Tuesday, September 13, 2022

Dementia a.k.a nyanyuk



Abah aku dizaman mudanya ketika dalam tentera. Dalam banyak-banyak gambar aku suka gambar ini. Aku rasa gambar candid ni cute. Abah aku disebelah kiri duduk bersandar tu.


Selepas membaca kisah Pak Lah mengalami penyakit Dementia, automatik aku teringat pada abah. Dalam bahasa lebih mudah, dementia ialah nyayuk.

Dah hampir 4 tahun kesihatan abah aku merosot dan tahun ini sangat ketara. Bukan kesihatan fizikal tetapi kesihatan mental. Abah tak ada penyakit kencing manis, jantung dan stroke tetapi abah mengalami satu perubahan dari segi pemikiran dan ingatan dia.

Hari demi hari dan kini tahun demi tahun abah semakin susah nak mengingat apa dia buat. Dia tak ingat dia dah minum air walaupun baru 5 minit yang lepas mak buatkan dia secawan kopi. Dia lupa yang dia dah makan padahal dia baru saja makan sepinggan nasi. Dia lupa apa yang dia tuturkan sampai kadang-kadang bertekak dengan mak sebab dia menafikan apa dia cakap dan apa dia buat.

Bila mak suruh pergi check di klinik atau hospital abah tak nak. Typical perangai orang tua, memang susah nak diajak ke hospital. Dia kata dia tak sakit, buat apa nak pergi hospital. Ini yang payahnya kalau penyakit itu orang yang mengalaminya tak perasan atau tak sedar yang dia sebenarnya sakit tapi dia kata dia tak sakit.


Abah aku kiri sekali. Kawan-kawan dia entah apa kabar agaknya, masih hidupkah?


Kadang-kadang aku tengok abah dah macam perangai budak-budak. Dia dah tak pandai nak uruskan diri sendiri. Abah dah tak macam dulu, ceria dan suka berbual. Sekarang abah suka mengasingkan diri sorang-sorang dalam bilik, kalau keluar jalan-jalan ke tepi laut pun, dia akan duduk saja dalam kereta. Kadang-kadang aku paksa dia keluar hirup udara segar tapi tak lama lepas itu dia bangun dan masuk dalam kereta semula.

Yang aku agak risau, abah lupa dia letak duit dia dimana. Haritu dia kata IC dia hilang, ada orang curi katanya. Bila selongkar dalam poket seluar dia, ada IC dia disitu, terselit disebalik kad-kad lain. Abah dah tak ambil tahu apa yang berlaku dalam rumah, beras ada ke, lauk ada ke...dia dah tak ambil tahu. Pendek kata, bak kata KJ, dementia adalah penyakit yang situasinya kejam. Tubuhnya ada tapi mindanya tiada.

Aku tak pasti apa yang abah alami ini adalah dementia atau bukan sebab abah tak pernah check. Aku bukan doktor yang boleh diagnose penyakit orang sesuka hati tetapi melalui pembacaan dan apa yang KJ cerita mengenai Pak Lah, aku rasa situasi abah dah hampir ke arah itu. Senang cakap, abah aku dah semakin nyanyuk.

Sedih juga memikirkan apa yang abah aku alami. Tubuhnya semakin kurus kering walaupun dia makan banyak. Aku tak tahu makanan yang dia telan itu pergi ke mana. Kalau balik kampung jumpa abah pun, abah lebih banyak berdiam diri dan jarang berbual. Semasa urusan tukar nama dalam geran tanah haritu pun puas aku dengan mak menerangkan pada dia berulang-ulang kali untuk apa kita pergi ke Pejabat Tanah. Abah akan soal soalan yang sama berulang kali dan kita yang berada disebelah dia kena banyak-banyak bersabar untuk menjawab benda yang sama berulang kali.



Muda sangat abah aku masa ni.


Begitulah perjalanan hidup manusia. Kalau Tuhan tak bagi penyakit fizikal, Dia bagi penyakit berkaitan mental. Esok lusa aku pun akan tua dan aku tak tahu bagaimana pengakhirannya hidup aku nanti.



3 comments:

SalbiahM said...

Semoga urusan sis dan mak menjaga ayah dipermudahkn

Julie Shahril said...

Salbiah: Terima kasih bnyak2, aamiin

Time Traveller said...

Alhamdulilllah.. suka tgk gambar org dulu2.. lama betul kalau gambar hitam putih.. gambar arwah ayah pun ada kaler.. :D
Didoakan semoga abah baik2 dan sihat sentiasa.. Mungkin ini adalah jalan mudah Allah nak kurniakan kepada beliau utk ke Syurga amin ..