Monday, December 14, 2015

Family bonding : Memancing

Aku bukannya kaki pancing, tapi aku telah berkahwin dengan kaki pancing...huahuahuaaa. Lepas tu pulak, makcik dan sepupu sepapat aku pun ramai yang suka mancing.

Last week, masa family aku ada di sini, kitaorang berjalan-jalan ke Hulu Langat rumah makcik aku. Dia ni pun kaki pancing, kemain handal memancing. Dia bawa kami memancing di sini...

Kolam Rekreasi Memancing Tepian Rimba.

Bayaran: 2 jam RM22

Aku tersuka pulak dengan tempat ini walaupun ia tak besar, tapi selesa, tak panas dan banyak kerusi untuk duduk.

Walaupun aku bukan kaki pancing, tapi aku suka ikut husband aku memancing, dan aku suka bawak Zhareef sebab DNA budak ni macam dah sama dengan DNA bapak dia. Pantang nampak air, pantang nampak ikan.

Aktiviti memancing sebenarnya bagus untuk perkembangan otak budak yang sedang membesar. Jangan takut bagi dia main air, pegang ikan, pegang rumput, pegang pasir, dan yang penting...pegang joran..haha. Cuma kita sebagai parents kena sentiasa awasi pergerakan anak, maklum la kan, salah langkah sikit mau terjun kolam budak tu.

Dan bagi aku yang bukan kaki pancing ni, suasana memancing kadangkala menenangkan fikiran, sesekali dengar bunyi kocakan air, ada tiupan angin sepoi-sepoi, dengan syarat bagi aku duduk ditempat redup, aku okay je. Oh ya, bagi juga aku bekalan air dan sedikit roti, aku akan jadi bertambah okayyy.

Tapi seriourly tempat ini sangat selesa bagi aku. Ada toilet, surau dan tempat budak-budak bermain.


(1) Kolam memancing Tepian Rimba, Langat.

(2) Mak, abah, makcik, sepupu dan adik-adik aku nak pergi memancing. Sebenarnya, mak dan abah aku, termasuk lah aku tak mancing pun. Kami tengok je, menyibuk-nyibukkan diri, hehe.

(3) Dia cari ikan dan dia excited dengan air, memang anak bapak betul lah.

(4) Yang rambut putih tu abah aku, sepanjang 3 jam mancing kat situ lah dia duduk sambil baca surat kabar...kehkehkeh. Tahan betul dia layan kerenah anak beranak ni semua.

(5) Cute design owner ni buat, ada small bridge, ada pokok-pokok tiruan

(6) Ada papan gelongsor untuk budak-budak. Nampak pakcik baju biru tu? dia terer gila mancing, berpuluh ekor ikan talapia dia sebat. Dia ada bagi 3 ekor ikan talapia kat sepupu aku.

(7) Husband aku, Zhareef dan Pika, anak sedara sepupu.

(8) Kalau taknak rasa berdosa, sila lah bayar sebelum memulakan aktiviti memancing.

(9) Tahap keluasan kolam ni tak besar mana, tapi suasana tu nyaman dan tenang.

(10) Ada fountain, suka dengar bunyi air

(11) Ini tempat simpanan ikan, ikan-ikan dalam ini lah yang akan dilepaskan dalam kolam.


Aktiviti macam ni nampak macam biasa-biasa, tapi bagi aku amat lah besar maknanya. Kami dapat berkumpul anak beranak, mancing bersama-sama, bila dapat ikan, bagi sorang sikit rasa, rezeki yang ada dikongsi bersama, merapatkan tali silaturahim.

Tak perlu pergi jauh-jauh untuk merapatkan hubungan keluarga. Memancing je cukup.



3 comments:

cinta said...

Wah bagus. Selain tu dpt juga mnjimatkan duit blanja beli ikan. Mancing kat pasar mahal.

eynda said...

Semua jadi best bila bersama orang tersayang kan :-)

Julie Shahril said...

cinta: make sure kena dpt ikan byk lah, baru berbaloi dgn bayaran memancing, kalau mancing main2 mmg buat penat je. tapi haritu mancing mmg dpt byk.


kak eynda: yup betul tu, apa saja yg kita buat dgn family akan jadi best walaupun aktiviti tu biasa2 je.