Thursday, April 25, 2019

Berkebun - tanam rumput


Dulu aku pernah cerita pasal husband aku beli tanah di Mambau, Negeri Sembilan. Tanah 0.5 ekar je, tanah yang dah siap ada kolam. Tuan tanah asal dulu memang dah lama biarkan tanah ni sampai dah jadi hutan.





Ini lah dia rupa asal tanah dan kolam yang sedia ada. Dikelilingi oleh semak samun dan rumput liar.


Masa ni keadaan tanah dah ok sikit. Sebenarnya masa ni husband aku dah upah orang ratakan tanah, lepas tu lama juga tanah ni terbiar semula, kekangan masa sebenarnya. Berbulan jugak lah biarkan tanah sampai tumbuh semula rumput dan lalang.



Then, panggil semula orang upah tambak dan ratakan tanah, pasang pagar dan bersihkan kawasan kolam. Dalam kolam tu ada ikan talapia, haruan, belida, sepat siam....belut pun ada.


Ini ikan talapia hitam yang sedia ada dalam kolam. Kitaorang dah makan, ok tak hanyir. Maksud aku tak hanyir itu adalah selepas dicuci dan direndam sekejap dalam air asam jawa + tepung gandum. Ada setengah ikan talapia hitam yang husband aku mancing, rendam lama pon masih hanyir.

Oh ya, ada orang bagi tips kat aku, rendam ikan air tawar dengan asam jawa + tepung gandum. Kalau ada limau kasturi ke, limau nipis ke atau lemon, boleh jugak perah campur sekali untuk menghilangkan bau hanyir ikan. Nak masak ikan air tawar ni renyah sebab kena rendam merendam.



  Kebun yang belum tanam apa-apa pokok


Haritu pergi jalan pasar. Husband aku beli 135 ekor anak ikan talapia merah untuk dilepaskan dalam kolam. Tak tau la berapa ekor yang berjaya hidup.


 Ni masa nak lepaskan anak ikan talapia ke dalam kolam
 

 Tenang dan damai je kat sini, tapi panas ya ampun...kena pakai sunblock tebal-tebal yer, kalau tak terbakor kulit hangus



Aktiviti seterusnya, pergi cari kebun rumput. Kitaorang beli rumput untuk ditanam ditanah yang nak jadikan kebun. Bukan setakat kebun, ada projek lain yang sedang kami rancangkan. In shaa Allah.



Macam ni rupanya cara rumput dipotong dan digulung. Macam cantik pulak aku tengok gulungan-gulungan rumput tu.

Untuk makluman, rumput yang aku beli ni jenis Cow Grass, alaa..macam rumput kat padang sekolah tu, kategori rumput paling murah.

Harga: 50 sen/sq ft




 Berat ok nak angkat segulung rumput ni, tanah tu yang membuatkan rumput jadi berat.



 Penuh 1 bonet kereta angkut rumput. Duduk dalam kereta memang bau tanah




Sebelum tanam rumput, kena buang dulu segala mak nenek lalang dan rumput-rumput liar yang tumbuh merata, lepas tu kena gemburkan tanah. Kalau nak jimat, potong-potong rumput tu kecik-kecik, susun jarak yang agak-agak ok la, tak rapat sangat, tak jauh sangat. Dah letak rumput atas tanah yang dah digemburkan tu, siram sikit dengan air supaya rumput melekat elok dan segar.

Bahagian yang takde rumput tu jangan risau, nanti rumput tu akan membiak sendiri dan menutupi semua bahagian tanah. Kalau misalkata ada rumput yang mati, jangan risau sangat, nanti rumput tu pandai tumbuh semula, janji kena rajin siram air.




  Jenuh jugak nak angkut semua rumput turun dari kereta.


Oleh kerana dah exhausted, kitaorang malas dah nak potong kecik-kecik, main letak je rumput ni panjang-panjang macam ni.

Letih ok buat kerja tengah panas.



 Kat bahagian ni aku yang tanam



Ini gambar masa awal-awal dulu tanah baru siap dibersihkan. Cantik juga sunset kat sini.


Sejak-sejak dah berkebun ni, baru aku tahu bukan mudah nak menjadi seorang petani. Kena guna segala kudrat yang ada, kena kerah tenaga. Aku dah mula respect para petani termasuk lah orang yang bekerja disawah padi.

Jadi betul lah orang kata, jangan membazir nasi, setiap butir beras adalah hasil keringat para petani yang bersusah payah menanam padi. Hargai makanan!




3 comments:

Kay said...

tahniah sbb suami ko rajin nak bertanam bagai

Kekanda Hawa said...

wah seronoknya.. terapi minda sekali

Unknown said...

Boleh contact saya, saya mau beli cow grass biskita +6737165080