Perkataan ini cikgu sekolah aku yang perkenalkan. Cikgu Hamdin namanya. Dulu masa sekolah menengah (aku lupa tingkatan berapa) aku join Kelab Keusahawanan. Aku dah start belajar-belajar berniaga sedari sekolah lagi.
Masa tu sekolah aku akan mengadakan Hari Sukan Tahunan sekolah. Bila tiba hari sukan ramailah pelajar akan open table berniaga macam-macam jenis makanan dan minuman di sekolah. Pengerusi kelab keusahawanan meminta semua ahli bahagikan kepada 2 kumpulan. Cari satu nama untuk team masing-masing dan fikir apa nak jual masa hari sukan nanti.
Seriously aku lupa apa nama team aku, hahaha. Tapi aku boleh ingat nama team satu lagi iaitu Kaizen. Cikgu Hamdin memberitahu kami apa maksud Kaizen. Dan sejak itu perkataan Kaizen kekal lebih 20 tahun dalam kepala aku.
Semasa hari sukan, team aku decided nak jual aiskrim! Kami tinjau-tinjau kebanyakan pelajar lain dah jual makanan berat, makanan ringan dan air. Jadi, kami rasa adalah sangat sesuai menjual aiskrim. Siapa yang tak suka makan aiskrim kan.
Stok aiskrim kami ambil dari orang kampung aku juga, namanya Pak Lang. Nama sebenar Pak Lang sampai sekarang aku tak tahu. Satu kampung panggil dia Pak Lang. Pak Lang ni kerjanya dulu memang menjual aiskrim dan aiskrim tu dia buat sendiri. Homemade ice cream! Petang-petang Pak Lang akan round kat rumah-rumah orang naik motor sambil membunyikan loceng aiskrim.
Laku ke jual aiskrim? Mestilah laku. Sampai tak cukup tangan melayan pelanggan. Hari sukan, orang dah rentung berpanas ditengah padang. Selain orang akan cari air, orang nampak aiskrim dan mereka akan memilih aiskrim!
Aiskrim yang team aku jual adalah aiskrim kon (aku lupa perisa apa) berharga rm1 sahaja.
Licin tau aiskrim tu. Itulah permulaannya aku menjebakkan diri dalam berniaga. Jual aiskrim disekolah.
Masa sekolah menengah semua pelajar wajib join apa-apa kelab yang kita minat. Apa yang aku ingat, aku kekal sebagai ahli Kelab Keusahawanan dan Kelab Penulisan. Semasa tingkatan 5, aku join Kelab Majalah Sekolah. Aku ada submit beberapa puisi untuk dimasukkan dalam majalah sekolah. Jangan tak percaya aku pernah karang puisi tau, kahkahkah.
Dulu pergi sekolah tak pernah stress langsung. Ibubapa tak ada pun membanding-bandingkan anak siapa dapat 20A, anak siapa dapat nombor 1 dalam kelas. Kalau diaorang nak compare pun, setakat tanya...macam mana periksa? Ok tak? dapat berapa? Tahniah?! Sampai disitu sahaja, cerita tamat. Kalau makcik-makcik atau jiran sebelah nak mengata belakang, biar diaorang lah.
Nasib baik zaman dulu belum ada internet. Kalaulah zaman dulu dah ada internet dan media sosial, agak-agak mak aku update status tak anak dia periksa dapat berapa A? Agak-agak mak aku tayang gambar keputusan peperiksaan aku tak di wall media sosial dia?
Sometimes social media can kill us!
and sometimes social media can make us depressed!
Berbalik kepada perkataan Kaizen..
Kaizen means continuous improvement. Hari ini lebih baik dari hari semalam dan harapan kita agar hari esok akan lebih baik dari hari ini.
Normally kaizen ini satu kemajuan diri atau perniagaan secara perlahan-lahan tetapi berterusan. Bukan drastik.
Kalau naik terlampau drastik, bila jatuh pun drastik juga. Kalau boleh, naik slowly, nak jatuh pun tidaklah jatuh tersungkur. Abah aku kata, kalau nak buat sesuatu kena ada banyak plan.
Plan A
Plan B
Plan C
…dan seterusnya bergantung kepada keadaan.
Kalau plan A tak jadi, at least kau tak panik sebab kau dah ada plan B.
Begitu juga dalam kehidupan kita. Kena ada perancangan apa, bila, dimana, bagaimana. Soal menjadi ke tidak perancangan itu, tolak tepi dulu. Sebab kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan…
Nota:
Aku ni bukan pandai sangat nak menulis atau bercakap hal-hal macam ni, aku cuma teringat apa yang pernah berlaku, apa yang pernah orang pesan dan apa yang pernah aku lakukan. Sebelum daya ingatan aku hilang, aku tulis dulu. Kalau rajin, aku lukis :)
No comments:
Post a Comment