Friday, September 9, 2022

Dahi berlubang

Cerita throwback.



Kisah yang berlaku semasa hari raya yang lepas. Hari raya ke berapa aku dah tak ingat. Cerita jatuh luka berdarah. Cerita yang membuatkan aku trauma. Aku yang trauma, bukan anak aku. Dia tak pandai lagi nak trauma-trauma, serik pun tidak.

Nampak dahi dia berlubang? Sebab itu aku trauma. Aku ini anak tak ramai, cuma 2 orang. Tapi penatnya macam ada 5-6 orang anak. Agaknya sebab itu anak aku hanya 2 orang (setakat ini lah). Kalau aku ada anak ramai tak tahu macam mana nak urus. 

Di hari kejadian, aku 4 beranak bersiap-siap untuk beraya disalah sebuah rumah sahabat aku di Kajang. Punya teruja aku nak jumpa kawan-kawan hiking yang dah lama tak bersua muka. Nak ambil gambar, nak borak-borak dan bergosip, haha.

Dah bersiap, husband aku turun dulu sebab dia nak buang sampah. Aku turun 2-3 minit saja selepas husband aku turun. Jarak masa tu tak lah jauh. Anak aku 2 orang itu bersama dengan aku waktu itu. Dari dalam lif aku dah pesan jangan berlari, nanti jatuh. Pesanan yang macam dah jadi zikir setiap hari tapi zikir ini langsung tak lekat di kepala mereka berdua.

Sampai saja di lobi, pintu lif terbuka. Zhareef dan Rayqal terus meluru keluar nak berlumba berlari. Aku sempat jerit….jangan lari…

2 saat kemudiam….bammm! Rayqal jatuh terhantuk di kerusi batu.



Inilah meja dan kerusi batu tempat Rayqal jatuh dan terhantuk

Kedengaran suara tangisan diiringi semburan darah yang banyak. Aku agak panik waktu itu. Kau bayangkan kami bersiap lawa-lawa nak pergi beraya tapi at the end of the day ke hospital. Nasib baik kebetulan ada jiran lalu ketika kejadian dan dia menghulurkan kain napkin anak dia kepada aku untuk lap darah dan tutup dahi yang dah berlubang.

Dahi berlubang!

Aku tak tahu lagi ketika itu dahi Rayqal berlubang. Semasa kejadian hinggalah sampai ke hospital aku tutup dahi dia dengan kain napkin. Dihospital ketika doktor check barulah aku tengok sendiri rupanya dahi dia berlubang yang agak mengerikan. Aku sendiri tak sanggup nak tengok lama-lama.

Bila dahi dah berlubang mestilah kena jahit. Doktor yang jahit itu adalah doktor bedah plastic surgery. Pihak hospital yang cadangkan jika nak jahitan cantik, kemas dan tidak meninggalkan parut yang besar, kena minta doktor bedah plastic surgery jahitkan. Tapi masa itu doktor tersebut tidak ada di hospital, dia on call. Kena tunggu 1 jam. Okay la setakat nak tunggu 1 jam tak ada masalah sangat. Aku dah biasa menunggu dihospital 2-3 jam sebelum ini.

Semasa nak jahit Rayqal meronta. Tak tahulah kenapa kali ini dia macam takut nak kena jahit. Bila dia meronta doktor susah nak buat kerja. Jadi, doktor kata budak ini perlu di bius supaya dia tidur, barulah kerja jahit-menjahit mudah nak buat.

Maka, Rayqal kena bius separuh sedar. Memang teliti cara doktor ni jahit, aku puas hati. Jahitannya rapat-rapat dan kemas untuk mengelakkan parut yang besar. 

Rayqal kena 7 jahitan.

Sebelum ini dia pernah kena jahit dikepala juga, 3 jahitan. Jadi, total semua 10 jahitan dah dikepala budak ini. Tepuk dahi aku.



Gambar terkini budak jendul ni. Parutnya masih ada tapi parut yang licin, bukan parut yang menggerutu. Aku sapukan lotion vitamin E untuk hilangkan kesan-kesan parut. Dua kali dah kepala bergegar dengan 10 jahitan, harap-harap bijak lah nanti.


Memelihara anak lelaki yang lasak memang kau akan semput. Aku pesan dan selalu peringatkan dia tentang dahinya yang pernah berlubang, tapi budak ini mana reti serik. Dia insaf sekejap saja, lepas itu dia lupa dah. Bagus juga ada parut didahi tu, mudah aku nak tunjuk kat dia supaya dia behave sikit.


Maka, cerita nak pergi beraya bertukar kepada tragedi berdarah di kerusi batu.




3 comments:

SalbiahM said...

Aiyok. Seram acik tengok gambar awak nak oi

Julie Shahril said...

Salbiah: sebab tu lah mak dia ni fobia.

Time Traveller said...

Ya Allah sama lah dengan anak kita.. pagi2 pi hantar si kakak darjah 2 ke sekolah.. balik rumah wife dan jerit panggil2 sekali tgk dahi abg aydan dan terkoyak besar.. dah kene jahit dua kat dlam 8 kat luar..