Monday, January 4, 2016

Short Trip 2016 : Cameron Highland

Kami sekeluarga mempunyai satu tabiat setiap tahun iaitu suka pergi Cameron Highland. Walaupun orang kata, apa sangat la yang ada kat Cameron tu, bukan ada apa pun, ada pokok teh je. Tapi, takpe, pedulikan apa orang kata. Yang penting kita happy. 

Actually, ini adhoc trip sebenarnya. Aku kan suka buat sesuatu terkejut tergempar. Decide nak pegi Cameron malam, kemas-kemas segala baju, esok pagi-pagi terus gerak. Standby baju untuk 2 malam. Sampai sana, cari hotel, main redah aje. Nasib baik ada hotel, tapi mahal sikit.

Kita singgah Lata Iskandar dulu. Tak ramai orang sebab masih awal pagi.

 air yang sejuk

di sini aku perasan ada papan tanda kepala air
means, mesti pernah berlaku kes-kes kepala air kan..

 kemudian, singgah Bharat Tea Plantation
tempat wajib kalau sampai sini

Aku order Masala Tea. Teh campuran halia, serbuk kulit kayu manis dan cengkih. Sedap. Lepas minum teh ni, petang aku sakit kepala, malam...angin keluar dari badan. Dasyat teh ni.

Kami stay di Star Regency Hotel, Brinchang. Hotel bajet je tapi harga tak berapa bajet sangat pun. Oleh kerana kami ada 3 dewasa (adik lelaki aku pun ikut) dan seorang kanak-kanak, kami ambil bilik besar terus. Hotel ni hotel lama, biasa-biasa je tapi sebab bilik besar, layan je lah. Musim-musim cuti macam ni susah nak dapat hotel, kalau ada pun harga ya rabbi.

Bilik ni RM212/night. Ada 1 katil queen, 1 katil single. Nak tau cerita, petang tu bilik aku black-out. Staf hotel datang betulkan apa benda entah. Then, elektrik ada semula. Bilik ni jer bermasalah, bilik lain tak black-out pun. Ingatkan dah terus ok, rupanya, malam....black-out lagi.

Aku ni dah la tengah sakit kepala, black-out pulak. Diaorang suruh kami tukar bilik. Maka, tukar lah ke bilik lain. Oleh kerana mereka rasa bersalah agaknya, mereka bagi kami bilik lagi besar.

Ni biliknya, besar gila. Ada 1 katil queen, 2 katil single. Boleh main bola sepak dalam bilik ni sebab luas. Keadaan bilik ni takde lawa mana, hotel lama kan, tapi takpe, kita datang sini nak jalan-jalan, bukan nak terperap dalam bilik. Bilik hanya untuk tidur. Yang penting, katil selesa dan toilet bersih, ok la tu pada aku.
 

Cactus Valley

Hari pertama jalan-jalan, kami ke Cactus Valley. Tujuan utama nak makan scone. Tapi tak amek pulak gambar scone di sini. 


 takde buat apa sangat kat sini..
cuma berposing anak beranak je

dan layankan budak ni main ikan


Lavender Park

Tiket masuk
Dewasa : RM6
Kanak-kanak: RM3

Zhareef masuk free sebab umur baru 3 tahun.

Keesokan harinya. Kami ke Lavender Park. Tempat ini boleh dikatakan macam floral theme park sebab penuh dengan bunga-bunga. Bunga yang menjadi tarikan sudah tentunya...Lavender.

Aku suka style tanam pokok dalam boot tu.

 Lavender
pokok betul tau, bukan plastik
Aku ni penggemar scone. Di Lavender Park ada cafe jual scone. Tapi scone kat sini tak sedap, keras sikit. Harga pun mahal RM8 seketul, tapi saiz besar.

Sebelum ni aku selalu makan scone di Cactus Valley, scone kat sana boleh tahan sedap kalau compare kat Lavender Park ni.

Tapi...scone ni paling win setakat ni. Di YZ Agro Farm, Taman Sedia. Scone disini lembut dan gebu. Harga pun tak mahal, cuma RM4.50 seketul. Minum pulak dengan Strawberry Coffee, nikmatnya.

Hari kami di sini, sepanjang hari gerimis mengundang. Hujan renyai-renyai dan angin kuat, jadi kesejukan tu terlebih sikit. Malamnya, check suhu, 15-17 deg C. 

Boleh la fefeeling macam kat London, muahahaaaa.

Sebenarnya kalau ikutkan hati, kalau lah cuaca cerah, kami nak naik gunung Brinchang dengan kereta. Tapi, memandangkan cuaca asyik hujan walaupun tak lebat, hajat tu terpaksa dilupakan.

 teratai

 Di Lavender Park dah ada surau.
tengok tu, ada budak menjeling

 belakang tu adik bongsu aku

The Seven Dwarf

Sepanjang jalan budak ni bosan dan asyik merengek, sebab bunga-bungaan bukanlah dunia dia. Tapi, nasib baik ada ikan sebagai penyelamat. Dia kusyuk bagi ikan makan.




 Bunga-bunga gerbera banyak kat Lavender Park ni..aku pun baru tau ini lah bunga gerbera. Khas untuk Cik Miza @ Boboi.


Turun dari Lavender Park, kami singgah Kea Farm. Cuci mata dan survey apa yang patut.

 asparagus yang segar
tahukah anda, asparagus ini berfungsi sama macam kita makan petai, melawaskan kencing, berfungsi untuk membuang air dan garam yang berlebihan dalam badan melalui urine.

Sapa-sapa nak bela pokok manja-manja dalam ofis ke, kat rumah ke..ni ada Wheat Grass King Hair..rendam bear ni dalam pasu atau mangkuk kecik, cukup seminggu akan tumbuh rumput atas kepala bear ni. Tapi benda ni tak tahan lama, cukup jangka hayat, rumput pun layu.

 apa ni? ulat ke?
tak lah, ni ginseng

Kea Farm adalah pilihan terbaik untuk memborong sayur-sayuran selain dari pasar malam di Brinchang. Sebenarnya, orang-orang yang berniaga di pasar malam itu adalah orang yang sama berniaga di Kea Farm ni.



Taman Agroteknologi Mardi

Okay..

Kemudian, kami ke Taman Agroteknologi Mardi, Tanah Rata. Kalau datang sini, aku mesti amek gambar di buai ni. Dah macam acara wajib. Buai ini trademark aku dengan Zhareef.

 Tahun 2013
umur Zhareef 6 bulan

 Tahun 2014
Umur Zhareef 2 tahun 5 bulan

Tahun 2016
Umur Zhareef 3 tahun 3 bulan

Tahun 2015 aku tak pergi Cameron, aku pun tak ingat sebab apa. 


Kemudian, kami patah balik ke Brinchang, meredah naik bukit sampai jumpa Juliana Chalet. Dari bawah nampak tinggi je chalet tu, aku tak ambil pulak gambar chaletnya.

Tapi aku ambil gambar view dari atas bukit...view pekan Brinchang dari atas.


Pekan Brinchang dari atas bukit

 zoom sikit


Jim Thompson Cottage

Lepas tu kami meredah lagi. Kami tak ada arah tujuan, main jalan ikut suka. Saja nak explore belah-belah atas bukit, nak tengok ada apa kat sana. Jalan-jalan kat bawah dah biasa sangat.

Dan kami jumpa signboard Jim Thompson Cottage. Melonjak-lonjak aku suka. Aku suruh husband aku drive terus ke atas. Tak sangka kat sini rupanya cottage pakcik Thompson ni. Siapa tak kenal Jim Thompson? Sila la google sejarah lelaki Amerika ni.

Takpe lah, meh aku cerita sikit bagi siapa yang belum tahu. 

Jim Thompson (nama penuhnya James Harrison Wilsom Thompson) adalah seorang saudagar kain sutera yang kaya di Bangkok, Thailand. Beliau berasal dari Greenville, Delaware, Amerika Syarikat. Beliau adalah individu yang berjaya menaikkan semula industri textile di Thailand suatu masa dulu.

Sebelum itu, Jim Thompson pernah berkhidmat sebagai tentera Amerika Syarikat dibahagian perisikan ketenteraan.

Suatu hari pada bulan Mac 1967, Jim Thompson datang ke Cameron Highland atas undangan perkahwinan anak rakan perniagaannya. Beliau menginap di banglo Moonlight rakannya (gambar bawah). Pada pagi 26 Mac 1967, beliau keluar ke hutan, dan sejak itu tidak ada sebarang jejak lagi mengenainya. Usaha mencari telah dijalankan secara besar-besaran, namun tak jumpa sebarang mayat atau tanda-tanda yang boleh dijadikan bukti kemana beliau pergi.

Unsolved mystery!

Ada teori mengatakan, Jim Thompson adalah agen CIA memandangkan beliau pernah berkhidmat sebagai tentera Amerika. Jadi, beliau menghilangkan diri dan memadamkan terus identitinya. Ada pulak teori lain mengatakan beliau di tawan oleh komunis, tapi takde pulak apa-apa wang tebusan diminta.

Tapi paling tak boleh blah, ada yang mengeluarkan teori beliau di culik oleh UFO. Hehehe.

 Moonlight Bungalow

Banglo tempat Jim Thompson menginap sebelum beliau hilang. Sebab itu banglo ini diberi nama Jim Thompson Cottage. Ada 2 banglo di sini yang boleh disewa, Moonlight dan Sunlight.

Ini Sunlight Bungalow

Semua banglo ini boleh disewa dengan harga RM1800 - RM2000 satu malam. Ada 8 buah bilik, sesuai untuk 24 orang.

Kebetulan ada aunty cina yang jaga kat situ, aku tanya dia.

 View dari atas bukit berdekatan Moonlight bungalow.
Sayup-sayup je aku tengok jalanraya kat bawah tu.

 Sebenarnya aunty cina tu tak bagi aku ambil gambar, kecuali untuk penyewa kat sini je...hihi
tapi aku kan degil....

Kat sini aku jumpa pokok buah cinta. Buah ini banyak dijual di pasar malam Brinchang, kat Kea Farm pun ada. Selalu nampak buahnya saja, ni jumpa pokoknya sekali. Aku tak tahu apa rasa buah ni sebab tak pernah terdetik pun nak beli.


The Royal Chateau



Kalau tak silap aku, The Royal Chateau ni bukan hotel atau resort untuk disewa, tetapi banglo persendirian untuk dijual. Harga? Aku check dalam iproperty harga adalah dalam RM4.8 juta. Kihkihkih.

Aku tak mampu beli, hanya mampu tengok je. 



Konsep rekabentuk banglo kat sini ala-ala macam kat oversea, siap ada nama-nama sendiri. Banglo ni namanya Manchester. Boleh la berangan kekonon berada di Manchester.

 Kat Buckingham pulak

 terowong untuk ke playground belah belakang sana

Selain dari Manchester dan Buckingham, rumah lain yang ada ialah Ascot dan Mayfair.


Nampak tu perumahan orang-orang kaya. Cantik nan indah mata memandang, duit yang keluar pun indah juga. Tapi orang berduit apa ada hal, mereka mampu.

Belah malam, jalan-jalan di pasar malam lagi. Pasar malam Brinchang beroperasi hari sabtu dan ahad saja. Tapi kalau cuti sekolah, mereka akan beroperasi setiap malam bergantung keadaan ramai atau tak ramai pelancong yang datang. Aku tak shopping banyak, beli sweater sehelai, dan madu 2 botol. Aku memang selalu beli madu original kat sini.


Ini saja lah coretan saya sepanjang short trip 3 hari 2 malam di Cameron Highland.

Tahun depan kami datang lagi, in shaa Allah.


22 comments:

Kay said...



Menarik lawatan ko ke Cameron ni, nanti boleh la riki2 time bermalam kat hotel ringlet cikgu Hanisah

Julie Shahril said...

kay: tempat lain dh biasa pegi kecuali jim thompson cottage tu je

cinta said...

Tak pnah jejak kaki ke cameron.
tetiba teringin.

Julie Shahril said...

siti: pergilah bercuti rehat2 kat sana, tapi make sure jgn pegi waktu cuti sekolah, sesak gila, tak sanggup den.

Gerb said...

Comel je ambik gambar kat buai tu. Teruskan sampai tua. Nostalgia tu.

SUZANASAKURA said...

YANG RUMAH BUNGLOW NI AREA MANA EKK...TANAH RATA OR BRINCHANG

Julie Shahril said...

suzana: area brinchang

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

nice view atas bukit dengan english look.

Mila Ahmad said...

kecian kita tak pernah sampai lagi cameron sobs sobs sobs

Unknown said...

mbantu juga blog ni..nnti trs set tmpt yg cntik2 nk lawat bln 10...xsbar rasa nk smpai royal tu..

Unknown said...

Baru pi tadi,nak masuk yg Lavender tu,dah naik harga. Rm 8 utk dewasa,kanak2 rm 5. Mahal..dulu mula2 bkak klau x silap rm3 je utk dewasa. Da singgah cameron,jgn lupa mkn steamboat abg stober,betul2 blakang parking bertingkat kat tanah rata. Rm35 utk dewasa. Mahal tp worth to try.

dya saia said...

Bru plan nk g..thnks for review :)

dya saia said...

Bru plan nk g..thnks for review :)

sriwani said...

eh.. samalah tabiat kita. tiap tahun mmg akan jejak kaki ke cameron. husband pun ckp CH tempat wajib pergi tiap tahun. tahun ni jer tak pegi sebab ada baby kecik.. huhu best tgk pic2 tu.. rasa x sabar nak pegi ...

anniz mohtam said...

Wow. Lpas ni bole try scone kt YZ Agra Farm pulak la. Sy pun peminat scone gak. Nk g cameron ni semata2 nk crik scrone n teh tarik sane. Kn mcm2 perisa. Hehe.. btw. salam perkenalan sis 🤗

zarul farhana said...

bestnya

Anonymous said...

Are you in need of a loan? Do you want to pay off your bills? Do you want to be financially stable? All you have to do is to contact us for more information on how to get started and get the loan you desire. This offer is open to all that will be able to repay back in due time. Note-that repayment time frame is negotiable and at interest rate of 3% just email us creditloan.1111@gmail.com

Unknown said...

Macam mane nk tahu madu yg djual tu ori ya...sy selalu bli dekt org also msa nk turun je

Unknown said...

*asli

Unknown said...

*asli

neko19 said...

Luas bilik hotel tu ya..

suhaila said...

Wahh bestnya.. pic cantik giler! last pergi cameron tahun 2010 tak salah. Bulan depan insyaAllah nak pergi lagi. Tak sabar!