Sunday, March 13, 2022

Semangat yang hilang

Satu dekad yang lalu, aku bangga menulis seperti ini setiap tahun dalam appraisal:

“I am able to work under pressure”

Sekarang aku rasa ayat itu sudah tidak boleh digunakan lagi. Dah banyak aku lihat orang tumbang dikatil hospital atau setidak-tidaknya terpaksa makan pil darah tinggi akibat menanggung bebanan kerja dan tekanan yang kuat dari pihak pengurusan. Ada juga yang rebah lalu meninggal dunia kerana tidak cukup rehat dan terpaksa menghadap meeting sampai pukul 11 malam.

Aku tahu ajal maut itu bukan kita yang tentukan, tetapi kita berhak untuk menjaga kesihatan mental dan emosi kita sebelum kita ditimpa penyakit. Ketahuilah bahawa dimata majikan, diri kita ini sentiasa boleh diganti. Tetapi dimata ahli keluarga, diri kita amat berharga dan tiada gantinya. Oleh itu, bekerja lah berpada-pada kerana esok masih ada. Aku lihat sekarang serba serbi nak cepat seolah-olah dah tak ada hari esok nak sambung kerja. Semua mengejar progress walaupun tahu tangan tak cukup nak melakukan semua perkara dalam masa yang cepat.

Setelah masuk tahun ke-3 kita hidup bersama corona, dan setelah lebih 2 tahun meneruskan kelangsungan hidup dengan kerja yang banyak tetapi gaji yang dicantas, tahun ini aku menukar ayat dalam appraisal, ayat yang murni dan penuh pengharapan..

“I hope we can get our old salary as we were survived over 2 years working with paycut”

Oh Tuhanku, Kau mengizinkan perkara ini berlaku. Minggu lepas kami mendapat satu utusan email dari Human Resource bahawa pihak pengurusan bersetuju untuk membayar 50% daripada 35%  gaji kami yang dipotong itu. Mereka masih belum boleh nak pulangkan 100%. Alhamdulillah syukur juga mereka mendengar rintihan semua orang. Setidak-tidaknya mereka ada usaha nak pulangkan semula 50% kan. Jangan komplen banyak-banyak, nanti bos besar tarik balik email tu baru padan muka kau, haha.

Doa aku agar semua yang jatuh kembali bangun, yang pernah hilang pekerjaan akan dapat semula peluang yang lebih baik dan yang masih ada pekerjaan seperti kami akan terus bertahan walaupun jauh disudut hati terasa semangat itu belum benar-benar pulih. 

Mana tahu muncul pelangi selepas hujan…begitu sekali positifnya aku hari ini, kihkihkih.



2 comments:

SalbiahM said...

stay positive sis. pinjam sikit semangat tu. 'Able to work under pressure' tu ayat wajib atas resume. hehe

Julie Shahril said...

Salbiah: actually, work under pressure is not good. Tapi dh mmg semua kerja ada tekanan, kena pandai2 la kontrol emosi sendiri :)