Sunday, January 16, 2022

Kata-kata abah#5

Abah cerita, sebenarnya adik beradik abah ada ramai, berbelas orang. Tapi yang kekal hidup cuma 2 orang iaitu abah aku dan kakak dia (makcik aku) yang tinggal di Batu Pahat.
.
Setiap kali hari raya, pagi raya tu kami akan ke kubur. Nanti abah bawaklah aku menziarah pusara adik beradik dia. Semua adik beradik dia meninggal masa baby. Kuburnya teratur sebaris kecik-kecik.
.
Persoalannya, kenapa adik beradik abah semua meninggal masa baby? 
.
Jawapan ini arwah atok aku pernah bagitahu masa dia masih hidup dululah.
.
Atok kata:

“Adik beradik kau semua meninggal masa kecik sebab masa diaorang sakit aku bawak pegi jumpa BOMOH. Kau berdua hidup ni sebab masa kau berdua sakit masa kecik, aku bawak pegi jumpa DOKTOR!”
.
Orang dulu-dulu lebih percayakan bomoh dan takut nak ke hospital.
.
Agaknya arwah atok pun setelah berbelas orang anak dia meninggal, baru dapat hidayah nak jumpa doktor. Alhamdulillah panjang umur abah aku dengan kakak dia. Tapi kakak dia dah meninggal dunia dan sekarang abah aku tinggal sorang.
.
Ada penyakit yang kita kena jumpa ustaz (bukan bomoh), ada penyakit yang kita perlukan khidmat doktor. 
.
Zaman sekarang masih ada lagi ke orang jumpa bomoh?
.
Apa-apa pun ajal maut adalah ketentuan Allah. Jangan pulak kata, jumpa doktor ingat tak mati ke? Ye, tapi sekurang-kurangnya kita berjumpa dengan orang yang pakar dalam bidang mereka. Kita usaha, selebihnya tawakal.
.



No comments: