Ditempat kerja tak kira syarikat kecil atau syarikat besar, pasti ada budaya favouritism. Akan ada pekerja kesayangan bos, buat salah pun dia tak akan dipersalahkan. Mungkin favourite bos ini memang bekerja bagus, tetapi sebagai manusia, tetap ada buat kesilapan. Kalau orang lain kena bambu sebakul, favourite bos tak kena macam tu.
Dalam keluarga juga kadang-kadang ada anak favourite mak bapak. Anak yang ditatang. Anak yang dimanja-manja.
Bila ada favouritism (pilih kasih), akan berlakulah comparison (perbandingan). Sikap suka membanding-bandingkan diantara adik beradik atau pekerja dipejabat adalah tidak patut berlaku.
Sorang akan terluka, sorang lagi tersenyum gembira.
Sorang akan berduka, sorang lagi suka tak terkira.
Kita kena bersikap adil. Yang lemah, kita bantu. Tapi ‘bos’ jarang nak bantu staf dia. Bos selalunya memang bossy. Dia bagi arahan saja.
Yang selalu membantu ialah Leader. Ada beza tau antara bos dengan leader. Aku selalu berborak dengan sorang colleague aku pasal perkara ini. Dia sependapat dengan aku dan aku pun selalu bersetuju dengan dia.
Bos biasanya akan bagi arahan, keluarkan list nama, apa task mereka dan tarikh submission. Dia tahu kerja mesti submit as per schedule. Kalau ada masalah kecik-kecik tu tak payah tanya dia, nanti dia akan suruh kau tanya orang lain. Pendek kata, pandai-pandailah kau nak hidup.
Berbeza dengan leader. Kalau kita ada masalah, kita datang jumpa dia untuk bertanya. Leader steady jer bantu kita apa yang patut, siap dia offer kau lagi..
“Tau tak macam mana nak buat? Kalau tak tau meh saya tunjuk..” sejuk hati dengar.
Lagi best, leader pesan bersungguh-sungguh…”kalau tak tahu atau tak faham, tanya. Tanya jer apa-apa”
Kalau bos…
“Benda simple macam ni pun awak tak tau?”
Remuk hati mendengarnya. Bila dengar ayat macam tu, automatik kau akan rasa bodoh.
Dan…yang paling orang menyampah bila bos itu seorang PEREMPUAN.
Aku yang perempuan ni pun rasa depression kerja dengan dia. Eh ramai lah yang mengadu dengan aku stress dengan dia.
Sekarang ni aku sedang berfikir, bila dia nak pencen.
Hahahahaa…
No comments:
Post a Comment