Tuesday, March 15, 2016

Vietnam : Day 3 : Mui Ne

Hari Ke Tiga

Pagi ini kami akan bergerak ke Mui Ne dengan menaiki bas. Pakej yang kami bayar termasuk:

- Tiket bas pergi-balik
- Resort 3 bintang untuk 2 hari 1 malam
- Jeep tour

Sebab pergi Mui Ne cuma 2 hari 1 malam, jadi tak perlu bawa pakaian banyak. Malam ini, kami stay di Mui Ne, jadi sebenarnya agak rugi juga sebab kami book hotel Saigon Pink 2 untuk 5 malam. Takpe lah, berkorban sikit demi nak ke Mui Ne.
Sedikit fakta tentang Mui Ne:
  1. Sebutan Mũi Né yang betul: Né tu sebut macam kita sebut perkataan Néscafé.
  2. Mui Ne adalah sebuah bandar peranginan tepian pantai di Wilayah Bình Thuận terletak di Tenggara Vietnam. Pekan ini terletak berhampiran dengan bandar Phan Thiết.
  3. Dari Ho Chi Minh City nak ke Mui Ne mengambil masa 5 jam untuk sampai.
  4. Mui Ne bertukar menjadi tempat peranginan popular pada tahun 1995 selepas ramai pelancong luar datang untuk menyaksikan gerhana matahari.
  5. Terkenal dengan Red Sand Dunes yang seluas 50 hektar, White Sand Dunes yang terletak 20km di utara Mui Ne. Kedua-duanya adalah padang pasir yang luas tapi tak seluas padang pasir Sahara, hehe.
  6. Juga terkenal dengan The Fairy Stream - iaitu mata air yang mengalir di satu terusan kecil, disekelilingnya ada mini Canyon.
  7. TIDAK ADA makanan halal. Pelancong muslim wajib membawa sendiri makanan seperti roti, biskut, maggie atau apa-apa saja yang halal dimakan.
  8. Kalau masuk kedai runcit di Mui Ne, yang boleh dibeli hanyalah air mineral.
  9. Kalau pergi Fairy Stream, Red Sand Dunes dan White Sand Dunes, sila pakai SELIPAR dan baju serap peluh.


 Beg kami bertiga untuk 2 hari 1 malam
kami bawa baju dan sedikit makanan


Kami akan naik bas di Stesen Bas. Mula-mula aku ingat akan ada orang datang ambil kami bertiga di hotel, rupanya kami kena jalan kaki sendiri ke stesen bas. Teksi tak nak bawa kami ke stesen bas sebab katanya stesen bas dekat sangat, diaorang malas nak hantar, hahaha.

Agen yang aku book pakej ini tunjuk jalan pada kami untuk ke stesen bas. Memang tak jauh pun dari hotel nak ke stesen bas, 10-15 minit jalan kaki.

Kami ambil pakej ini dengan Hanh Cafe. Kami kena stop sekejap depan ofis Hanh Cafe untuk tunggu van datang pick up. Sebenarnya dari Hanh Cafe nak ke stesen bas bukan jauh pun, boleh je nak jalan kaki, tapi agen tu suruh tunggu jugak. Perempuan baju purple tu lah agennya. Ramai juga yang menunggu van, rata-rata semua mat saleh, hanya kami bertiga je orang Malaysia, dan muslim.

Sebab pertama kali naik bas di Vietnam, aku tak berapa tahu syarikat bas apa yang ok dan tak ok. Dari review yang aku baca, bas Hanh Cafe ni selesa, cuma yang tak best diaorang suka ambil dan turunkan orang kat tepi jalan. Lepas tu suka angkut barang entah apa-apa, so dah buang masa kat situ.


Signboard biru-kuning tu lah ofis Hanh Cafe. Lepas ni dah tau dah, kalau nak ke Mui Ne, pergi je terus ke ofis Hanh Cafe, tak payah book kat hotel sebab hotel pun book dengan dia, entah-entah kalau book sendiri lagi murah.


Bas yang kami naik ini adalah Sleeper Bus. Kerusi bas ni jenis boleh duduk, lunjurkan kaki dan baring terus. Memang selesa lah. Ada 3 baris kerusi dan 2 tingkat. Oleh kerana aku bawak anak kecik, aku request nak seat bawah.


 we in the sleeper bus

 seat tingkat 2

 ada small ladder untuk naik ke seat atas

Sedikit jakun sebab first time naik sleeper bus. Oh ya, pagi-pagi sebelum bergerak ke stesen bas, kami bersarapan dulu di restoran Haji Osman, lepas tu kami tapau nasi goreng seafood untuk dibawa ke Mui Ne.

Selesa sebab boleh lunjurkan kaki. Lupa nak bagitahu, naik sleeper bus ni kena buka kasut, driver akan beri beg plastik untuk letak kasut/selipar.

 Setiap sorang dapat air mineral free. Banyak air mineral ni, boleh ambil banyak mana kita nak.

Bas bergerak ke destinasi. Perjalanan smooth, tapi gaya pemanduan disini memang menakutkan. Kena berzikir banyak-banyak dalam bas, haha. Driver-driver kat sini, tak kiralah driver bas ke, kereta ni...semua brutal-brutal.

Bas Hanh Cafe ni seperti yang aku cakap tadi, selesa memang selesa, tapi suka angkut dan turunkan orang tepi jalan, dah bukan macam bas express pulak. Lepas tu, dia berhenti di RNR punya lah lama, aku ingatkan driver tu buat apa, rupanya tunggu nak angkut barang apa benda entah, banyak gila. Yang paling tak boleh blah, dia angkut motosikal bawak masuk dalam perut bas. Bengong la diaorang ni.

 Bas Hanh Cafe

bas berhenti di RNR

Keadaan RNR di sana. Aku cancel nak membuang air kecil kat sini sebab toiletnya takde paip, lepas tu kotor. Kat sini memang sah-sah tak halal, yang boleh dibeli cuma buah dan air mineral.


Lepas berhenti agak lama di RNR ini, bas meneruskan perjalanan. Kali ni takde berhenti mana-mana dah. Perjalanan memakan masa 5 jam disebabkan faktor jalanraya. Kat sana bukan ada highway macam kat Malaysia ni. Kita boleh bersyukur juga sebab ada highway PLUS untuk ke utara atau ke selatan. Kat sana, lalu jalan biasa je. Lepas tu, driver semua brutal-brutal kan. Sebab itu perjalanan jadi panjang.

Bila dah sampai di Mui Ne, aku ingatkan bas akan stopkan kami depan hotel, rupanya driver berhenti rehat dulu kat ofis Hanh Cafe. Di Mui Ne ni diaorang ada ofis juga. Aku berdua dengan husband dah blur gila masa ni. Pergi tanya kat kaunter, bas ni hantar sampai hotel tak? Staf dia kata, memang akan hantar tapi kena tunggu lagi 30 minit sebab driver nak rehat dan makan.

Bengang juga lah masa ni. Staf dia suggest kalau nak cepat sampai hotel, kena ambil teksi. Sebenarnya, hotel kami dah tak jauh, dalam 1km je lagi. Fikir punya fikir, ambil je lah teksi, sebab takut lambat nak check-in. Dalam itinerary, jeep tour start pukul 2.00 petang. Masa ni dah pukul 1.15 petang.

So, kami decide ambil teksi. Kebetulan memang teksi Mai Linh dah menunggu depan Hanh Cafe tu. Jarak 1km ke hotel, teksi caj kami 50,000VND.

Ini lah resort tempat kami menginap di Mui Ne..
Hoang Kim Golden Resort

 Ini lah bilik kami bertiga

 Not bad resort ni, selesa dan nyaman. Betul-betul berdepan dengan laut.

 our room, ada 2 katil queen size

 Ada fridge juga. Tapi resort ni tak menyediakan kettle untuk masak air panas. Aku terpaksa mintak air panas dari tuan resort ni di lobi.

Toilet

Jeep yang kami naik untuk pergi tour

Jeep tour start pukul 2.00 petang. Kami tak sempat rehat lama. Buat lah apa yang wajib sepantas yang boleh, lepas tu nak keluar tour pulak. Dalam pakej yang aku book ini, kami akan ke:

- Fairy Stream
- Fish Village
- White Sand Dunes
- Red Sand Dunes

Masa yang aku tunggu-tunggu. Hoyehhhhh. Tak sabar nak pergi padang pasir. Tapi mula-mula, kita ke Fairy Stream dulu.


1. The Fairy Stream

Tempat ini merupakan satu terusan dimana ada mata air mengalir dikelilingi oleh mini canyon. Nak pergi Grand Canyon jauh sangat, kita datang sini je lah, tengok mini aje.

 ok, dah sampai ke Fairy Stream

 Jom kita berjalan dalam air. Air ni tak dalam mana pun, tak sampai buku lali pun. Kena tanggalkan selipar. Nak datang sini kena pakai selipar ok, tak payah susah-susah pakai kasut, leceh.

Yang baju kotak-kotak tu driver kami. Dia kata, kat hujung sana ada tempat mata air keluar. Masa yang diberi untuk kami berjalan lebih kurang 30-40 minit. Kami tak sampai hujung pun, so tak dapat lah tengok mata air tu macam mana rupa.

 Jom mula kan berjalan

 Terusan yang boleh tahan panjang

Tepi-tepi tu mini canyon, terhasil secara semulajadi akibat hakisan angin

 budak ni segar bugar dapat main air, dia lah yang paling happy sekali kat sini


Tempat ini dinamakan Fairy Stream kerana pembentukan pasir (mini canyon) belakang aku tu. Nampak tak lekuk-lekuk yang terhasil tu, kononnya macam tempat si pari-pari terbang dan hinggap duduk disitu. Haa...gitu lah ceritanya.

 Mak jemah seronok posing

 Kat sini pun ada orang jual souvenir

Lubang-lubang kecil yang terhasil secara semulajadi

Lubang tu kekononnya tempat pari-pari duduk menyorok, hihihi

Kat tengah-tengah fairy stream ni ada ladang burung unta



2. Fish Village

Selepas berjalan-jalan dalam air di Fairy Stream, kami ke Fish Village. Fish Village adalah sebuah perkampungan nelayan terletak dihujung utara Mui Ne. Disini kita boleh lihat beratus-ratus bot kecil berwarna warni diatas air. Aku rasa kawasan ini tempat orang kampung parking bot-bot diaorang.

Seriously cantik kampung ni.

 Kawasan tanjung yang menempatkan bot nelayan berwarna warni

 Mari kita zoom bot-bot tersebut

 anak aku ralit tengok laut dan bot

 Siapa suka tengok rancangan Running Man? Ada satu episod tu, diaorang buat pergambaraan di Vietnam naik bot bulat-bulat tu.

Zoom lagi...comel ok bot bulat ni. Aku hentam je panggil bot, apa nama benda ni sebenarnya lupa pulak nak tanya driver kami.

Kami tak lama pun di sini. Ada lah dalam 10 minit je. Pelancong yang datang sini cuma nak tengok keadaam kampung dan bot-bot yang ada dilaut, itu aje.

Kemudian, kami bergerak ke White Sand Dunes. 


3. White Sand Dunes

Ini lah tempat yang aku tunggu-tunggu, White Sand Dunes. Sebelum ni aku tak pernah tahu pun di Vietnam ada padang pasir. Yang menyebabkan aku tahu pasal Mui Ne lepas aku baca satu blog sorang mamat Vietnam, dia ni tour guide. Dalam blog dia ada tulis pasal tour ke Mui Ne. Aku pun masa tu terus lah google pasal Mui Ne.

Sejak dari hari tu, aku berangan nak sangat pergi Mui Ne. Kebetulan aku datang Vietnam 6 hari, lepas dapat approval dari husband aku, alhamdulillah...dapat juga aku jejak kaki ke sini. Husband aku pun dah google pasal Mui Ne dan dia pun tertarik dan berminat nak pergi..yahooo.

Dari Fish Village nak ke White Sand Dunes agak jauh juga, lebih kurang 30-40 minit naik jeep. Disepanjang perjalanan, pemandangan memang memukau mata. Apa yang kita lihat sendiri dengan mata tak akan sama dengan apa yang ada dalam rakaman kamera.

Mui Ne sangat cantik!


 Pemandangan dari dalam jeep

  Pemandangan dari dalam jeep

Di Mui Ne, kita boleh sewa motor dan ronda-ronda lah dengan motor, tapi awasss...kalau nasib tak baik kena tahan dengan polis macam sekumpulan mat saleh tu...hahahaha

Pemandangan dari dalam jeep

 Pemandangan dari dalam jeep

 Pemandangan dari dalam jeep

 Pemandangan dari dalam jeep

Dah sampai di kawasan tandus dan kering
Kat sini ada pokok kaktus liar, tapi kecik-kecik je

 Jalanraya yang selesa, disekelilingnya kawasan lapang yang kering dan tandus

 Dah nampak white sand

 Lalu depan Lotus Lake. Actually ada nama dalam bahasa Vietnam tapi aku lupa. Yang aku tahu tasik ni namanya Lotus Lake sebab banyak pokok bunga teratai. Cantik tasik ni. Air dia sangat biru.

Sampai dah ke destinasi idaman. Disini, kita boleh sewa ATV atau jeep untuk ke white sand, tapi kalau tak nak sewa pun takpe, kena menapak lah ke sana. Takde maknanya aku bertiga nak menapak.

Sewa ATV adalah 800,000VND, kalau convert RM lebih kurang RM152. Mahal juga. Tapi sebab tak sanggup nak menapak ke padang pasir, kami sewa aje lah. Rata-rata memang semua pelancong akan sewa untuk berpoya-poya kat tengah-tengah padang pasir tu.

Aku pandang sekeliling...tak ada orang Malaysia pun disini melainkan kami bertiga. Sebelum aku sampai sini, aku banyak google pasal Mui Ne untuk cari info, tapi tak banyak yang aku dapat, tak ramai orang Malaysia yang datang. Ada tu ada orang Malaysia datang, tapi diaorang tak banyak share information, so tak membantu aku sangat.

Jadi, atas dasar percaya pada diri sendiri dan cuba-cuba beranikan diri, alhamdulillah...termakbul juga impian aku. Betul lah macam apa yang aku selalu baca pasal tips traveller yang berani travel ke tempat-tempat aneh ni, mereka kata...believe yourself, Allah ada, doa banyak-banyak.

 ATV yang ni rosak, kami kena tunggu ATV lain. Jadi...apa lagi, posing lah dulu..

 Subhanallah. Macam semut je aku tengok jeep kat tengah padang pasir sana tu.

Panas lit lit..

Macam tak percaya aku dah sampai sini..

 Nasib baik husband aku belikan budak ni sunglasses masa kat Ho Chi Minh, murah-murah je pun...

 ini lah ATV yang kami naik

 Lotus Lake

 budak ni naik berani, tang nak turun takut...hikhikhik

kalau nak amek gambar tu, berhati-hati dengan tebing tinggi...
kang tak pasal-pasal tergolek jatuh dalam tasik

 seronok walaupun panas yang amat



4. Red Sand Dunes

Dah puas berjimba-jimba di White Sand, kita bergerak ke destinasi terakhir iaitu Red Sand Dunes. Dari White Sand nak ke Red Sand tak jauh sangat. Kata driver, kami boleh lepak lama di red sand sampai matahari terbenam. Disini ramai orang suka tunggu sunset.

 Ia dipanggil red sand sebab warna pasirnya yang agak kemerahan..

 luas juga tempat ni..lemah lutut rasa nak berjalan

 Disini, kita boleh sewa papan luncur untuk meluncur atas pasir

 pasir halus yang tandus

 tu dia...ramai dah manusia menunggu matahari terbenam

 the view of peoples waiting for sunset

 Sebelum tu, aku kena paw mainan dengan budak kecik ni..
anehnya mata budak dia, dia boleh nampak orang jual mainan di kejauhan..
mainan apa yang dia nak beli?
pistol air... :D

 the sunset is calling me..


 dah penat sangat sebenarnya masa ni, stamina dah tak kuat macam dulu..

 Ini bukan malu-malu kucing..
ini tutup mata sebab angin bertiup kuat gila, dan pasir masuk dalam mata..

 suka betul mat saleh ni berjemur..
diaorang kata hitam itu seksi...hehe

Alhamdulillah....selesai misi kami untuk hari ini. Terima kasih ya Allah memakbulkan impian aku yang tak seberapa ni. Perjalanan dari Ho Chi Minh ke Mui Ne selama 5 jam, dapat melihat kebesaran Allah depan mata...nikmat apa lagi yang harus kita dustakan? Alhamdulillah...besar nikmat ini.



Sehingga kita berjumpa lagi Mui Ne...

Trip ke Mui Ne sangat-sangat best!


Selesai segala program, driver hantar kami balik ke hotel. Kami bagi dia sedikit tips sebagai penghargaan sebab dia baik, bawa jeep pun berhati-hati sebab dia tahu ada budak kecik.

Malam tu, kami tak kemana-mana pun. Plan asal nak merayap waktu malam, nak tengok view malam ni Mui Ne, tapi disebabkan keletihan yang teramat sangat, kami lepak dalam bilik aje. 

Dan di Mui Ne lah aku sangat-sangat menghargai makanan sebab memang dah takde langsung makanan halal, makan biskut cicah air vico pun rasa sedap gila.

Hahaha.



10 comments:

SalbiahM said...

subhanallah, cantiknya..tak pernah tau ada tempat macam ni kat vietnam.moga jadi panduan untuk traveller lain

whooz said...

Cantiknya sampan bulat-bulat tu :)
Mui Ne memang cantik!

Kay said...

tahun lepas aku beli tiket KL-Siem Reap-HCM-KL, tapi aku tak dpt pergi sbb cuti tak lulus, dan Mui Ne ada dlm itinerary trip tu... :-(

SuzieLAWAti said...

ape jadi kalau bantal busuk tu tinggal je kat Malaysia pada ketika itu... hehehe

enchem boy ... ade bawak balik umi ole2 tak.. dari sana...

lain2 tak mo komen.... hehehehee

cinta said...

Oooooooooooooooooooooooo
baru hari ni tau vietnam ada padang pasir.

julie shahril said...

Salbiah: kan..skg baru tau ada padang pasir di vietnam.

huz: mmg cute sampan tu, mcm mangkuk mkn bihun sup, ngehh

Kay: mungkin rezeki ko ke tempat lain lepas ni..

cpl: ada...nanti jumpa kita bagi.

cinta: hahaha...bkn kat arab je ada padang pasir tau

amanah azimah said...

salam puan.. cntinya tempat tu.. boleh x bg panduan cket cmner nk p dr ho chi minh dan cukup ke klau 3 hri 2 mlm. tq. azimah
alyaqin610@gmail.com

Holidayu said...

Mau tanya harga paket Sunset tour nya berapa ya ?

Real Tojo said...

Ni Ho Chi Minh trip terbaik pernah sy baca..kalau jumpa blog ni awl2 sblm conform hotel aritu mmg sy pegi tempat akak ni suggest..mcm bukan kt ASEAN je pemandang situ mcm kt Arab pun ada kt Europe pun ada..terbaik la akak..nk tukar plan ikot plan akak ni..

wanie said...

salam.. akk nk itinery ni ke sana boleh x? share ngan sy kat email boleh x kak? email sy syazwaniazizi@gmail.com