Friday, September 6, 2019

'Julie' Andrieu Rose

Tertengok kat blog sorang kakak ni, dia tanam pokok bunga ros yang bernama Julie Andrieu Rose. Baru aku tahu ada bunga ros bernama Julie, hihi.

Kalau rajin google la Julie Andrieu Rose, aku berkenan betul dengan ros ni. Selama ni aku tak berkesah langsung pasal bunga, tapi bila terpandang bunga ros yang ni, terus tersuka.

 Ini Julie Andrieu Rose (google image)


Maka, masa pegi Cameron Highlands last month, aku intai-intai juga kalau-kalau bunga ros ni ada jual disana. Aku jumpa la pokok bunga ros yang seakan sama dengan Julie Andrieu Rose, terus la beli. Aku beli pokok bunga ros ni di Kea Farm.

Walaupun aku tak pasti adakah ini Julie Andrieu Rose, tapi aku tetap nak panggil nama tu jugak.




Oleh kerana rumah aku tak ada space nak tanam pokok, terpaksa la aku letak pokok ni dalam pasu di yard (tempat sidai baju) betul-betul tepi tingkap supaya kena matahari. Kena siram hari-hari pokok ni, kalau tak memang arwah la dia.



Ada yang dah kembang dengan mekarnya, ada yang belum kembang lagi. Yang belum kembang, warnanya gelap sikit, seakan-akan warna maroon. Tapi bila dah kembang, jadi warna pink bercampur krim.



Hai 'Julie'....cantiknya kamu :P


1 comment:

Kay said...

betul Julie cantik