Tuesday, April 4, 2017

1st entry 2017

Happy 2017. It's not too late to wish although its already April. :)

So what happen to me since last time (6 months ago) i left this blog bersawang?

Aku selamat melahirkan zuriat ke-2, baby lelaki dengan berat 3.6 kg melalui kaedah pembedahan. Sebenarnya aku konfiden datang hospital untuk bersalin secara normal, tapi apakan daya, kali ni berlaku sedikit komplikasi ketika bersalin. At the end, doktor decide aku terpaksa buat emergency czer due to fetal distress.

Masa bersalin aku tumpah darah 1.3 liter. Dan doktor baru dapat kesan yang aku sebenarnya ada fibroid. Tapi doktor tak boleh buang sebab takut lagi banyak bleeding, jadinya aku kena datang semula hospital 19 april nanti untuk check fibroid itu sama ada semakin mengecil atau membesar.

Aku dapat 3 suprise dalam 1 masa. Emergency czer, 1.3 liter blood lost,  dan fibroid. Suprise yang sebenarnya menyedarkan aku dari tidur lena bahawa kali ini proses bersalin aku adalah 50-50.

Baby aku lahir dengan wajah lebam kebiruan kerana dah lemas. Bayangkan kalau masa tu aku lambat dibedah, agak-agak apa jadi pada baby? Sepanjang mengandung, aku tak ada apa-apa masalah langsung, tup-tup nak bersalin ada kesusahan disitu. Tapi alhamdulillah, semua dah selamat. Baby aku pun dah hensem muka tak lebam dah.

Ahmad Zhafran Rayqal nama diberi. 

Ahmad - Yang terpuji
Zhafran - Kejayaan
Rayqal - Kekuatan

Selamat datang ke dunia yang fana Rayqal. Proses bersalin Rayqal terlalu sakit aku rasa, tak sama macam bersalinkan abang dia dulu. Macam kena lah dengan maksud nama Rayqal tu, Allah beri aku kekuatan untuk mengharunginya. Baru aku tahu macam mana rasa bila perut kena belah. Sebenarnya masa dalam bilik bedah, aku nampak melalui pantulan lampu doktor melapah perut aku. Cepat-cepat aku tutup mata taknak tengok.

Bersalin normal aku dah rasa, operate pun aku dah rasa. Ini adalah sejenis kenikmatan jika kita renung-renungkan. Blood lost dan fibroid adalah ujian, dan aku masih ada nafas.


Thank you Allah.






5 comments:

Kay said...

Alhamdulillah. Ko kuat. Baby kuat. Suami kuat. Zhareef kuat. Semoga semangat terus kuat.

Julie Shahril said...

kay: mcm serik nak beranak lg...tapi masalahnya nak baby lg..mne la tau kot2 dpt gegurl..hehe

Kay said...

Takpe serik sekejap je, pastu bila dah kuat, usaha lagi, aku pun teringin juga nak tengok baby girl ko. Tapi si Rayqal ni pun tak sempat nak gi tengok lagi... Sedar-sedar dah besar dah boleh berlari nanti, gaduh-gaduh dgn Zhareef... pastu diorang pun dapat adik pompuan plak...

cinta said...

3.6 kg 😰.
Dgr cerita pn dh seriau. Alhamdulillah selamat semua. Semoga Ahmad Zhafran Rayqal membesar jd ank yg soleh. Amin.

Julie Shahril said...

siti: Aamiin....in shaa Allah.