Nama ini atas curahan idea abah. Aku tak tahu dari mana dia dapat nama ini. Nama aku tak ada makna yang spesifik macam nama orang lain. Contoh nama Jamilah bermaksud ‘Yang Cantik’. Jannah bermaksud ‘Syurga’. Nama aku tidak ada makna apa-apa. Nothing.
Ramai orang fikir nama aku ini nama samaran, nama glamour. Tidak. Nama ini termaktub dalam surat beranak dan kad pengenalan. Nama ini sering dipermainkan dan menjadi bahan lawak sewaktu sekolah dulu. Dulu bila orang tanya nama aku siapa, aku macam segan-segan nak jawab sebab aku pasti kena ulang 2-3 kali. Riaksi muka orang yang pertama kali mendengar nama aku seolah-olah aku ini datang dari planet lain.
Kenapa bapak kau bagi nama macam ni?
Ada maksud tak nama kau ni?
Nama macam orang putih, tapi nama bapak kau Ahmad jer.
Julie, bapak kau orang Mexico ke?
Itu antara soalan-soalan yang biasa aku dapat. Dalam banyak-banyak soalan, ada satu soalan yang paling sadis.
Julie tu Islam ke? Hehehe.
Abah aku kata dia memang suka nama-nama aneh macam ni. Mungkin dulu dia banyak bergaul dengan mat-mat saleh semasa dalam tentera British. Sebelum wujud Askar Melayu, abah masuk askar British, jadi askar Jurutera. Semasa dalam askar Jurutera ini lah abah banyak belajar kemahiran bertukang.
“Orang dulu-dulu, kerja apa lagi nak buat. Masuk askar je lah” kata abah.
Abah berpesan lagi..
“Kau jangan tukar pulak nama ni. Jangan jadi macam orang lain, nama Salina jadi Sally, nama Jamilah jadi Jamie”
Begitu sekali dia berpesan. Ye lah, penat dia perah otak cari idea nama pelik-pelik ni, tiba-tiba dah besar aku pergi tukar, mestilah dia frust.
Lepas berkahwin, husband aku saja-saja search kat google nak cari siapa lagi nama yang serupa dengan nama aku. Balik rumah dia kata…dia tak jumpa orang yang bernama seperti aku.
Aku berseloroh dengan dia..
“If one day i’m gone, there is no other people can replace me”
Begitu sekali konfidennya aku berkata-kata.
I’m the only one Julie Ellyzer, and confidently i want to say…my name is rare! Julie Ellyzer hanya ada satu saja dalam dunia…akulah tu.
Sebenarnya adalah lebih elok dan afdal jika nama itu ada makna yang baik. Tapi kalau tak ada makna pun tak berdosa. Yang penting attitude dan akhlak kita. Yang penting didikan yang kita dapat. Mendapat satu nama yang mempunyai makna yang baik adalah satu bonus dan amat-amat digalakkan.
Yang mempunyai nama yang baik itu contohnya nama seperti nama Nabi dan Rasul, bawalah nama itu baik-baik. Nama dah elok dah makna tapi kau pergi mencuri dalam kebun orang, pun tak guna juga. Nama kita ini akan kita bawa dari hari kita lahir sehinggalah hari kita mati nanti. Di padang masyar pun nama ini juga yang disebut.
Nama tak bersalah, yang salah perangai kau. Macam orang suka salahkan kopi. Katanya minum kopi tak bagus, minumlah teh, minumlah air buah.
Yang salah bukan kopi tapi berapa sudu gula kau letak dalam kopi tu. Kalau kau minum teh tapi manis macam nak potong kaki pun tak bagus. Kalau kau perah air buah lepas tu kau tambah gula pun dah jadi tak sihat juga.
Doktor pun kata, kenapa orang suka salahkan kopi? Yang salah sebenarnya gula. Tapi apa saja yang kita makan dan minum biarlah berpada, kalau berlebihan itu yang jadi penyakit.
.
.
Asalnya aku nak cerita pasal nama aku jer, tiba-tiba terkait dengan kopi… hahaha.
No comments:
Post a Comment