09 Mei 2018. Sejarah tercipta, lahirnya Malaysia Baru.
Syukur alhamdulillah, PRU14 telah tamat. Doa rakyat Malaysia telah dimakbulkan. Kami bebas dari pemerintah kuku besi dan korupsi.
Terima kasih DSN selama khidmatmu memerintah, dapat juga aku suami isteri beli rumah mampu milik (walaupun sesak nafas juga nak bayar sebenarnya, dicampur dengan macam-macam masalah dalaman). Sepanjang hidup dibawah rejim DSN, kami struggle nak hidup, living cost meningkat, harga barang naik sejajar dengan harga petrol naik, GST dan harga tiket ERL naik mencanak-canak (dengan alasan harga tiket dah lama sangat tak dinaikkan). Kami suami isteri buat 2 kerja nak tampung kehidupan. Siang dengan kerja hakiki di pejabat, sambil-sambil tu curi-curi masa juga layan customer nak beli bidai. Sabtu dan ahad jarang-jarang ada kat rumah sebab COD bidai merata-rata. Buat 2 kerja sebab nak hidup, nak kumpul duit bayar duit rumah.
Phewww.
Ramai rupanya yang takut nak bersuara atau secara terang terangan menunjuk sokongan pada Tun M sebelum ini. Kata negara demokrasi, tapi sebenarnya kita dibawah pemerintah kuku besi. Kalau tak sokong kerajaan DSN, bersedialah nasib.
Bila diumumkan confirm PH memang dlm PRU14, aku rasa lega seolah olah macam baru lepas merdeka. Ingatkan aku sorang je rasa mcm tu, rupanya ramai lagi.
Aku lahir-lahir je dah merdeka. Aku tak tahu macam mana perasaan merdeka pada 31 ogos 1957 tu. Tapi, lepas PH menang dan Tun M jadi PM ke-7, aku memang rasa macam lepas merdeka. Macam ni rupanya perasaan dah merdeka. LEGA. BERSYUKUR. Dan aku berterima kasih pada pemimpin terdahulu yang berusaha untuk memerdekakan Malaysia dari terus dijajah.
Selamat meneruskan kehidupan di era Malaysia baru. Tak sia-sia kami balik mengundi. Besarlah harapan kami agar barisan pemimpin baru ini akan melakukan yang terbaik untuk rakyat.
Ingat, kami memerhati. Kami bagi peluang kepada kamu-kamu semua untuk memulihkan kembali negara ini, jangan khianati kepercayaan yang dah kami berikan.
Kalau kami dikhianati, bersedia lah PRU15 nanti. Hehehehee...
Kuasa memilih ditangan rakyat.
2 comments:
Kan.. Kuasa memilih di tangan rakyat. Kalau lepas ni ada yang bersikap tak amanah, memang tukar lah lagi jawabnya..
ju: semoga pemimpin yg terpilih dpt menjalankan tugas mereka dgn amanah, in shaa Allah.
Post a Comment