Showing posts with label Inspiration. Show all posts
Showing posts with label Inspiration. Show all posts

Thursday, December 28, 2017

Home renovation : Kabinet Dapur

Dapur, bahagian yang paling aku suka. Husband suruh aku pilih material apa, warna dan design yang aku mahukan, tapi of course dengan advise sepupu husband aku yang merangkap kami punya ID.

ini keadaan dapur asal
sebenarnya tak lah asal sangat sebab dah tutup paip
yang berselirat kat dinding atas tu
tak nampak dah kan paip tu..
gambar yang ada paip tak tahu ke mana


Mula-mula aku nak material 4G warna putih untuk kabinet dapur, tapi husband aku tak suka. Dia kata warna putih cepat nampak kotor. Rajin ke nak bersihkan dapur tiap-tiap hari? Ok, aku pun plan nak tukar warna gold, masih material 4G.

Tapi bila ID offer harga kasih sayang untuk material mirror glass, aku terus on. Ye lah, nasib baik ID tu sepupu husband sendiri, dapat lah harga kasih sayang muah muah. 

Ada 4 jenis warna yang menjadi pilihan untuk mirror glass. Black, dark grey, bronze, silver.

Fikir punya fikir, aku pilih warna bronze. Bronze ni nak kata gold bukan, coklat pun bukan.

Table top material : aku pilih Quartz Stone. 

Mula-mula aku nak Quartz stone warna putih, tapi ID kata lebih sesuai warna hitam. 

 Tile untuk dinding dapur ni ID yang pilih, tapi dia mintak persetujuan aku dulu. Aku rasa memang sesuai lah warna dan design tile tu untuk warna kabinet dapur aku

Ini lah warna bronze
mirror glass material


Kitchen cabinet yang dah siap sepenuhnya
banyak kali juga tukar design, tukar itu, tukar ini
akhirnya...ini lah kejadian setelah hampir 3 bulan menunggu
hahahaa

Pintu dapur sliding door
ID bagi free as a gift katanya
Nak tutup dapur supaya tak terdedah sangat kalau tetamu datang
dan boleh aku menyorok dari anak aku masa nak masak...hehehe

 Dining table
Dah alang-alang aku cerita pasal dapur, selit lah sekali bahagian meja makan..
indah je masa ni keadaan meja...
sekarang...kahkahkah...bersepah dah nak oiii


Stor
penting untuk simpan barang
sebelum masuk barang, kosong je kan..

 Hahh hambek kau..
dah siap kemas segala mak nenek barang
penuh stor, padat, sendat
kau ingat senang ke memikir nak menyusun atur barang-barang ni
dan aku angkat semua tong dan kotak tu sorang-sorang aje
terasa gagah sekejap...hahaha


 Ruang tamu
simple sempoi aje..
macam biasa, budak baju biru kena paksa jadi model

Ini aje lah yang aku nak share. Share bukan untuk riak atau menunjuk-nunjuk. Nak riak apanya rumah aku bukan rumah banglo pun. Aku pun nak cari idea sebelum renovate rumah, puas membelek gambar-gambar rumah orang lain.

Yang penting, buat mengikut kemampuan dan keselesaan ahli keluarga.

Ada orang berkata...

"Rumah kecil tak apa, asalkan orang yang tinggal didalamnya bahagia"

Cewahhh






Wednesday, November 29, 2017

Home renovation : Kabinet TV

Semua orang ada impian memiliki rumah sendiri. Tak kira kecil atau besar, murah atau mahal, yang penting, rumah sendiri.

Alhamdulillah, rumah aku di PPA1M Selasih, Presint 17 dah hampir siap renovation. Lama sungguh aku dan husband menunggu, dari mula-mula hantar borang permohonan, cabut undi, pembinaan dan perasmian dapat kunci....ada lah hampir 4 tahun menunggu. Wakakaa.

Nak beli rumah landed tak mampu, kita beli rumah tinggi bertingkat-tingkat ajo lah. In shaa Allah, in future, mana tahu Allah bagi rezeki, dapat beli rumah landed pulak kan.

Dah dapat kunci, bermula lah proses memikir nak renovate pulak. Ongkosnya...udah tentu banyak dong. Botak kepala siot. Tapi sebab rumah sendiri, pejam mata je lah kalau nak selesa dan cantik dipandang mata.

Dah bincang-bincang laki bini, kami decided nak buat:

- Kabinet TV
- Kabinet Dapur
- Plaster Ceiling (untuk ruang tamu dan bilik utama)
- Ceiling Cornice (untuk bilik Zhareef dan bilik tetamu)
- Wardrobe (bilik utama sahaja)
- Wiring (benda paling penting sebab nak tarik banyak point-point lampu dan plug)
.
.

Aku mulakan dengan kabinet TV. Sepatutnya aku mulakan dengan Plaster Ceiling dulu, tapi sebab gambar tak tahu ke mana, aku cerita kemudian lah.

Husband aku hired sepupu dia untuk renovate rumah kami. Aku usha-usha dulu contoh kabinet TV yang pernah dia buat untuk client dia sebelum ni. Tak banyak contoh pun sebab dia jarang update IG dia, kahkahkah.

Tapi aku berkenan design seperti dibawah.


 Aku dan husband nak buat kabinet TV full height macam ni
maksudnya tinggi sampai ke ceiling
tapi bukan nak tiru sebijik macam ni...ini contoh aje

 Maka, bermula lah kerja-kerja membuat kabinet TV
bab pilih material dan warna, aku serah pada sepupu husband aku


 Terhasil lah ini...
just a simple design, yang penting full height
dan ada laci untuk simpan barang
psttt...nampak tak ada manusia berdiri sambil sebelah tangan memegang anak dalam TV tu? itu manusia yer...hahaha, bukan makhluk halus

Ruang tamu rumah kami
1000 sqft jer
kalau dah letak barang lain nanti lagi kecik lah ruangnya
owh ya, belakang kabinet TV tu ada lampu sebenarnya



Nanti aku cerita bab kabinet dapur pulak. 

Tuesday, August 18, 2015

Kembara Afghanistan - ET



Kisah pengembaraan yang rare, berani dan konfiden. Tapi seriously aku tak puas baca sebab macam sekejap je dah habis. Alangkah bagus kalau ET boleh combine semua kisah pengembaraannya dalam satu buku. India, Iran dan Pakistan...harap-harap ET akan tulis kisahnya sepanjang berada di 3 negara tersebut.

Walaupun aku bukan seorang pengembara, tapi aku suka membaca kisah-kisah pengembara, kerana dari situ kita boleh dapat rasai pengalaman mereka dan mana tahu suatu hari nanti, itinerary dan tips-tips nya boleh dijadikan rujukan.

Tahniah ET. Teruskan mengembara dan teruskan menulis.




Friday, August 31, 2012

kisah Luqman Hakim

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang.
 
Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." 
 
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." 
 
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." 
 
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."
 
 
 ******
Faham tak apa maksud kisah ni? Hidup kita ini memang tidak akan terlepas daripada percakapan orang, buat benda betul salah, buat benda salah lagi la salah. Ada je yang tak kena. Kalau kita asik nak fikir apa orang akan kata, sampai bila-bila pun kita susah nak hidup.
 
 
 

Thursday, October 6, 2011

nenek


Arwah nenek merupakan anak tunggal, berkahwin dengan arwah datuk saya yang merupakan seorang guru, telah menunaikan haji buat kali pertama dan terakhirnya ketika saya berusia 8 tahun (kalau tak silap, lupa lah). Arwah nenek berangkat ke Mekah seorang diri, tanpa ditemani oleh sesiapa. She is a great grandmother!

Kisahnya macam ni, mula-mula nak cari orang untuk temankan dia ke Mekah, tapi takde siapa nak temankan, ada saudara tapi macam berdolak dalih je, banyak alasan macam nak mengelak dari membebankan dirinya yang takut sangat arwah nenek saya ni menyusahkan dia kat Mekah nanti. Jadi akhirnya malas nak minta tolong orang, maka dengan izin Allah SWT, arwah nenek saya pergi menunaikan haji untuk pertama kali dalam hidupnya dan juga yang terakhir baginya tanpa ada sesiapa disisi.

Di Mekah, arwah nenek saya dimasukkan ke hospital kerana diserang demam. Bayangkan lah dia survive seorang diri disana, dan sejuta terima kasih kepada TABUNG HAJI kerana menguruskan dan menjaga arwah nenek saya di sana.

Balik saja ke tanah air, tiba dilapangan terbang, arwah nenek terus memeluk kami yang mengambilnya, menitis air mata dia kerana dia hampir-hampir saja 'tak balik' dari Mekah, dan syukur usianya masih panjang ketika itu.

Arwah nenek pergi mengadap ilahi 24 tahun yg lalu kerana sakit barah.

Saya sangat rindukan dia. Sangat sangat rindu.

Friday, September 9, 2011

tidak ada yang mustahil dengan usaha dan izinNya

pic from fb

We have been talking about this woman in our conversation between me and my mother during my holiday in kampung last week. This is Idah Awang which my mother said her full name is Faridah and maybe I can call her auntie Idah. She is my mother's old friend who had been living in the States for 17 years.

She is one of the Associate Professor in Eastern Kentucky University. She started live in the US after graduation in PhD and continue her life as a lecturer in EKU. Recently, she has been awarded in Dyer Award for Teaching Excellence, presented by EKU, school of business. Congratulation and I'm so proud of you. Details story you can read here.

Oh saya tumpang bangga, ada juga orang kampung saya yang berjaya di luar sana, di mata dunia. Mak suruh saya search nama dia di facebook. Tengok profile dan gambar-gambar dia membuatkan saya rasa betapa bertuahnya dia kerana telah berjaya di sana.

Mungkin saya tidak mampu untuk menjadi seperti dia, tapi sekurang-kurangnya kejayaan dia memberi saya semangat supaya suatu hari nanti saya boleh jadi seperti dia, walaupun tidak dimata dunia, cukup lah hanya dimata ibu bapa saya.

Masa chat dengan auntie Idah, dia sangat lah humble, dari cara dia, nampak dia sangat down to earth. Kalau saya tak mampu jadi macam dia, mungkin suatu hari nanti, anak-anak saya boleh...sapa tau kan. Jadikan ini sebagai pembakar semangat!


Friday, June 24, 2011

hana tajima

Selepas membaca blog Haris, baru saya tahu siapa Hana Tajima. She is really impressed me when first time I saw her picture. Rasa nak tahu dan terus google dan google. Hasil dari google, dapat la sikit info mengenainya. Menarik.

Nama penuhnya ialah Hana Tajima Simpson, berusia 23 tahun. Merupakan seorang pereka fesyen untuk Maysaa.com di United Kingdom. Berdarah kacukan Jepun (bapa) dan Inggeris (Ibu). Memeluk agama Islam ketika berusia 17 tahun dan kini beliau popular kerana menampilkan imej bertudung serta menjadi pereka fesyen untuk wanita bertudung kontemporari.


Hana Tajima dan Yuna

Baru saya tahu dari mana datangnya imej bertudung Yuna yang sangat stylo ni, rupanya datang dari Hana Tajima.

Hana Tajima

sweet
pretty mixed Japan and English


Dan...Hana Tajima sudah pun berkahwin. First time tengok dress pengantin yang dia pakai ini, automatically teringat kat dress pengantin masa Yat kawen. Purple. So sweet. Takde chance la lelaki-lelaki kat luar sana nak mengorat si Hana Tajima ni.

Banyak blog yg saya jumpa bercerita pasal Hana Tajima. Dia merupakan ikon fesyen bertudung untuk wanita yang ingin bertudung sambil bergaya. Nice. Apa yg saya impressed ialah dia berjaya dalam kariernya dalam usia yg muda dan mempunyai peminat serta pengikutnya yang tersendiri.

For more info, boleh tengok di sini http://hanatajimasimpson.com/

Wednesday, June 8, 2011

sharing is caring

Entry yang memberi inspirasi.... entry ini....

Sunday, February 13, 2011

Life


Life is everywhere, explore it
Life is a challenge
Life is a gift

Life is a chance
Life is a tragedy
Life is lonely
Life is pain

Life is full of frustration
Life is a mystery
Life is love
Life is made of hurt

Life is not a bed of roses
Life is a dance for you to dance
Life is every state of mind

Life is a puzzle, solve it
Life is full of unexpected
Life is unexplainable

Thursday, December 30, 2010

The Best Moments In Life

1. Falling in love.
2. Laughing till your stomach hurts.
3. Enjoying a ride down the Country side.
4. Listening to your favorite song on the radio.
5. Going to sleep listening to the rain pouring outside.
6. Getting out of the shower and wrapping yourself with a warm, fuzzy towel.
7. Passing your final exams with good grades.
8. Being part of an interesting conversation.
9. Finding some money in some old pants.
10. Laughing at yourself.
11. Sharing a wonderful dinner with all your friends.
12. Laughing without a reason.
13. "Accidentally" hearing someone say something good about you.
14. Watching the sunset.
15. Listening to a song that reminds you of an important person in your life.
16. Receiving or giving your first kiss.
17. Feeling this movement in your body when seeing this "special" someone.
18. Having a great time with your friends.
19. Seeing the one you love happy.
20. Wearing the shirt of a person you love and smelling his/her perfume.
21. Visiting an old friend of yours and remembering great memories.
22. Hearing some telling you "I LOVE YOU"

I had learned a lot of things from my previous life. One of it is appreciate your best moments with family, friends and loved one. Masa adalah elemen yang sangat kejam. Sekali ia pergi, ia tidak akan kembali lagi. Ianya tidak akan menunggu kita walau sesaat pun.

Kita tidak perlu mengejar masa. Kita hanya perlu menunggu masa itu tiba. Dan bila ia tiba, hargainya sebaik mungkin supaya ianya tidak berlalu pergi dengan sia-sia.

Waduh...waduhhh...berbunga-bunga bahasa saya malam ini yea....



Monday, May 25, 2009

Mona Lisa - La Giocondo

*Potret of Mona Lisa*

I was mentioned in my previous entry that I love art so much, so I try to find drawings from a famous painter all around the world. I also searching the best and beautiful photos from the best photographer and finally I found a potret of Mona Lisa, drawn by Leonardo Da Vinci. I saw the potret of Mona Lisa before but I have nothing to say about it. I don't know how to describe about this potret but I know this painting is painted by a very famous painter.

Siapa Mona Lisa?

Dahulu saya tidak pernah ingin tahu siapakah wanita yang wajahnya di abadikan di atas sekeping kayu (bukan kanvas, mungkin zaman Leonardo belum wujud kanvas) dengan cat minyak yang akhirnya menjadi tatapan umum sehingga ke hari ini. Sebenarnya fakta yang ada pun tidak begitu pasti sahih atau tidak kerana potret ini sudah berusia beratus tahun.

Menurut apa yang saya baca dari Wikipedia, wanita dalam potret ini adalah Lisa Gherardini, isteri kepada seorang pengusaha Firenze yang kaya bernama Francesco Giocondo. Perkataan 'Mona' adalah singkatan daripada perkataan 'Madonna', satu perkataan dalam bahasa Itali yang bermaksud 'Nyonyaku'. Ini bermakna maksud lukisan ini ialah Nyonya Lisa, tetapi dalam bahasa Itali ia selalu di tulis sebagai 'Monna Lisa' (double huruf 'n').

Mona Lisa juga di tulis sebagai La Giocondo yang bermaksud 'wanita riang'. Mungkin pada zaman dahulu (abad ke-16) Lisa Gherardini adalah seorang wanita cantik, riang dan juga kaya. Lalu Leonardo Da Vinci mahu mengabadikan wajahnya sebagai potret supaya generasi akan datang dapat mengenali Lisa walaupun hanya melihatnya di dalam potret. Lukisan Mona Lisa adalah lukisan yang paling popular dan di pamerkan di Muzium Louvre, Perancis. Muzium ini adalah muzium terbesar dan terkenal di seluruh dunia.

Orang kata potret ini dikatakan popular kerana ia seakan-akan hidup. Ini mungkin disebabkan teknik atau gaya pelukisnya mencorakkan warna yang menjadikan potret ini seolah-olah bernyawa. Ini hanya teori saya. Seingat apa yang saya baca, lukisan ini memakan masa beberapa tahun untuk di siapkan. Ini bermakna Leonardo Da Vinci begitu teliti dalam menyiapkan sesebuah lukisan. Beliau begitu 'ikhlas' dalam meluahkan karya-karyanya dalam bentuk lukisan. Kerana itulah potret yang terhasil begitu halus seni lukisnya hingga tiada siapa mampu menandingi sebuah potret yang diberi nama Potret Mona Lisa.

Saya ingin jadi seperti beliau. Walaupun saya bekerja dalam bidang teknikal, saya tetap sukakan seni terutamanya lukisan. Tapi saya tak pandai melukis pun. Saya cuma ingin meluahkan segala apa yang terpendam melalui sekeping kanvas, dari sekeping kanvas kosong, akan terhasil sebuah lukisan yang cantik dan lukisan itu akan kekal menjadi sejarah untuk generasi anak cucu saya. Ermm..panjang pulak angan-angan.

Well, takde siapa ke yang nak lukis potret saya?Hehe...

Sunday, May 10, 2009

Happy Mother's Day


I am not being a mommy because I'm not married yet :p, but I know being a mommy or mak or mama or umi is not easy like being as an engineer or a doctor. As a mother, you have to take care of your children everyday, wash the laundry, cook a special or delicious food, ask your child about their home work, send them to hospital or clinic if they are not feeling well, send them to school in the morning and take them back in the afternoon, arrange about 'rumah tangga', clean or make the house keeping work, go to the market to buy something to cook and many more things to do everyday and every time just to make sure their children and husband feel comfortable and happy.

The picture above was taken during my convocation day 2 years ago. My mother is Farizah Binti Othman and for me she is supermommy! She did what should a mother do for their children and I appreciated it. She is the best mother in the world. Terima kasih mak untuk segalanya. I don't have any other special word for her, it's just........I LOVE YOU!

Happy mother's day for all mommies in the world and also for mommies-to-be. Appreciate your mother before she is gone, and don't forget that "Syurga itu dibawah telapak kaki ibu".



Wednesday, March 4, 2009

Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku

I read a very touching article from my email. It was about a woman, a wonderful woman, a daughter (princess) of our prophet Muhammad S.A.W. Check it out.

*****

AKU MAHU TINGGALKAN DUNIA DALAM SUJUDKU

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"
Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang. Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan.. ."

Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan. Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.

Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.
Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"

Malaikat-malaikat itu menjawab:
"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."
Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"
Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"
Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah.. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.

Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"
Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah. .. engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."

Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."
Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.
Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.

Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah. Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.

Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi..

Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku. Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

***********
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

Kredit kepada penulis artikel ini.

Friday, January 23, 2009

Paradox

*George Carlin*

I received an email from my office mate. The subject is Paradox. From dictionary English-B.Melayu Oxford, paradox means 'Kenyataan yg kelihatan bercanggah tetapi mengandungi kebenaran', written by George Carlin, a comedian of 70's and 80's. I enjoy read it as I think Carlin try to tell the world what is on his mind, what happen to us today.

A messages from George Carlin are as below:

The paradox of our time in history is that we have taller buildings but shorter tempers, wider Freeways , but narrower viewpoints. We spend more, but have less, we buy more, but enjoy less. We have bigger houses and smaller families, more conveniences, but less time. We have more degrees but less sense, more knowledge, but less judgment, more experts, yet more problems, more medicine, but less wellness.


We drink too much, smoke too much, spend too recklessly, laugh too little, drive too fast, get too angry, stay up too late, get up too tired, read too little, watch TV too much, and pray too seldom. We have multiplied our possessions, but reduced our values. We talk too much, love too seldom, and hate too often.


We've learned how to make a living, but not a life. We've added years to life not life to years. We've been all the way to the moon and back, but have trouble crossing the street to meet a new neighbor. We conquered outer space but not inner space. We've done larger things, but not better things.

We've cleaned up the air, but polluted the soul. We've conquered the atom, but not our prejudice. We write more, but learn less. We plan more, but accomplish less. We've learned to rush, but not to wait. We build more computers to hold more information, to produce more copies than ever, but we communicate less and less.

These are the times of fast foods and slow digestion, big men and small character, steep profits and shallow relationships. These are the days of two incomes but more divorce, fancier houses, but broken homes. These are days of quick trips, disposable diapers, throwaway morality, one night stands, overweight bodies, and pills that do everything from cheer, to quiet, to kill. It is a time when there is much in the showroom window and nothing in the stockroom. A time when technology can bring this letter to you, and a time when you can choose either to share this insight, or to just hit delete...

Remember; spend some time with your loved ones, because they are not going to be around forever.

Remember, say a kind word to someone who looks up to you in awe, because that little person soon will grow up and leave your side..

Remember, to give a warm hug to the one next to you, because that is the only treasure you can give with your heart and it doesn't cost a cent..

Remember, to say, 'I love you' to your partner and your loved ones, but most of all mean it. A kiss and an embrace will mend hurt when it comes from deep inside of you.

Remember to hold hands and cherish the moment for someday that person will not be there again.

Give time to love, give time to speak! And give time to share the precious thoughts in your mind.

AND ALWAYS REMEMBER:

Life is not measured by the number of breaths we take, but by the moments that take our breath away.