Tuesday, September 15, 2015

Sup ayam dengan rempah home-made

ini last portion aku korek-korek dari dalam periuk, kentang dan segala isi dah banyak habis

Bila badan rasa tak sedap, hidung mula berair, tekak pun mula sakit....terasa nak makan sup lah. Selama ni aku selalu masak sup plain je, cuma letak sup bunjut, tapi kali ni macam nak letak rempah sup. Rempah sup ready-made banyak aje jual di kedai-kedai, pelbagai jenama ada, jenama Faiza ada, Adabi ada, Baba's pun ada kalau tak silap.

Aku google, terjumpa resepi buat rempah sup sendiri, macam menarik je. Aku jumpa di blog Azlita Masam Manis. Kakak ni kalau masak semuanya sedap-sedap.

Resepi rempah sup home-made:

3 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang Putih
3 biji Buah keras
1 inci Halia - (ini aku tambah)
1 sudu teh Jintan Manis*
1 sudu teh Jintan Putih*
1 sudu teh Ketumbar*
1 sudu besar Lada Hitam

Cara-cara: 

Sangai dulu bahan bertanda *
Kisar semua bahan-bahan di atas. Siap.

Dan kau masak lah sup macam biasa, tumis kulit kayu manis+bunga lawang+buah pelaga+bunga cengkih. Kemudian, masukkan rempah sup home-made yang kau dah kisar tadi, tumis sampai pecah minyak. Masukkan air, then masukkan kentang atau carrot atau apa-apa sayur yang kau suka. Kemudian, masukkan ayam, biarkan mendidih.

The taste is sooo good. Lepas ni aku tak payah guna rempah sup yang kat kedai lagi.

Sup ni....cicah roti pun sodap.






5 comments:

Kay said...

ko buh buah keras jgk ke?

julie shahril said...

Kay: ye bubuh. Fungsi buah keras utk memekatkan kuah, mmg sup ni pekat sket dari kuah sup biasa, sbb tu cicah roti pun sedap.

cinta said...

Bila nak pack n jual kat pantry kak uda?
(Tanya serius. Tak main2)

SuzieLAWAti said...

lepas ni ade..

Sup Bunjut Julietter ... hehehhee...

cer buat bnyak2.. kasik jemput kengkawan makan... hehehee

julie shahril said...

siti: tak terfikir pun! hihi

cpl: nak jemput kengkawan tuuu...tggu la 72 bulan lagi....hiks!