Tuesday, May 12, 2015

bijak berbelanja

Sekarang nak berbelanja barang dapur atau beli barang-barang keperluan anak, kena rajin survey harga, dan yang penting, kena ingat harga barang yang biasa kita beli.

Contoh, untuk yang ada anak kecik, confirm tiap-tiap bulan akan beli susu dan pampers. Kena ingat harga susu berapa yang selalu kita beli, begitu juga harga pampers.

2 hari lepas, aku ke Giant Seri Kembangan. Bukan semata-mata nak shopping situ tapi kebetulan husband aku ada nak jumpa orang. So dah alang-alang sementara menunggu orang tu sampai, aku 3 beranak masuk la giant dulu. Niat sebenarnya memang nak beli pampers anak.

Zhareef pakai pampers Drypers Wee Wee Dry saiz XL. Aku biasa beli yang pack besar 56 keping tu. Normally aku beli di Mydin, harga rm33.90 atau sometimes jejak rm34++. Di Giant, aku terkejut tengok harga pampers tu rm40.90. Termenung kejap aku, cuba nak recall balik harga yang selalu aku beli.

Husband aku kata jangan beli dulu, nanti kita pegi Mydin. Yup, decision yang sangat bijak. Balik ke Putrajaya, husband aku tak singgah Mydin, dia singgah pasaraya kecik biasa jek (aku lupa nama pasaraya tu) dan beli pampers dengan harga rm33.90.

Beza rm7 bak hanggg.

Banyak tu beza rm7....boleh beli nasi lauk ikan tongkol masak sambal, sayur, tauhu telur, sambal belacan sket. Hahahaaa.

Nasib baik harga susu kat Giant tak mahal, tapi dia naikkan harga barang lain pulak.

Taktik perniagaan.

Kena bijak berbelanja.

Kadang-kadang aku pelik apa yang turunnya harga barang selepas GST, rata-rata harga naik atau maintain, maintain tu dah kira bagus la daripada naik. Sekarang kalau shopping, bawak duit rm100 pun rasa risau, risau tak cukup. Dulu, bawak rm100 banyak benda boleh beli nokkkk, penuh 1 troli.

Tensen makkkk.



12 comments:

Gerb said...

Semua barang naik. Mana ada brg turun. Kalau turun tu kat bahagian "reduce to clear"

Dr K said...

kalau nak beli Drypers, mmg kena tunggu sale..bila sale, borong la 6-10 pack...Sebab standard retail price memang RM40-41.

Macam hari tu, Tesco buat sale Drypers semua saiz, RM30.90. Last sale 5 May hari tu.

Dulu saya beli jugak kat kedai ubat cina, mmg murah...Tapi sejak GST ni, tak check lagi harga kat sana

SuzieLAWAti said...

tapiiiiii kan....

ade jer... orang tak kisah ..soping jer.. kat kira tempat.... orang terlebih duit lah kata kan....

kita yang marhain ni... memang la kena survey dulu sebelum beli...

walaupon anak2 suma dah besar....
benda laen kena jugak...

Dr Singa said...

bila Zhareef dah tak pakai pampers lagi nanti..
akan terasa banyak savenya..

Rosmawani♥ said...

Samalah ros , kdg g mna2 tmpt msti survey susu pampes ank... nk cri yg murah, bkn kedekut tp nk jimat berbelanja..chewaaaahhh 😜

Julie Shahril said...

boboi: yup clearance stock! bahan mentah katanye xde gst,tp harga x menentu. bila bahan mentah tu dah jdi nasi lemak, mee goreng, ada gst. pancaroba betul kehidupan ini.

Julie Shahril said...

DZ: saya dah lama tak pegi tesco semenjak terlaksananya gst. mmg akan ke mydin. beli pampers pon kat mydin, saya tak tau harga pampers kt tesco berapa. ok, ada free time saya try jalan usha2 harga kat tesco pulak.

Julie Shahril said...

CPL: bila kita nak jadi 'org-yg-tak-kesah-beli-brg-kat-mna2-je' tu...untung laaa tak pyh pikir. ambik brg,campak dlm troli,bayor.

Julie Shahril said...

KakIzat: yup akan byk save, tapi...tapi kann...kalo ler tetiba zhareef ada adik (ni kalau...kalau ok), sama je perbelanjaannya....hehehehe.

Julie Shahril said...

Ros: living cost dah tinggi, terpaksa survey apa yg patut. bkn soal kedekut, tapi taknak tertipu atau diperbodohkan dgn gst yg ntah apa2 ni. Gaji kena tax, beli brg kena tax, perkhidmatan kena tax, semua kena tax. *juling mata*

cinta said...

Betul. Kemungkinan yg perlu dipertimbangkan.

Julie Shahril said...

siti: errr...ayah mertua awk slalu topupkan brg dapur kan..heheheee...jimat blanje