapi yang bagusnya, tempat ini masih belum tercemar macam Cameron Highland. Udaranya masih segar, kehijauan masih terjaga. Cuma kurang aktiviti dan entertainment.
3 comments:
jerebu dok...?!
cpl: masa ni belum jerebu lagi...cuaca elok je ai boleh bernafas dgn tenang.
tak pa la cik kiah oiii....
nnti viral2 kang ai jadi glemer meletop tebabooo lak nnti...
susah ai nak pegi mana2 nnti.. hahahahaa....
cukup2 je la meroyan kat blog idup segan mati tak mau saya tu... hehehe
Post a Comment