Friday, March 18, 2022

Salam Jumaat


 

Tak rasa ke meja aku ni serabut? Dengan mangkuk plastiknya. Kalau boleh aku nak letak periuk belanga terus kat sebelah meja, senang nak makan minum tak payah bangun. 



Haa, kan dah terurus sikit. Baru lah sedap mata memandang. Tiada keserabutan fikiran. Aku baru upgrade meja. Meja murah saja. Berapa lama boleh bertahan kekemasan meja ini? Aku target seminggu. Lepas seminggu confirm bersepah balik. Meja yang bersepah tandanya kita banyak kerja, kan begitu konsepnya? Kalau dulu sebelum covid, situasi dipejabat, kalau kau tengok meja orang tu kemas bersih, nanti kau akan kena soal….

”kau takde kerja eh?”

Jadi, untuk menampakkan kau banyak kerja, kau kena sepah-sepahkan meja kau, letaklah drawing banyak-banyak sikit atas meja, pen, yellow highlighter pun kena buka sikit penutupnya supaya orang tau kau ada kerja. 

Begitulah konsepnya. Seolah-olah meja yang kemas bersih itu menjadi sesuatu yang janggal untuk dilihat. Tapi sebenarnya ada jer kawan aku yang jenis suka mengemas meja. Lelaki tau, bukan perempuan. Semua orang kagum dengan kekemasan meja dia. 

Engineer yang mejanya kemas dan bersih akan dianggap aneh. Selalunya meja engineer tak pernah lawa, normally bersepah. Drawing 5 tahun yang lepas pun masih ada disebelah meja, bertimbun dah macam menara KL tingginya. 

Meja leader? Meja designer? Kau tak nampak meja sebab dah tertutup dengan segala mak nenek drawing dan paperwork. Tapi jangan risau, tuan meja itu tahu mana nak cari drawing yang dia nak guna walaupun kita tengok meja dia tak ada rupa meja.

Itu belum lagi kau tengok meja kawan kau yang penuh dengan makanan, hehe. Dah macam kedai runcit aku tengok. Kau nak apa, kopi, snack, biskut, air minuman kesihatan, oat, roti…semua ada.

Kadang-kadang ada juga rasa rindu nak masuk ofis macam dulu. Dua minggu lepas masuk ofis sekejap sebab kena paksa, suasananya sungguh lain. 

Sunyi.

Sepi.

Dulu petang-petang kitaorang selalu turun bawah sekejap pergi cari kopi. Beli goreng pisang, keropok atau kuih makan ramai-ramai. Nanti bos pun akan join sekali. Kalau ada birthday kawan-kawan, nanti kami collect duit beli kek, beli pizza. Celebrate ramai-ramai. 

Kadang-kadang ada kakak designer supersenior yang baik hati belanja makan, sama ada dia masak sendiri atau tempah. Nanti pagi-pagi masuk saja ofis kakak itu datang dan cakap…

“Ada nasi lemak, ambil makan, tak payah beli sarapan dah”

Kadang-kadang nasi lemak, kadang-kadang nasi dagang, kalau rajin dia masak mee kari atau soto. Marvellous!


Dah mula lah ni nak throwback kenangan silam. 

Salam Jumaat!
















2 comments:

SalbiahM said...

rindu jugak nak kerja opis. boleh deko macam-macam. tapi sejak company amalkan 5S dan galakkan paperless, memang bersih lah meja. sampai taruk 2 monitor

Julie Shahril said...

Salbiah: yup paperless. Tapi utk checking drawing tetap juga selesa nak print. Sedap nak conteng2 dan komen atas kertas, hehe