Kira-kira separuh usia aku yang lalu, aku pernah tinggal di Taman Pelangi, Johor Bahru. Rumah aku dekat saja dengan shopping complex Leisure Mall. Leisure Mall tu dah macam rumah aku nombor 2.
Dipintu masuk Leisure Mall ada seorang wanita tua berketurunan India. Hari-hari dia duduk dipintu masuk itu untuk mengemis. Tangan sebelah kiri dia berbalut dengan kain seolah-olah luka. Masa itu aku percaya dia benar-benar susah.
Tapi lama-lama aku jadi pelik tengok aunty tu. Semalam balutan ditangannya disebelah kiri, hari ini dah bertukar sebelah kanan pula. Kan aku dah kata Leisure Mall tu dah macam rumah aku nombor 2, jadi aku selalu perhatikan aunty itu mengemis. Fahamlah aku bahawa aunty itu penipu.
Itu cerita separuh usia aku yang lalu. Cerita lain beberapa tahun yang lalu masih berkisar tentang si pengemis. Aku pernah pergi dan balik kerja naik train. Train terakhir aku akan berhenti di Ampang Park. Dari Ampang Park aku akan berjalan kaki lebih kurang 10 minit untuk sampai ke ofis. Dalam perjalanan nak ke ofis itu aku akan lalu didepan pengemis yang aku agak dia berketurunan Rohingya, duduk bersila atas jalan sambil meribakan anak kecil. Setiap hari aku lalu disitu dan aku akan nampak muka yang sama setiap hari. Kadang-kadang bertukar orang lain tapi nanti mereka akan rotate semula. Aku saspek mereka ada jadual minggu ni aku mengemis disini, engkau mengemis di sana. Lepas tu rotate pulak engkau mengemis disini, aku mengemis disana.
Suatu hari dibulan puasa, aku berjalan laju nak kejar train, maklumlah bulan puasa kan, kena berkejaran untuk sampai ke rumah. Didepan aku ada seorang wanita muda 20an berjalan memegang bungkusan makanan. Dia berhenti didepan seorang pengemis dan hulurkan makanan itu. Aku senyum cakap dalam hati, alhamdulillah dapatlah pengemis ini makan sedap.
Tapi senyuman aku itu cuma bertahan 3 saat. Pengemis itu ambil bungkusan makanan dan terus membalingkannya ke atas jalanraya. Bersepai makanan itu. Langkah aku terhenti. Wanita depan aku yang bagi makanan itu pun terkejut. Si pengemis tadi membebel dalam bahasa apa pun aku tak tahu. Dia marah orang bagi makanan. Dia tak nak makanan, dia nak duit.
Aku lalu depan pengemis itu dengan perasaan takut-takut. Gangster betul kau yer membuang makanan macam tu jer. Depan mata aku berlaku perkara ini.
Sekarang mengemis dah jadi satu profession. Mereka berlakon kononnya kaki patah lah, tangan luka berdarah padahal mereka itu sihat waalafiat. Aku tak pastilah ada sindiket atau tak, tapi yang pasti mereka menipu.
Nak bersedekah, ada tempat lain yang lebih dipercayai dan selamat. Jangan bagi muka pada pengemis macam tu. Silap haribulan, duit hasil mengemis tu bukan mereka yang dapat, tapi ‘boss’ mereka yang tibai.
Bersedekah ditempat yang betul. Jangan sedekah pada gangster.
No comments:
Post a Comment