Tuesday, November 17, 2015

Menara Jam Condong, Teluk Intan

Sabtu 2 minggu lepas, lepas ikut husband aku hantar bidai kat rumah customer di Shah Alam, kami tak tahu ke mana arah tuju nak berjalan. Spontan keluar dari mulut husband, jom kita pergi menara condong.

Jom lah. Laju je aku jawab.

Maka, dari Shah Alam, kami ke Teluk Intan semata-mata nak tengok Menara Condong. Nak pergi menara Pisa jauh sangat kat Italy nun, ke menara condong aje lah. Sama je, dua-dua menara itu senget.

Hikhikhik.

Haritu kami berdesup ke Melaka semata-mata nak pergi Jonker Street, ni ke Teluk Intan pulak semata-mata nak tengok si senget nih.

Aku jarang explore Perak. Kalau naik bas zaman-zaman jahiliah masa belajar kat Pergglihhh dulu, lalu je dalam kawasan negeri Perak. Perak banyak tempat menarik kan, cuma belum ada kesempatan nak explore semua.

Mula-mula ingatkan nak ke Kellie's Castle, tapi macam jauh lagi nak kena drive, kami bukan nak overnite kat Perak, tapi nak balik hari. Jadi, tak payah lah pergi Istana Pakcik Kellie tu, ke menara condong aje sudah. Next time planning baru explore tempat lain.

Untuk pengetahuan, nama Teluk Intan ini diambil sempena nama seorang janda yang cantik jelita bernama Mak Intan (ni nama mak mertua aku) hahaha. Mak Intan adalah seorang peniaga yang datang dari Sumatera, beliau lah yang membuka Teluk Intan ini pada abad ke-18.

Dasyat juga Mak Intan ni yer...

Pada asalnya, nama tempat ini ialah Teluk Mak Intan, kemudian pada tahun 1882, ia ditukar kepada nama Teluk Anson sempena nama seorang gabenor Inggeris, Jeneral Archibald Anson. 

100 tahun kemudian iaitu tahun 1982, nama Teluk Anson ditukar kepada Teluk Intan.



 jadi, ini lah rupa paras menara condong yang popular di Teluk Intan tu

Menara yang dibina pada tahun 1885, tingginya ialah 85 kaki, ada 110 anak tangga. Umur menara ni dah 130 tahun dah.


 jom kita masuk ke dalam..

 aku ingatkan nak masuk kena bayar, rupanya free aje..
bagus, bagus..


Sejarah mengatakan bahawa terbinanya menara ini dulu bertujuan untuk menyimpan air kepada penduduk kampung pada musim kemarau. Sebenarnya menara ini ada jam besar berfungsi sebagai penjaga masa dizaman British dulu. Sampai sekarang jam tu masih berbunyi, aku dengar haritu, kalau tak silap setiap setengah jam akan kedengaran bunyi jam.

 Menara ini setinggi 3 tingkat, kalau tengok dari luar, ianya nampak macam 8 tingkat..tapi sebenarnya cuma 3 tingkat sahaja.

 jom kita naik atas..

 macam biasa lah, anak aku mana nak ikut naik atas, dia mana suka tempat-tempat macam ni..
jadi, dia tunggu kat bawah dengan bapaknya...

 struktur nya masih kukuh..

 macam ni rupanya kat bahagian atas, boleh la nak lepak-lepak sebentar kat sini sambil tengok pemandangan pekan Teluk Intan

 aku rasa ini tingkap..tapi tak macam tingkap

 Bentuk pagoda ini yang membuatkan menara ini unik...kalau waktu malam lagi cantik sebab ada lampu..


Kenapa menara ini condong?

Kerana ia dibina diatas tanah lembut, serta menampung bebanan takungan simpanan air, dan pada tahun 1889 dan 1895 pernah berlaku banjir besar yang menyebabkan menara ini condong sedikit.

nampak tak tu ada perempuan aneh berdiri nun di atas sana...


Dah puas hati dapat tengok menara senget nih, jom lah balik. Masa datang tadi kami lalu highway. Nak balik ke pangkal jalan ni, kami nak lalu jalan biasa, nak menikmati keindahan alam kononnya. 

Kami lalu Kampung Sg. Haji Dorani. Heiii....ni kampung dak jujie nih...hai dak jujie....kami lalu kampung awak, kami lambai-lambai, awak nampak tak?

:D

Sampai kat area Sekinchan, banyak betul orang jual mentarang. Apa benda mentarang ni? Ianya sejenis makanan laut. Nak cuba? jom kita berhenti singgah makan mentarang bakar.
 


Kami singgah kat kedai makan Faridah Mentarang Bakar. Nama dah serupa nama mak aku dah. Nampak macam best je makan sambil tengok air.



Haaa....tempat macam ni lah yang saya suka mama, ada air, ada ikan, ada sampan....bukan menara condong yang scaryyyyy tuuu...

Terus segar nyawa budak ni bila nampak air. Bapaknya pun sama....genetik mereka berdua adalah sama, pantang nampak air, pantang nampak ikan...


 
Kami order mentarang bakar, kalau nak mentarang masak lemak pun boleh, tapi sebab kami bukan lapar sangat, cuma nak rasa je, kami order yang bakar aje, not too heavy la kan, nasi takde...ratah aje.

1 kilo mentarang rm30. Kami order 1/2 kilo aje, sebab bukan nak makan banyak pun.

 the taste is....ermmm...entah. Susah nak cakap. Ada kenyal-kenyal sket, to be honest...aku tak berapa suka. Ke sebab mentarang ni bakar? kalau masak lemak sedap ke? mungkin kena cuba yang masak lemak pulak lepas ni.

Orait...


Jalan-jalan jumpa Mak Intan (mak mertua aku) dah...
Makan-makan kat kedai Faridah Mentarang Bakar (mak aku) pun dah...

.
.
.
.

Jom balik!





7 comments:

SalbiahM said...
This comment has been removed by the author.
SalbiahM said...

first time saya tengok keadaan dalam menara condong Telok Intan ni.tak tau pulak boleh masuk n free plak.thanks share story..baru tau nape dia condong..

cinta said...

Bestnya sukasuki nak bjalansanasini. Shah Alam ke Teluk Intan. Amvoi.

Julie Shahril said...

Salbiah: welcome :)

siti: sekali sekala bole la, berkala-kala pitam juga.

Dr Singa said...

wahh..
dah boleh masuk dalam menara tu!!!
menarik ni!!

ko bisnes bidai lak?
pm harga sis..

Julie Shahril said...

kakizat: owhh...sebelum ni tak boleh msuk ek? kita xtau pun. ok, nanti kita pm harga eh.

whooz said...

tengok rancangan yag Remy Ishak host tu naik moto gi perak, menarik2 tempat nya