Wednesday, November 29, 2017

Home renovation : Kabinet TV

Semua orang ada impian memiliki rumah sendiri. Tak kira kecil atau besar, murah atau mahal, yang penting, rumah sendiri.

Alhamdulillah, rumah aku di PPA1M Selasih, Presint 17 dah hampir siap renovation. Lama sungguh aku dan husband menunggu, dari mula-mula hantar borang permohonan, cabut undi, pembinaan dan perasmian dapat kunci....ada lah hampir 4 tahun menunggu. Wakakaa.

Nak beli rumah landed tak mampu, kita beli rumah tinggi bertingkat-tingkat ajo lah. In shaa Allah, in future, mana tahu Allah bagi rezeki, dapat beli rumah landed pulak kan.

Dah dapat kunci, bermula lah proses memikir nak renovate pulak. Ongkosnya...udah tentu banyak dong. Botak kepala siot. Tapi sebab rumah sendiri, pejam mata je lah kalau nak selesa dan cantik dipandang mata.

Dah bincang-bincang laki bini, kami decided nak buat:

- Kabinet TV
- Kabinet Dapur
- Plaster Ceiling (untuk ruang tamu dan bilik utama)
- Ceiling Cornice (untuk bilik Zhareef dan bilik tetamu)
- Wardrobe (bilik utama sahaja)
- Wiring (benda paling penting sebab nak tarik banyak point-point lampu dan plug)
.
.

Aku mulakan dengan kabinet TV. Sepatutnya aku mulakan dengan Plaster Ceiling dulu, tapi sebab gambar tak tahu ke mana, aku cerita kemudian lah.

Husband aku hired sepupu dia untuk renovate rumah kami. Aku usha-usha dulu contoh kabinet TV yang pernah dia buat untuk client dia sebelum ni. Tak banyak contoh pun sebab dia jarang update IG dia, kahkahkah.

Tapi aku berkenan design seperti dibawah.


 Aku dan husband nak buat kabinet TV full height macam ni
maksudnya tinggi sampai ke ceiling
tapi bukan nak tiru sebijik macam ni...ini contoh aje

 Maka, bermula lah kerja-kerja membuat kabinet TV
bab pilih material dan warna, aku serah pada sepupu husband aku


 Terhasil lah ini...
just a simple design, yang penting full height
dan ada laci untuk simpan barang
psttt...nampak tak ada manusia berdiri sambil sebelah tangan memegang anak dalam TV tu? itu manusia yer...hahaha, bukan makhluk halus

Ruang tamu rumah kami
1000 sqft jer
kalau dah letak barang lain nanti lagi kecik lah ruangnya
owh ya, belakang kabinet TV tu ada lampu sebenarnya



Nanti aku cerita bab kabinet dapur pulak. 

3 comments:

Kay said...

lantai tu cantik... besar la wehh ruang tamu 1000sqf

Julie Shahril said...

kay: tapi lantai dlm bilik tak lawa, tile putih biasa je. tapi dlm bilik sapa je nak tgk kan...hahaa

where it began said...

Salam..
Thanks for sharing info renovate rumah..
Berapa kos renovate rumah PPA1M ni ye. nak buat bajet sbb dapat PPA1M ketumbar. :)