Wednesday, August 10, 2022

06 Ogos

Entah siapa yang memulakan adat kalau sambut hari lahir mesti kena beli kek dan tiup lilin. It’s so boring. Kek tu bukan aku makan sangat. Kalau beli sebiji kek, berminggu-minggu simpan dalam peti ais, seksa nak habiskan. Harapkan budak dua ketul tu saja yang jadi tukang perabih.

Untuk anak-anak ok la nak tiup lilin dan potong kek. Bagi mereka happy dan merasa keindahan menyambut hari lahir. Untuk aku yang dah boring nak hadap kek, aku rasa aku ok saja kalau hidangkan aku dengan 3kg buah longan dan sebekas besar aiskrim Nestle Cappucino.

.

.

Because cake is too mainstream!



3kg buah longan ni aku boleh hadap dalam masa sehari saja. Hari ni beli, insya Allah esok clear!



Aiskrim ni aku tak boleh nak hadap sorang sebab kena share dengan orang lain. Ramai pulak penggemar aiskrim cappucino dalam rumah ni.



Satu lagi, setiap kali kita sambut hari lahir, yang sepatutnya diraikan ialah mak kita. Mak kita yang melahirkan kita dengan susah payahnya. Macam aku ni selalu lah mak cakap…

“Nak beranakkan kau yang paling susah. Dah lah menyongsang keluar kaki dulu, duduk dalam perut 11 bulan, sikit lagi nak setahun, keluar dari perut kau dah memerut, mak sampai tumpah darah. Separuh mati kau tau”

Haa itulah antara ungkitan-ungkitan mak aku yang membuatkan aku senyum sorang-sorang bila teringat. Sebab itulah syurga itu terletak dibawah tapak kaki ibu yer. Nak beranakkan sorang-sorang anak itu bukan mudah. Tak boleh teran, doktor belah perut. Tak pasal-pasal perut berparut dan parut itu kekal sampai mati. 

Belum terlewat nak ucapkan selamat hari lahir kepada diri sendiri. Lewat nukilan ini ditulis disebabkan banyak hal-hal tak dijangka berlaku. Oh ogos, aku mengharap bulan ogos ini baik-baik saja tetapi yang disebaliknya berlaku. Dalam pada stress dah berkilo-kilo juga aku telan buah longan. Aku rasa buah longan ini terlalu sedap ditekak aku. Sedap sangat.
.
.
.

06 August - Happy birthday to myself. Terima kasih mak susah payah mak meneran sampai tumpah darah. 







No comments: