Rumors kata Muzium TUDM ni bakal-bakal ditutup. Dari tahun 2012 aku dengar rumors ni tapi tak tutup pun. Tapi, kalau betul lah ia bakal lenyap kat tengah-tengah bandar KL ni, harus lah kita pergi melawat dulu. Kalau dah lenyap nanti menyesal pula.
Entrance fee: FOC
Jom kita tinjau apa yang ada.
Adik aku kata helikopter ni macam nak roboh dah. Aku kata balik, sebab tu lah heli ni selayaknya masuk muzium, sebab dah nak roboh, kalau elok lagi takde lah tersadai kat sini.
Masa sampai ke sini, cuaca panas yang amat. Orang utagha kata, panas lit lit. Panas lit lit tu maknanya terrrrlalu panas. Jom masuk ke dalam tengok apa yang ada. Tujuan utama datang melawat muzium ni sebab nak tunjuk kat dak Zhareef kapal terbang. Aku bajet dia akan melonjak-lonjak kegembiraan.
Tapi rupanya, dia melalak kesedihan. Sebabnya, dia takut tengok kapal terbang ni besar sangat. Selalunya dia main kapal terbang kecik comel jek. Dan kebetulan pulak, waktu sampai di sini adalah waktu dia tidur.
Jadi sila berimaginasi macam mana dia punya tantrum.
Sebelum masuk, mari bertegur sapa dengan budak ni dulu, nama dia Rajawali.
masih smart lagi Rajawali ni walaupun dah masuk muzium.
Ini cockpit Rajawali
Tapi aku nak tergelak tengok kerusi Rajawali ni, macam kerusi meja makan kat rumah. Haha. Mungkin kerusi asal dah rosak, jadi diaorang ganti dengan kerusi ini. Asal boleh je. Lepas tu tengok lah aircond kat hujung tu. Tu cooler macam kat rumah jugak.
Ini kat dalam gudang tu...ada 3-4 buah kapal terbang kecil. Bila tengok kapal terbang kecik-kecik ni terus terbayang cerita kartun 'Plane'. Dah beratus kali aku khatam cerita kartun tu gara-gara Zhareef suka.
front view
Aku tak sempat nak baca satu-satu nama kapal terbang ni...paham-paham lah kalau berjalan dengan anak. Mana nak kejar dia, mana nak tekan kamera, mana nak membaca....
Sudahnya...tak payah baca lah.
besar lubang hidung kapal terbang ni
Nampak tu kat dinding belakang, ada gambar, nama dan model kapal terbang. Aku nak baca nama-nama tu lah. Dah la dinding tu jauh, tulisan kecik-kecik...kalau nak baca kena kecikkan mata, tenung dalam 5-10 saat apa benda diaorang tulis...
Semua luaran badan kapal terbang ini disapu dengan minyak untuk elak berkarat. Mula-mula aku nak dudukkan Zhareef atas wing, tapi sebab berminyak....tak jadi lah.
Dah habis jenguk-jenguk kat dalam gudang, kita lihat pula apa yang ada di luar. Ada sebijik saja helikopter, yang lain semua plane.
Comel tau plane ni...aku suka tengok lubang hidungnya...
dan model kapal terbang yang sedang tersedu sedan sebab kena paksa bergambar oleh ibubapanya..
ngeh..ngeh...
Yang ni tak payah dipaksa....dengan relanya berposing macam kulit muka depan kaset tahun 80-an
ok tak tau nama apa jet ni...tak baca. Masa ni dak Zhareef dah mengekor aku sambil tersedu-sedu. Mak pak dia tak boleh fokus nak membaca dan berposing.
jet lagi..yang ni besar berbanding yang lain
Ramai orang masa ni, ada macam event apa entah, siap ada booth-booth jual baju kat belah luar sana..
Sebab tak sempat nak membaca, aku membuat kesimpulan sendiri...kapal terbang ini adalah kapal terbang mengangkut air...sebab designnya melengkung kat bawah...
pandai tak teori aku...hehe
nampak kapal terbang warna hijau-hijau lumut gelap tu?
jom masuk dalam tu, ada tangga kat belakang.
nampak kapal terbang warna hijau-hijau lumut gelap tu?
jom masuk dalam tu, ada tangga kat belakang.
Zoom sikit kapal terbangnya. Tengok lah tu budak buat perangai, tak nak berjalan, nak berdukung. Budak ni berat dah 18kg okay. Nasib baik Allah menganugerahkan badan mak dia yang agak gagah perkasa, kalau tak, pitam. Dalam pada gagah pun, nak patah jugak pinggang yang tak berapa nak ramping tu.
Ini lah keadaan didalamnya. Kalau tengok movie perang-perang, askar-askar akan naik dan duduk, pakai seat belt dan bersedia untuk berjuang....yeahhh, baru ni dapat rasa naik kapal terbang askar.
Tapi
cockpit dia maha sempit. Mula-mula aku teruja nak duduk kat cockpit ni,
tapi selepas panjat tangga separuh aku turun balik. Macam sesak nafas
aku rasa. Kesimpulan....tubuh badan pilot memang kena kurus untuk duduk
disini. Huhuuu
Ok lah, setakat ni saja lawatan mak jemah dan konco-konconya. Mak jemah nak balik dah....penat sangat. Mak jemah nak cari air membasah tekak pulak, kering tekak nok...
8 comments:
bagus jugak kan sekali sekala pegi tempat mcm nie.
Sayang sebenarnya kalau muzium ni di tutup...
Mungkin, boleh start kenakan sedikit bayaran masuk...dan hasil kutipan tu boleh refurbish pesawat2 yg ada...dan utk maintenance muzium ni...jaga elok elok...
Saya tak sampai kagi ke sini...nak parking kereta senang ke?
impian nak pergi tak pernah kesampaian... aishhh
idzwa: dah lama sbnrnya nak ke sini, tapi baru ni ada kesempatan.
DZ: dgr kata muzium ni nak dipindahkan ke tmpt lain, somewhere kat n9 or melaka, not sure. sebabnya, tanah TUDM ni...ermm, dah dijual or bakal dijual...ke mcm mne ntah, ada kaitan dgn 1MDB gituuu...so paham2 lah. maybe diaorg dah rancang nak bangunkan benda lain kat situ....wallahualam. Parking senang, ada parking dekat situ, tapi masa hari saya dtg, guide suruh park kereta kat area masjid, kena jln kaki jauh sket. Pasai apa ntah suruh kitaorg parking jauh, bengang jugak.
Kay: Takpe, ko bujang, ada byk masa terluang.....set time and go!
Berkenan ngan model yg bwk bantal busuk tu.
cinta: tu model tak berbayar mak jemah, model tetap. upah susu dan coklat cukup.
aku dapat bayangkan kita excited nak bawak anak gi tengok ingatkan dia akn suka, last2 mimpi ngeri bagi dia..hahahhah!
anak oh anak :D
huz: tau takpe. ko memahami situasi bila mana mak2 bajet anaknya happy, rupanya tak seperti apa yg disangka. hahaha. anak aku ni jenis unpredictable.
Post a Comment