Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts
Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts

Thursday, April 25, 2019

Berkebun - tanam rumput


Dulu aku pernah cerita pasal husband aku beli tanah di Mambau, Negeri Sembilan. Tanah 0.5 ekar je, tanah yang dah siap ada kolam. Tuan tanah asal dulu memang dah lama biarkan tanah ni sampai dah jadi hutan.





Ini lah dia rupa asal tanah dan kolam yang sedia ada. Dikelilingi oleh semak samun dan rumput liar.


Masa ni keadaan tanah dah ok sikit. Sebenarnya masa ni husband aku dah upah orang ratakan tanah, lepas tu lama juga tanah ni terbiar semula, kekangan masa sebenarnya. Berbulan jugak lah biarkan tanah sampai tumbuh semula rumput dan lalang.



Then, panggil semula orang upah tambak dan ratakan tanah, pasang pagar dan bersihkan kawasan kolam. Dalam kolam tu ada ikan talapia, haruan, belida, sepat siam....belut pun ada.


Ini ikan talapia hitam yang sedia ada dalam kolam. Kitaorang dah makan, ok tak hanyir. Maksud aku tak hanyir itu adalah selepas dicuci dan direndam sekejap dalam air asam jawa + tepung gandum. Ada setengah ikan talapia hitam yang husband aku mancing, rendam lama pon masih hanyir.

Oh ya, ada orang bagi tips kat aku, rendam ikan air tawar dengan asam jawa + tepung gandum. Kalau ada limau kasturi ke, limau nipis ke atau lemon, boleh jugak perah campur sekali untuk menghilangkan bau hanyir ikan. Nak masak ikan air tawar ni renyah sebab kena rendam merendam.



  Kebun yang belum tanam apa-apa pokok


Haritu pergi jalan pasar. Husband aku beli 135 ekor anak ikan talapia merah untuk dilepaskan dalam kolam. Tak tau la berapa ekor yang berjaya hidup.


 Ni masa nak lepaskan anak ikan talapia ke dalam kolam
 

 Tenang dan damai je kat sini, tapi panas ya ampun...kena pakai sunblock tebal-tebal yer, kalau tak terbakor kulit hangus



Aktiviti seterusnya, pergi cari kebun rumput. Kitaorang beli rumput untuk ditanam ditanah yang nak jadikan kebun. Bukan setakat kebun, ada projek lain yang sedang kami rancangkan. In shaa Allah.



Macam ni rupanya cara rumput dipotong dan digulung. Macam cantik pulak aku tengok gulungan-gulungan rumput tu.

Untuk makluman, rumput yang aku beli ni jenis Cow Grass, alaa..macam rumput kat padang sekolah tu, kategori rumput paling murah.

Harga: 50 sen/sq ft




 Berat ok nak angkat segulung rumput ni, tanah tu yang membuatkan rumput jadi berat.



 Penuh 1 bonet kereta angkut rumput. Duduk dalam kereta memang bau tanah




Sebelum tanam rumput, kena buang dulu segala mak nenek lalang dan rumput-rumput liar yang tumbuh merata, lepas tu kena gemburkan tanah. Kalau nak jimat, potong-potong rumput tu kecik-kecik, susun jarak yang agak-agak ok la, tak rapat sangat, tak jauh sangat. Dah letak rumput atas tanah yang dah digemburkan tu, siram sikit dengan air supaya rumput melekat elok dan segar.

Bahagian yang takde rumput tu jangan risau, nanti rumput tu akan membiak sendiri dan menutupi semua bahagian tanah. Kalau misalkata ada rumput yang mati, jangan risau sangat, nanti rumput tu pandai tumbuh semula, janji kena rajin siram air.




  Jenuh jugak nak angkut semua rumput turun dari kereta.


Oleh kerana dah exhausted, kitaorang malas dah nak potong kecik-kecik, main letak je rumput ni panjang-panjang macam ni.

Letih ok buat kerja tengah panas.



 Kat bahagian ni aku yang tanam



Ini gambar masa awal-awal dulu tanah baru siap dibersihkan. Cantik juga sunset kat sini.


Sejak-sejak dah berkebun ni, baru aku tahu bukan mudah nak menjadi seorang petani. Kena guna segala kudrat yang ada, kena kerah tenaga. Aku dah mula respect para petani termasuk lah orang yang bekerja disawah padi.

Jadi betul lah orang kata, jangan membazir nasi, setiap butir beras adalah hasil keringat para petani yang bersusah payah menanam padi. Hargai makanan!




Thursday, June 21, 2018

Singapore Street, Seremban.

Haritu pergi Singapore Street, bukan di Singapore tapi di Seremban. Apa yang ada di Singapore Street ni?

Ada deretan kedai-kedai lama dan menjual barang-barang lama. Aku kan obses sikit dengan barang-barang lama. Aku dah lama tahu kewujudan Singapore Street ni tapi takde kesempatan nak pergi.

Jalan disini sempit, tak ramai orang nak datang sini aku rasa kecuali kalau mereka nak cari barang-barang lama dan rare.





Kat sini ada 2-3 kedai yang menjual pinggan mangkuk jenis lama-lama dan periuk. Ada 1 kedai yang aku perasan, kita boleh tempah periuk (custom made) mengikut kita punya requirement.

 Periuk ayan 

 Pinggan ayan

 Pinggan makan/lauk bunga kangkung
pinggan zaman kita makan rumah atok nenek dulu-dulu

 Mug ayan / enamel mug bertutup

 Ini kedai menjual barang stationary, jual borong

 Lorong jalan kaki disalah sebuah kedai
klasik kan

I found terompah, rm9 only.
yes, aku beli!

Sebenarnya tujuan aku ke sini nak mencari satu barang iaitu British Army Clasp Knife. Mesti ramai tak tahu apa benda tu. 

 Image from ebay

Ini lah bendanya. Sejenis pisau serbaguna, boleh buka penutup botol dan tin. Benda ni abah aku punya, hanya British army je yang ada benda ni. Nak dijadikan cerita, setelah berpuluh tahun pisau ni duduk dalam rumah parent aku kat kampung, tiba-tiba hilang. 

Puas mak aku mencari merata tempat tapi tak jumpa. Abah aku dah mengamuk sebab barang dia hilang. Pisau ni takde jual kat Malaysia, tapi aku saja je cuba cari kat Singapore Street kot-kot jumpa. Tapi hampeh memang tak ada.

Google punya google, ada jual kat ebay. Seller kat US. Ok, fine!

Susah juga benda rare kalau hilang memang pening nak cari ganti.


Monday, September 11, 2017

Muzium Tentera Darat

Semalam keluar rumah tanpa arah tujuan. Mula-mula singgah rumah baru tengok keadaan rumah, apa yang dah siap. Masih banyak lagi yang belum siap.

Lepas masuk dalam kereta, perut dah lapar sebab dah hampir tengahari.

Sebelum itu aku tanya husband aku, kita nak pegi mana lepas ni? sebab takde plan pun nak pegi jalan ke mana. Dalam kepala kosong.

Husband aku tanya, nak pegi pantai tak? Aku jawab boleh juga sebab aku tak ada idea nak ke mana.

Dan husband aku bagi 3 pilihan.

- Morib..

- Sepang Gold Coast..

- Port Dickson..

Kejap, nak pikir 10 saat.

Morib bukan ada apa pun, pantai tak cantik sangat.

Gold Coast pun takde apa, yang lawa cuma resort atas air tu je.

Port Dickson? At least pantai kat sana cantik sikit dari 2 tempat kat atas tu.

Maka, aku pilih PD.

Sebelum itu kami singgah makan tengahari di Salak Tinggi. Makan ikan patin tempoyak. 

Perut dah kenyang, baru boleh jalan.

Sampai di PD, entah apa yang ada dalam kepala husband aku pun tak tau lah, dia belok ke arah Muzium Tentera Darat. Spontan atau memang dia dah fikir disepanjang perjalanan, aku tak pasti. Yang pasti, aku rasa muzium ini not bad. Tapi parking susah sikit.

Free entrance. Jom masuk.

Anak aku excited tengok kapal terbang. Typical budak, mesti suka tengok kapal terbang tak kira lah kapal terbang apa. Sebenarnya mak dia pun suka juga.

 Pesawat Caribou
Yang ini tak boleh masuk, boleh bergambar diluar je

 Bila kau paksa suruh anak kau jadi prop, bila budak tu tak nak, kau rasa geramnya
kihkihkih

 ni pun sama...walaupun agak heart attack takut dia jatuh,
tetap nak jugak jadikan dia prop...
sabar lah anak melayan kerenah ibubapa mu..
mama tahu adik redha..

 Suruh dia duduk dalam heli, dia ikut arahan tapi jangan tutup pintu katanya...
banyak term and condition budak ni sorang kalau nak suruh dia posing

 Bapaknya pulak jadi prop aku....muahahaaa..
tapi dia yang rela...takpe la kan

Rupanya di muzium ini ada terowong. Mula-mula aku ingatkan terowong betul-betul zaman perang, rupanya replika je. Tapi gaya macam terowong betul. Ajak Zhareef masuk, dia tak nak, penakut yang amat. Husband aku pulak kena jaga Rayqal. Maka, aku masuk sorang-sorang.

 Terowong Parti Komunis Malaya (PKM)
Terowong ini sepanjang 142 meter. Boleh di akses dari 2 pintu masuk. Dari blok B dan dari pesawat caribou tadi.

Di dinding terowong ada diletakkan cerita sejarah tentang komunis dan sejarah perang zaman dulu, tapi aku memang tak sempat nak baca semua. Kalau aku datang sorang-sorang atau tak bawak anak, mungkin boleh lah aku khatam baca semuanya.

 Bilik Pembedahan

 Bilik Mesyuarat Tingkap

 Ini pameran belah luar muzium.

Kami gerak dulu..
apa-apa...roger

Muka kena paksa ambil gambar
hahahaha

Nama perajurit yang banyak berjasa dan yang telah pergi diabadikan di monumen ini

“ INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN “
Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ


“Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.



Ada baiknya menghayati sejarah silam, tiada yang lama, tiada lah yang baru. Syukur lah kita lahir ketika Malaysia sudah aman. Hidup dizaman perang sangat lah perit dan tersiksa.

Aku macam nak pergi lagi muzium ni, sebab banyak tempat aku tak masuk. Tak pelik kan nak repeat pergi muzium?

Dan tahu tak, muzium tentera darat hanya ada satu di Malaysia...

iaitu di Port Dickson.


Wednesday, November 18, 2015

Upside Down : Rumah Terbalik : Port Dickson

Cuti deepavali yang lepas, aku tak balik kampung. Sebab tak ke mana-mana, jom kita pergi rumah terbalik di Port Dickson.

Di Port Dickson pun dah ada rumah terbalik, dengar cerita kat Melaka pun dah ada.

Bayaran masuk RM20 (dewasa), RM15 (kanak-kanak bawah 12 tahun dan ketinggian melebihi  90cm, kalau tinggi bawah dari 90cm, tak perlu tiket, free aje.

Zhareef dah tinggi lebih 95cm, hehe...kena lah beli tiket.


Ini gambar google, masa sampai orang ramai nak arwah, jadi aku terlupa nak snap gambar signboard ni.

 beli tiket dulu

 harus lah ada gambar tiketnya

Sebenarnya aku rasa lah, ini harga tiket yang baru sebab sebelum aku datang sini, aku baca dalam blog orang, harga tiket dewasa cuma RM15, kanak-kanak RM10. Bila sampai, tengok harga tiket dah lain, dan nampak sangat kesan baru tampal harga baru.

Sebab dah sampai, masuk aje lah. Nampak tak marketing strategi kat situ. 


ukur anak sebelum masuk di sini


Layan gambar je lah..