Toxic positivity ini satu sikap seseorang yang terlampau positif tak bertempat. Bersikap positif itu bagus, dalam Islam pun kita disuruh supaya bersangka baik.
Tapi dah nama pun hidup ini penuh warna warni, akan ada masa kita rasa sedih, down, marah, stress dan geram. Semua perasaan itu normal. Kita manusia, bukan robot. Manusia ada perasaan.
Toxic positivity ini seolah-olah satu percubaan untuk menafikan perasaan sendiri. Kita sedih tapi kita terpaksa berpura-pura gembira. Kita marah tapi kita terpaksa pendam. Kita geram tapi kita diamkan. Semua ini berlaku sebab kita konon-kononnya nak jadi orang yang positif. Tapi positif pun kena bertempat juga dan tengok situasi.
It’s ok to not be ok.
Kalau rasa sedih, rasa nak menangis, menangis lah. Jangan ditahan air mata itu. Lepas menangis kau akan rasa lebih lega. Tapi jangan menangis lama-lama sangat. Tak elok juga menangis meratap lama-lama.
Kalau rasa stress atau marah, kalau kau tak ada cara terbaik untuk melepaskan kemarahan itu, kau pergi dapur masak meggi letak telur. Kau makan.
Dulu zaman jahiliah, aku pernah juga melepaskan kemarahan di socmed. Tu dulu zaman jahiliah. Sekarang aku lebih suka menulis di blog ini. Aku menulis bukan untuk orang lain baca sebab aku tahu tak ada siapa baca pun. Aku menulis untuk kepuasan hati aku sendiri. Aku lepaskan disini supaya hati aku tak sakit dan otak aku tak serabut. Nak cerita dengan keluarga atau saudara mara, bukan semua nak dengar masalah kita. Mereka pun ada masalah juga. Jadi, kita cerita dengan blog. Kahkahkah.
Berbalik pada isu toxic positivity tadi. Benda yang ada kaitan dengan jiwa, perasaan dan mental ni tak boleh dipendam terlampau lama, tak boleh dinafikan hak kita untuk rasa sedih atau marah. Kita berhak untuk merasai semua perasaan itu tapi dalam masa yang sama kita juga harus tahu bagaimana cara untuk menangani perasaan tersebut.
Kalau kau rasa down, layankan sekejap perasaan tu. Lepas itu slowly move on. Aku tahu susah nak move on. Cakap memang senang tapi nak buat tu susah.
Macam apa yang aku dan kawan-kawan aku sedang alami sekarang. 2 tahun gaji kami dipotong dan sehingga ke hari ini macam tiada tanda-tanda kami akan dapat semula gaji asal kami. Sadis kan. Kerja bertambah, tapi gaji setakat itu saja. Kalau cakap banyak orang kata kita tak bersyukur pula.
“Be positive, sekurang-kurangnya kau masih ada kerja, daripada kena buang”
“Be positive, duit bukan segalanya”
Kerana terlampau positif lah, majikan naik tocang. Dia tahu pekerjanya redha saja dengan apa yang berlaku. Dia tahu pekerjanya semua bersikap positif dan bersyukur selalu. Dengan itu, dah nak masuk tahun ke 3 covid melanda dunia, nampak gaya macam tak ada tanda mereka nak pulangkan semula gaji yang mereka potong itu. Potong gaji pun tak ada black & white. Main cakap mulut jer.
Kerana terlampau positif lah kadang-kadang kita senang ditindas. Perkara lain majikan buat semua ada black & white, tapi bila nak potong gaji pekerja main cakap dimulut sahaja. Apa salahnya mereka karang ayat sedap sikit dalam sekeping kertas, explain baik-baik keadaan kewangan syarikat macam mana, projek apa yang sedang on going, mengapa perlu melakukan pemotongan gaji dan pemotongan gaji itu efektif dari bila sampai bila…explain!
Kami pekerja, kami boleh faham dan terima kalau majikan cakap baik-baik. Ini tak, company rugi staf yang salah. Memang meminta di maki secara berjemaah.
Awal-awal dulu semua orang memang bersikap positif. Tapi lama-lama rasa macam dah penat nak positif. Kami pun mengumpat beramai-ramai didalam wasap group. Bertambahlah dosa kami.
Sebab itulah aku terkenang semula segala kata-kata dan nasihat abah. Syukur juga aku ada kebun, aku rasa bekerja dengan alam lebih tenang daripada bekerja dengan manusia yang tak menghargai kau pun. Bercakap dengan pokok lagi seronok daripada berdebat dengan orang-orang atasan yang hanya mementingkan poket sendiri. Kau berdebat lama-lama pun tak guna, buang masa dan buang air liur. At the end, dalam appraisal rating kau menurun dan kau akan dilabelkan sebagai tak competent.
Jadi, lebih baik diam dan just go with the flow.
No comments:
Post a Comment