Monday, March 14, 2016

Vietnam : Day 2 : Ho Chi Minh City : Cu Chi Tunnel

Hari Kedua

Aku book tour ke Cu Chi Tunnel dari hotel saja. Orang kata, kalau nak dapat harga murah, kena rajin survey di merata tempat, tapi aku malas nak fikir dah, dan malas nak berjalan sebab memikirkan susah nak kontrol Zhareef. So, sku book aje dari hotel.

Selain Cu Chi Tunnel, aku book juga pakej ke Mui Ne. Tour di Mui Ne akan aku ceritakan dalam episod seterusnya. Total yang kami kena bayar untuk Cu Chi Tunnel dan pakej Mui Ne ialah RM640 (untuk 3 orang). Aku bayar duit RM campur VND sikit sebab dah kehabisan RM.

Jadi, hari ke-2 ini kami ke Cu Chi Tunnel dulu. Esoknya baru bergerak ke Mui Ne.

Kami diarahkan menunggu bas pick up di hotel pukul 8.00 pagi. Pagi itu, kami bersarapan dulu di restoran Haji Osman. Restoran ini bersebelahan aje dengan restoran Hajah Basiroh.

 Aku makan nasi lemak. Kami boleh makan tanpa terkejar-kejar sebab waktu masih awal.

Pukul 8.00 pagi, bas sampai. Basnya kecik dan sempit, bertabah aje lah duduk dalam suasana sempit. Semua penumpang kebanyakannya mat/minah saleh, kami bertiga saja Melayu.

Begini lah keadaan dalam bas. Bas ini akan pick up semua orang dari satu hotel ke satu hotel yang ambil pakej dengan dia.

 Ini guide yang handle group kami. Dia yang akan bercakap dan terangkan sejarah Cu Chi Tunnel. Tapi sorry, aku lupa nama dia, hihi.

Cu Chi (sebut: Ku Ci) Tunnel adalah tempat bersejarah dimana rakyat Vietnam telah membina terowong sepanjang 200km pada tahun 1940-an semasa mereka berperang melawan tentera Amerika. Terowong ini telah mengambil masa selama 25 tahun untuk disiapkan.

Kenapa Amerika berperang melawan Vietnam? Guide kami memberi jawapan mudah.

It is because of money.

So, nampak tak betapa 'miskin' nya Amerika sebenarnya pada waktu itu. Dah lah miskin, menjajah pulak negara orang, lepas tu merampas harta negara orang. Dah merampas harta orang, dibunuhnya pula rakyat Vietnam.

Guide kami meminta semua orang dalam bas menulis nama dan dari negara mana kami datang. Aku meneliti senarai nama, ada 2 orang rakyat Amerika dalam bas.

Tidakkah mereka berdua rasa terpukul dengan sejarah perang yang melibatkan negara mereka? Sejarah perang Amerika dengan Vietnam mencatatkan kemenangan buat Vietnam di mana tentera Amerika mengundurkan diri pada tahun 1973.

Amerika malu dengan kekalahan tersebut kerana mereka merasakan mereka jauh lebih hebat dengan senjata canggih, namun tentera Vietnam jauh lebih bijak dalam melawan musuh. Kerana itu lah, Amerika menukar fakta sejarah dengan membuat filem kisah perang mereka dan dengan penuh konfiden, mereka kata mereka menang. 

Namun, sejarah tidak boleh diubah yer.

Kalau aku jadi rakyat Amerika dalam bas tu, aku malu.

Di Malaysia ada Agro Bank, di Vietnam ada Agri Bank
hehe..

Perjalanan dari hotel ke Cu Chi Tunnel mengambil masa kira-kira 2 jam. Kalau tengok keadaan jalan yang sesak dan cara mereka memandu, memang senak perut.

Pemandangan yang dapat dilihat sepanjang berada dalam bas. Memancing di tepi sungai bersebelahan dengan jalanraya utama.

 Bangunan bewarna warni ini mungkin shopping complex barangkali..

Sebelum sampai ke Cu Chi Tunnel, bas berhenti singgah di tempat kraftangan. Kami dibawa turun dan melihat cara-cara membuat kraftangan menggunakan kulit telur.

Kulit telur dijadikan kraftangan yang cantik

 Lukisan yang dibuat dan ditepek dengan kulit telur. Cantik dan kreatif.

 Hasil tangan dari kulit telur. Kalau kita, kulit telur tak ada nilai pun. Gigih kan diaorang tampal kulit telur hancur tu satu-satu.

 ini pula ukiran ayat Quran

Kami tidak diberi masa yang lama di tempat kraftangan ni, adalah lebih kurang 30 minit. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Cu Chi Tunnel.

Kaunter tiket Cu Chi Tunnel

Bayaran masuk ke Cu Chi Tunnel ni berbeza-beza yang aku baca dalam blog orang. Rupanya harga berbeza sebab depends on pakej dari company mana yang kita ambil. Macam kami, kami tak perlu beli sendiri tiket, sebaliknya guide kami yang belikan, dan bayaran yang diminta untuk kami bertiga ialah 110,000VND.


Jalan masuk nak ke terowong Cu Chi

Masuk je jumpa benda ni...aku pun tak tau nak panggil apa
pondok?

Sebelum pergi lebih jauh, kami diberi masa beberapa minit untuk duduk disini dan menonton tayangan video yang menceritakan sejarah peperangan Vietnam dan Amerika.

Kemudian, baru lah kami dibawa ke satu kawasan dimana terletaknya perangkap yang dibuat oleh tentera Vietnam.

Mereka bina lubang 4 segi, didalamnya ada jeriji tajam yang diperbuat daripada buluh. Penutup perangkap itu boleh berpusing. Apabila musuh terpijak saja, maka jatuh lah dia lalu tertembuskan badan mereka dengan jeriji tajam tu.

Ini lubang yang dibuat oleh tentera Vietnam. Pada asalnya, saiz lubang ini lebih kecil, tetapi kini telah dibesarkan untuk disesuaikan dengan saiz badan pelancong.

Demontrasi oleh salah seorang pelancong untuk masuk ke dalam lubang. Untuk masuk kedalam lubang, tangan mesti diluruskan keatas.

Sebelum memasuki lubang, orang-orang Vietnam sengaja meletakkan daun-daun kering disekeliling lubang supaya bila lubang ditutup, daun-daun kering juga akan menutupi lubang tersebut, dan musuh tidak dapat mengesan kewujudan lubang itu. Bijak kan.

Hasil selepas salah seorang pelancong masuk kedalam lubang, dan lubang ditutup. Automatik daun-daun kering pun menutupi pintu lubang itu. Musuh yang lalu tak akan terfikir kat bawah sana ada lubang dan terowong tempat persembunyian orang-orang Vietnam.

 Patung-patung yang menggambarkan keadaan tentera Vietnam suatu masa dahulu

 "Give me your number or email, i will contact you later. Oppss, err..do you have facebook?"

Lubang apa tu? Lubang ini sebenarnya macam ventilation (pengudaraan) yang dibuat oleh orang Vietnam. Fungsi lubang kecik ini untuk mengeluarkan asap yang terhasil selepas mereka memasak. Menariknya, pada zaman perang dulu, mereka yang hidup didalam terowong ini, mereka hanya memasak 1 kali sehari saja, dan waktu mereka memasak ialah waktu pagi (subuh).

Kenapa mereka masak hanya sekali sehari dan pada waktu pagi?

Kerana, waktu subuh akan ada kabus. Asap yang mereka masak akan keluar dari ventilation yang diaorang buat tu bersama-sama dengan kabus. Jadi, musuh tak akan perasan ada asap keluar sebab bercampur dengan kabus. Bijak kan.

Kalau mereka masak tengahari atau petang, dah tentu musuh dapat detect ada asap keluar.


 Ini kereta kebal yang pernah digunakan semasa zaman perang.

Aku tak naik pun atas kenderaan ni sebab ramai sangat mat saleh berebut nak panjat

Kemudian, kami dibawa lagi ke tempat contoh-contoh perangkap yang pernah tentera Vietnam buat semasa perang dulu. Ada macam-macam nama.

Ini tempat mereka buat maintenance kalau peralatan perang mereka rosak, kira tempat nak repair-repair lah.

Selain dari tempat maintenance, ada juga tempat merawat tentera yang cedera, tapi kami tidak dibawa masuk ke situ, so aku tak snap gambar.

Dah penat mendengar segala penerangan, kami dibawa berehat sebentar di sini, macam ala-ala cafe. Tapi sebab cafe ni tak halal, kami beli air mineral saja. Anak aku meraung-raung nak jagung bakar. Masalahnya, tak halal la sayang oi...entah dia bakar dengan minyak apa pun aku tak tau.

Kemudian, tiba masanya kami dibawa untuk memasuki terowong. Bab ni yang aku tunggu-tunggu. Nak lah jugak merasa macam mana duduk dalam terowong.

Masuk terowong dari lubang ini. Lubang ada banyak, dan terowong ni panjang. Ada setengah orang masuk dari lubang lain, tapi kami disuruh masuk dari lubang ini. Jom lah kita masuk.

Hebatnya mereka dahulu mampu membina terowong se-gah ini. Bila melangkah masuk, perasaan terus jadi lain. Tak tahu lah nak cakap perasaan tu macam mana. Perasaan kagum mungkin, bercampur terkejut.

 Jom turun ke bawah lagi

Depan aku ni mat saleh, dia tinggi...jadi dia kena tunduk dan merangkak. Aku yang pendek tak berapa tinggi ni, tak perlu merangkak pun, tunduk kepala sikit je dah boleh jalan...hehe.

Saiz terowong ini sudah dibesarkan untuk disesuaikan dengan badan pelancong, terutamanya pelancong mat saleh. Sebenarnya ada 2 tempat terowong ini, satu yang aku masuk ni dimana saiznya dah dibesarkan, satu lagi terowong yang memang saiz original, lagi sempit.

Terowong ini gelap gelita sebenarnya. Gambar ini nampak terang sebab aku guna flash kamera. Macam mana keadaan orang zaman perang dulu boleh tinggal dalam terowong yang maha sempit tanpa lampu? Dengar kabarnya juga, orang Vietnam dulu berkongsi tinggal didalam terowong ini bersama ular, jengking, nyamuk dan semut.

Sharing is caring.

Mat saleh depan dan belakang aku riuh betul mulut....

"Oh my God, i will die if i stay a bit longer here"

 Cakkk...
Ok keluar dah dari terowong..
Selesai semua tour, dipengakhiran kami dijamu dengan ubi rebus cicah kacang hancur. Menurut mereka, hanya ini makanan yang mereka makan ketika berada dalam terowong masa zaman perang. Kita orang Malaysia memang dah biasa dengan ubi rebus, tapi ada pelancong asing yang macam takut-takut nak makan, hihi.

 Menjamu ubi rebus beramai-ramai

Program hari ini selesai lebih kurang pukul 1 petang. Tiba masa untuk pulang ke Saigon (Ho Chi Minh City).


Kami tiba di HCMC hampir pukul 3 petang. Sepanjang dalam bas, aku terlelap juga sebab keletihan dan sakit kepala, mungkin sebab cuaca panas sangat dan kurang minum air.

Sampai hotel, aku memang lembik dan lepak, sampaikan dah malam husband aku ajak keluar pun aku tak larat. I need more sleep. Lepas ni nak kemas barang sebab esok pagi dah nak gerak ke Mui Ne.

Jadinya, malam tu hanya husband aku dan Zhareef aje keluar merayap, aku tidur keletihan sorang-sorang di hotel.


3 comments:

cinta said...

Persepsi biasa: besar itu kuat kecil itu lemah.

Lps nmpak lubang2 tu n statement mat saleh yg mulu riuh tu, hmmm.. ye ke?

Sbb tu US x menang.

Julie Shahril said...

cinta: atas semangat yg kuat, yg kecil tak mustahil boleh menang, dah terbukti dah.

SalbiahM said...

kagum dngan sejarah dan kehebatan orang vietnam..kalau sy orang Amerika datang sini memang malu rasa nak menyorok bawah kerusi