Thursday, September 8, 2022

Kembali ke pejabat

Bermula 1 September yang lepas, aku dan seluruh rakan sekerja telah diarahkan untuk kembali berkerja di pejabat. No more work from home. Hampir 3 tahun lamanya berkerja dari rumah dan kini dalam keterpaksaan kena bersiap dan berkejaran disubuh-subuh hari.

Kini, setiap pagi ibarat satu perlumbaan.

Time management adalah sangat penting. Pukul berapa nak bangun, siapkan bekalan untuk anak, siapkan diri sendiri, siapkan anak, pukul berapa harus keluar rumah dan pastikan berjalan kena pantas, tak boleh berlenggang kangkung mak limah. Aku sedar yang aku kena fit tubuh badan tetapi malangnya aku tak fit, hahaha. 

Aku tidak lagi memandu ke pejabat kerana 2 buah kereta aku dah sengal tahap rasa nak jual. Aku tak yakin nak bawa kereta jadi aku lebih rela naik train. Aku sangkakan train MRT fasa 2 di Putrajaya dah siap, rupanya belum. Hanya MRT fasa 1 telah berfungsi bermula dari Kwasa Damansara hingga ke mana entah, lupa...malas nak fikir. Kalau MRT dah siap mudahlah aku nak ke pejabat, cuma naik 1 train saja. Oleh kerana MRT belum siap, aku terpaksa juga naik ERL dari Putrajaya ke KL Sentral, kemudian tukar naik Putra LRT turun di Ampang Park.

Di pejabat kedengaran suara-suara annoying bertanya begini..

"Hai lama tak nampak. Sedap ke work from home?"

"Apa perasaan dah kena masuk ofis semula?"

.

.

Soalan pertama keluar dari mulut salah seorang bos perempuan department sebelah. Soalan kedua datangnya dari kakak designer yang umurnya hampir-hampir nak pencen.

Dua-dua perempuan! Perempuan memang mengjengkelkan. Aku juga seorang perempuan tapi kadang-kadang aku rasa tak selesa bercakap dengan perempuan-perempuan macam itu. Dia punya annoying rasa nak muntah. Wahai perempuan, kenapa kau suka menyakitkan hati perempuan lain?

Sesi mengumpat pun bermula. Sesi menambah dosa. Dari aduan rakan sekerja aku yang kerap kena sindir dengan kakak designer, dia kata CEO dengan HR bagi jer work from home, tapi...ada sorang bos yang lagi berkuasa tak benarkan. Yang lebih annoying, kedengaran seperti ada seseorang dah masuk bilik bos yang berkuasa itu mengadu dia tak suka orang lain work from home sebab dia tak dapat work from home.

Ya benar, designer dan drafter tidak dibenarkan work from home selama ini kerana mereka bekerja menggunakan software. Software itu pula berlesen dan berbayar serta memerlukan kelajuan internet yang mantap. Mereka boleh bekerja dari rumah jika mereka boleh menyediakan facility lengkap dengan kelajuan internet yang padu. Jika tak boleh sediakan semua itu, mereka haruslah datang ke pejabat dan itulah yang membuatkan salah seorang designer ini tidak puas hati.

Kami engineer cabuk cuma kerja guna Microsoft word, excel dan PDF saja. Internet yang tak berapa padu pun ok dah setakat nak remote dari rumah, tiada masalah. Kami sanggup upgrade PC/Labtop, subscribe Unifi demi nak dapat work from home. Oleh kerana kami dapat work from home, kami sanggup kerja tak tentu masa walaupun dah habis waktu kerja. Kalau ada bos minta sesuatu yang urgent, kami buat saja tak kira dah malam atau hujung minggu.

Tapi..

Seorang kakak yang dah nak pencen ini sibuk mencaci..

Yang work from home tu buat apa? Ada hours ke? Ada kerja ke kat rumah tu?

Perempuan ini memang komplikated dan susah nak adjust emosi mereka. Macam aku katakan tadi, aku juga seorang perempuan tapi jangan ingat aku boleh ngam dengan semua perempuan.

Yang dah nak pencen itu juga ada anak dan bakal ada cucu. Kenapa hatinya begitu curiga dan sibuk nak menghakimi orang lain? Apa dia fikir yang work from home ini tak buat kerja ke? Kalau kami tak buat kerja, dokumen-dokumen yang banyak deliver to client siapa yang buat? Hantu ke?

Dengan kakak-kakak yang dah nak pencen ini tak boleh nak melawan sangat sebab mereka akan rasa mereka saja yang betul. Oleh kerana kami masih ada rasa hormat pada mereka, jadi aku rasa aku kena buat pekak dan abaikan saja apa mereka nak cakap. Jangan berlawan cakap nanti makin sakit hati.

.

.

Ok, lega sikit lepas taip ini. Aku nak sambung kerja.






5 comments:

HanNis SaNia said...

stress jgk dpt rakan sekerja/bos mcm tuuuu.. depan2 diberi setempek ye. hehe so far kt opis ni nasib baik masih ok semua perangai. klw tak, stress jgk nk kerja. environment toxic mcm tu mmg perlu dielakkan

Julie Shahril said...

Hannis: ada segelintir yg toxic. Merimaskan dan menjengkelkan.

SalbiahM said...

Setuju sis. Colleagues perempuan ada kalanya annoying. Mulut takde insurans. Huhu

Julie Shahril said...

Salbiah: betul, especially yg dah berumur. Diaorg main cakap lepas je kdg2

Time Traveller said...

Nasib la bukan kita yg kene.. kalau tak.. hahahahaa... Lelaki pun ada tapi senang nak marah semula.. kalau pmpn ni kene diam jer la .. ke gane?