Thursday, December 28, 2017

Home renovation : Kabinet Dapur

Dapur, bahagian yang paling aku suka. Husband suruh aku pilih material apa, warna dan design yang aku mahukan, tapi of course dengan advise sepupu husband aku yang merangkap kami punya ID.

ini keadaan dapur asal
sebenarnya tak lah asal sangat sebab dah tutup paip
yang berselirat kat dinding atas tu
tak nampak dah kan paip tu..
gambar yang ada paip tak tahu ke mana


Mula-mula aku nak material 4G warna putih untuk kabinet dapur, tapi husband aku tak suka. Dia kata warna putih cepat nampak kotor. Rajin ke nak bersihkan dapur tiap-tiap hari? Ok, aku pun plan nak tukar warna gold, masih material 4G.

Tapi bila ID offer harga kasih sayang untuk material mirror glass, aku terus on. Ye lah, nasib baik ID tu sepupu husband sendiri, dapat lah harga kasih sayang muah muah. 

Ada 4 jenis warna yang menjadi pilihan untuk mirror glass. Black, dark grey, bronze, silver.

Fikir punya fikir, aku pilih warna bronze. Bronze ni nak kata gold bukan, coklat pun bukan.

Table top material : aku pilih Quartz Stone. 

Mula-mula aku nak Quartz stone warna putih, tapi ID kata lebih sesuai warna hitam. 

 Tile untuk dinding dapur ni ID yang pilih, tapi dia mintak persetujuan aku dulu. Aku rasa memang sesuai lah warna dan design tile tu untuk warna kabinet dapur aku

Ini lah warna bronze
mirror glass material


Kitchen cabinet yang dah siap sepenuhnya
banyak kali juga tukar design, tukar itu, tukar ini
akhirnya...ini lah kejadian setelah hampir 3 bulan menunggu
hahahaa

Pintu dapur sliding door
ID bagi free as a gift katanya
Nak tutup dapur supaya tak terdedah sangat kalau tetamu datang
dan boleh aku menyorok dari anak aku masa nak masak...hehehe

 Dining table
Dah alang-alang aku cerita pasal dapur, selit lah sekali bahagian meja makan..
indah je masa ni keadaan meja...
sekarang...kahkahkah...bersepah dah nak oiii


Stor
penting untuk simpan barang
sebelum masuk barang, kosong je kan..

 Hahh hambek kau..
dah siap kemas segala mak nenek barang
penuh stor, padat, sendat
kau ingat senang ke memikir nak menyusun atur barang-barang ni
dan aku angkat semua tong dan kotak tu sorang-sorang aje
terasa gagah sekejap...hahaha


 Ruang tamu
simple sempoi aje..
macam biasa, budak baju biru kena paksa jadi model

Ini aje lah yang aku nak share. Share bukan untuk riak atau menunjuk-nunjuk. Nak riak apanya rumah aku bukan rumah banglo pun. Aku pun nak cari idea sebelum renovate rumah, puas membelek gambar-gambar rumah orang lain.

Yang penting, buat mengikut kemampuan dan keselesaan ahli keluarga.

Ada orang berkata...

"Rumah kecil tak apa, asalkan orang yang tinggal didalamnya bahagia"

Cewahhh






9 comments:

Kay said...

besar jugak weh dapur ko boleh berlari la jugak berganti-ganti

Julie Shahril said...

kay: boleh lumba merangkak dgn anak aku jer...xde la besar mne bila dah siap kabinet

Ju@Lucky^Mummy said...

Menarik!

SalbiahM said...

Warna gold cantik. Nampak mewah.

whooz said...

Dapur ko luas weh. Berapa kaki eh kabinet tu? Dapur PPA1M Bukit Jalil, alahai. Dok fikir2 mana nak letak segala oven, microwave dan mesin2 lain

AimNub Haris said...

Cantik gila mirror glass bronze tu..! first time tengok. selalu jenis yang putih atau hitam je kan (bukan mirror)

:)

...

aurora said...

boleh dapat contact id tak? nak buat sliding jugak untuk dapur

mcLin said...
This comment has been removed by the author.
mcLin said...

Salam.. cantek rumah.. boleh sy dptkn contact no ID yg buat? Tgh cari kontraktor utk buat plaster ceiling n kitchen cabinet.. thanks