Temujanji dos pertama vaksin aku ialah pada 16 Jun 2021, bertempat di Universiti Malaya. Jauh pulak dari Putrajaya nak ke UM. Husband aku kena jaga anak kat rumah. Masa ni negara kita masih dalam PKP, satu kereta hanya 2 orang dibenarkan. Jadi, aku ajak adik aku temankan. Nasib baik ada adik duduk dekat Putrajaya juga. Dia jadi driver.
Terus menuju ke Dewan Peperiksaan UM. Segalanya smooth dan siap dalam masa 20 minit saja. Masa ni aku excited betul nak ambil vaksin, hehe. Sebenarnya masa ni aku dah tahu kat UM ni akan dapat vaksin Astra Zeneca sebab cousin aku pun cucuk disitu. Aku memang tak kisah pun dapat vaksin apa, aku malas nak demand.
Sehari selepas cucuk vaksin, esoknya aku demam menggigil. Menggigil kesejukan sampai tidur malam pun aku pakai sweater dan berselubung dalam selimut. Selain demam, aku sakit kepala dan sengal-sengal badan. Sebab tu ada orang pesan, standby panadol kat rumah siap-siap.
Aku demam sehari saja. Hari ke-2 demam aku dah recover tapi kepala masih ting tong. Nasib baik work from home, tak perlu nak drive ke ofis.
Tetapi, segalanya bermula selepas 2 minggu. Maksud aku 2 minggu selepas cucuk vaksin. Kaki aku naik gatal-gatal macam ruam di betis. Mula-mula sikit jer tapi lama-lama makin teruk. Ruam-ruam merah macam bintik-bintik halus warna merah timbul dikaki, di iringi dengan rasa gatal yang sangat merenyam. Dah jadi manusia gatal pulak aku kali ni, hahaha. Makin digaru makin teruk, jadi macam berair gitu dan merebak tempat lain pulak.
Lepas tu timbul pulak lebam-lebam di betis dan peha. Banyak pulak tu lebamnya, dah macam kena dera pulak aku rasa. Aku snap gambar sebagai bukti tapi tak boleh lah aku tunjuk disini.
Husband aku suruh pergi klinik. Aku pergi Klinik Kesihatan Presint 18 Putrajaya. Dua kali aku jumpa doktor. Kali ke-3 doktor keluarkan referral letter suruh aku refer pakar kulit di Hospital Putrajaya. Doktor kata ubat di klinik biasa terhad, jadinya aku kena jumpa pakar di hospital dan di hospital ada ubat dan rawatan yang lebih baik.
Maka pergilah aku temujanji dengan Dermatologist. Doktor tanya macam-macam, berkaitan dengan sejarah ada sakit apa, ahli keluarga ada sakit apa, bila ambil vaksin, bla bla here, bla bla there.
Sejarah keluarga aku, mak ada asthma. Abah tak ada sebarang penyakit. Jadi aku tanya doktor, adakah kegatalan dan lebam dikaki aku ini berpunca dari kesan vaksin?
“Saya rasa vaksin ini trigger awak punya imune system” kata doktor tersebut.
Doktor ambil gambar kaki aku yang teruk itu untuk ditunjukkan kepada doktor pakar. Aku ingatkan dia lah doktor pakar, rupanya bukan. Doktor pakar dalam bilik khas, bilik dia sendiri tak share dengan doktor lain. Tak lama kemudian, doktor pakar panggil aku masuk bilik dia. Dia minta aku tunjuk kaki aku. Nasib baik doktor pakar ni perempuan, hihi.
“You have eczema” kata doktor pakar. Masa ni aku macam terkesima bercampur blur sekejap.
Eczema?
Tak sampai 5 minit dia diagnose aku. Yelah, nama pun pakar kan. Tapi aku tak boleh terima kenyataan bila dengar perkataan eczema tu.
“Sejarah keluarga awak, mak ada asthma kan? Asthma memang ada kaitan dengan eczema” kata doktor.
Masa aku keluar dari hospital, aku tepuk dahi. Aku membebel sorang-sorang disepanjang jalan. Kalaulah ada orang nampak aku bercakap sorang-sorang masa tu, mesti dia kata aku gila.
Sepanjang aku hidup, tak pernah lagi aku rasa macam tak boleh terima kenyataan. Biasanya eczema ni kena masa baby, masa kecik, bukan dah tua bangka macam aku ni.
“Ada juga kes orang dewasa baru kena eczema” kata doktor. Kita ni tak belajar medic kan, jadi nak argue lebih-lebih nanti dia kata kita memandai-mandai dan nak tunjuk pandai.
Aku tak pernah ada penyakit berkaitan dengan kulit, kecuali jerawat dimuka. Nasib baik gatal-gatal ruam ni naik dikaki, kalau di muka atau badan, naya.
Masalahnya, statement doktor ni bertukar-tukar. Mula-mula dia cakap:
“Saya rasa vaksin ini trigger awak punya imune system”
Tapi lepas-lepas tu, doktor yang sama juga mati-mati menafikan kegatalan ini berpunca dari vaksin. Dia kata sebab dalam keluarga aku ada sejarah pesakit asthma. Dalam bahasa mudah, eczema ini disebabkan oleh keturunan.
Boleh tak aku nak cakap sikit, ye aku rasa memang vaksin ini trigger imune system aku. Daripada tak pernah ada eczema tiba-tiba boleh ada eczema. Tak pasal-pasal aku dapat penyakit baru.
Aku bukan setakat tak boleh terima pasal eczema tu, tapi aku juga tak boleh terima pihak KKM keep on deny kata masalah aku ini disebabkan oleh vaksin.
Sekejap kata vaksin trigger imune system, tapi lepas tu menafikan pula kata bukan sebab vaksin. Pening lah. Tahu tak orang ramai marah bukan sebab efek ini, tapi marah sebab mereka tak transparent.
Disebabkan itulah aku rasa, ramai yang takut nak ambil vaksin. Terus terang sajalah vaksin memang ada kesan buruk yang kita tak sangka, contoh macam aku kena ni.
Aku memilih untuk divaksin. Aku percaya setiap benda ciptaan manusia itu ada kesan baik dan buruknya. Vaksin bukan baru wujud sekarang, dari tahun 1700 lagi vaksin pertama telah dicipta oleh cendiakawan Islam dibawah pimpinan kerajaan Turki Uthmaniah. Vaksin cacar air (smallpox) adalah vaksin terawal wujud untuk mengawal wabak cacar air yang melanda Eropah pada abad ke-18.
Apa yang aku nak sampaikan ialah bukan masalah vaksin atau kesan vaksin, tetapi ketelusan KKM kepada orang awam yang mengalami kesan teruk selepas divaksin.
Ini baru cerita 1st dose vaccine. Cerita 2nd dose will be in the next entry.
2 comments:
eczema terus dia bagi...
Kay: sebab tu aku tak bleh terima
Post a Comment