Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Monday, July 23, 2018

Pertama kali beli di ebay

Haritu kan aku ada cerita pasal pisau abah aku yang hilang, yang susah sangat nak cari tu. Sampai cari kat Singapore Street bagai. Adik aku kata pisau ni ada orang jual kat Mudah tapi tak original.

Actually aku memberanikan diri beli pisau ni di ebay. Aku tanya kawan-kawan, sorang pun takde pengalaman beli kat ebay.  Macam biasalah, aku tawakal. Aku tengok seller ni penah dapat award apa benda ntah kat ebay tu, ala...macam award the best and trusted seller la gitu. So, aku pun beli lah. 

Payment guna paypal, cara paling selamat. Dalam tu dia dah tulis ETA item akan sampai lebih kurang sebulan.

Maka, mereputlah sekejap menunggu item itu terbang dari New York ke Kuala Lumpur. Seller ada bagi tracking number supaya mudah untuk aku check. Tapi aku tak tahu courier apa yang dia guna. So, tracking no. tu aku cari melalui google. Rupanya, dia guna USPS (United States Postal Service).

Tunggu punya tunggu, check punya check, item tu macam tak gerak-gerak, sangkut kat Jamaica. Baru aku tahu kat US ada tempat bernama Jamaica. Kehkehkeh. Then, aku email seller minta dia checkkan item tu ada kat mana. Esoknya, dia reply. Dia kata item tu on the way ke Malaysia. USPS lambat update dalam sistem. Mereput lagi aku tunggu.

Last week, aku check pagi-pagi dalam train nak pegi kerja, item dah confirm ada kat KL. Nasib baik tak sangkut kat kastam, maklum lah pisau beb. Kang dia ingat aku beli pisau nak buat apa pulak kan.

Dan alhamdulillah, pisau ini dah selamat tiba di genggaman aku.

 Ini lah dia sampulnya

 Tapi tak boleh blah dia letak pisau dalam plastik macam tu je...
hahaha, aku ingat ada la kotak ke...sempoi gila

 British Army Clasp Knife

 Hujung yang macam cangkuk tu untuk buka botol dan tin
Tajam gila

Nahhh abah, pisau untuk abah, pisau yang susah nak jumpa. Aku dah bagitahu mak pisau abah dah sampai. Mak kata...abah kau happy sangat-sangat!

Pisau ni berharga USD32.14 (RM130.54) Postage USD12.95 (RM52.60).

RM183.14 hanya untuk pisau ini.
.
.
.

Semoga jangan hilang lagi.



Monday, November 27, 2017

Ampang Park

Pagi tadi aku menyelesaikan 2 urusan. Pertama, pergi CIMB Bank di Jalan Binjai untuk tukar kad bank baru, setelah dapat beberapa kali reminder dari pihak bank suruh tukar kad, baru lah terhegeh-hegeh nak pegi tukar. Itu pun setelah bank ugut, kalau tak tukar, bermula 1 december tak boleh cucuk duit dah.

Menggelepor lah gua pegi tukar kad. Hahaha.

Lepas tu, pergi renew lesen memandu. Rupanya dah expired dari bulan ogos haritu. Sejak-sejak dah tak memandu pergi-balik kerja, aku lupa terus pasal lesen memandu. Tapi aku harus renew juga in case aku kena memandu disaat-saat terdesak.

Aku sempat tanya kakak kaunter pejabat pos, lepas Ampang Park tutup, pejabat pos pindah mana?

"Tutup terus! takde pindah mana-mana"

Erk!

Lepas ni, kalau ada urusan di pejabat pos, kena pergi klcc.

Sigh.

Lalu aku pun rasa terkesan sebab Ampang Park bakal lenyap. Disini, walaupun harga baju mahal, makanan tak berapa kaw, tapi...disini lah tempat lepak aku sejak berkurun yang lalu.


 Pejabat pos
Selama ni disinilah aku menyelesaikan banyak urusan
senang, jalan kaki je dari ofis

 L-Mart, kedai serbaneka yang jual macam-macam benda
selalu jugak aku beli barang di sini

 Aku pernah beli baju kurung moden kat kedai yang ada patung baju pink tu
tapi sampai ke sudah aku tak pernah pakai baju tu, dan aku pun tak pasti dimana baju tu sekarang


 Kedai menjual kamera dan aksesori kamera
antara kedai yang murah juga
kalau tak silap, owner ni ada kedai di Lowyat

 Maybank
dah selamat tutup....dan sekarang beroperasi di UTM Space
sebelah Ampang Park je
nasib baik dekat masih boleh jalan kaki
 
Kedai makan yang meja putih bersusun tu..
itu kedai Pok Man namanya, selalu lah makan di situ.
Asam laksa dia not bad

 Guardian
ini tempat wajib singgah, seronok siot masuk guardian
daripada takde nak beli apa, terus jadi...eh, terbeli bedak, eh terbeli lipstik!
Kau pakai pelaris apa eh guardian?
hehee..
 
Hampir 10 tahun...lalu lalang di Ampang Park
and you'll be demolished soon
walaupun kau hanya seketol shopping mall lama yg tak berapa lawa tapi sewanya mahal..
kau tetap dalam ingatan!


Bagi yang tak tahu, Ampang Park Shopping Center merupakan shopping mall pertama dibina di Malaysia. Dibina pada tahun 1973 oleh Low Keng Huat Brothers Realty Sdn Bhd. Tempat ini khabarnya akan dibina shopping mall baru dan menjadi transit bagi pengguna MRT dan LRT.




Tuesday, May 12, 2015

bijak berbelanja

Sekarang nak berbelanja barang dapur atau beli barang-barang keperluan anak, kena rajin survey harga, dan yang penting, kena ingat harga barang yang biasa kita beli.

Contoh, untuk yang ada anak kecik, confirm tiap-tiap bulan akan beli susu dan pampers. Kena ingat harga susu berapa yang selalu kita beli, begitu juga harga pampers.

2 hari lepas, aku ke Giant Seri Kembangan. Bukan semata-mata nak shopping situ tapi kebetulan husband aku ada nak jumpa orang. So dah alang-alang sementara menunggu orang tu sampai, aku 3 beranak masuk la giant dulu. Niat sebenarnya memang nak beli pampers anak.

Zhareef pakai pampers Drypers Wee Wee Dry saiz XL. Aku biasa beli yang pack besar 56 keping tu. Normally aku beli di Mydin, harga rm33.90 atau sometimes jejak rm34++. Di Giant, aku terkejut tengok harga pampers tu rm40.90. Termenung kejap aku, cuba nak recall balik harga yang selalu aku beli.

Husband aku kata jangan beli dulu, nanti kita pegi Mydin. Yup, decision yang sangat bijak. Balik ke Putrajaya, husband aku tak singgah Mydin, dia singgah pasaraya kecik biasa jek (aku lupa nama pasaraya tu) dan beli pampers dengan harga rm33.90.

Beza rm7 bak hanggg.

Banyak tu beza rm7....boleh beli nasi lauk ikan tongkol masak sambal, sayur, tauhu telur, sambal belacan sket. Hahahaaa.

Nasib baik harga susu kat Giant tak mahal, tapi dia naikkan harga barang lain pulak.

Taktik perniagaan.

Kena bijak berbelanja.

Kadang-kadang aku pelik apa yang turunnya harga barang selepas GST, rata-rata harga naik atau maintain, maintain tu dah kira bagus la daripada naik. Sekarang kalau shopping, bawak duit rm100 pun rasa risau, risau tak cukup. Dulu, bawak rm100 banyak benda boleh beli nokkkk, penuh 1 troli.

Tensen makkkk.



Thursday, June 30, 2011

central market

Idea ini datang dari Kak Su. Saya tak terpikir pun nak kesini sebab memikirkan betapa sesak untuk berjalan kaki. Bila Kak Su ajak pegi sana, saya pikir ok juga. Yg saya tahu, dah 7 tahun saya tidak menjejakkan kaki ke Central Market. Kami ke sana menaiki train.

Mungkin pada setengah orang berfikir, apa la bestnya pegi central market ni. Actually tempat ni ada kenangan yg tersendiri. Ala-ala KLMJ gitu. Kenangan 7-8 tahun lalu dimana saya belum ada kereta, naik train dari Ampang Park turun di Pasar Seni, kemudian jalan kaki ke Puduraya untuk menaiki bas balik kampung. Kenangan tu. Pernah basah kuyup dari sini sampai Pudu, salin baju kat toilet, pastu berkejar naik bas takut bas tinggal. Kenangan, kenangan.

dah 7 tahun tak ke sini...

Aktiviti pertama kami ialah makan. Kami makan ayam penyet. Tapi saya order Lele Penyat (ikan keli). Sedap. Memang tak boleh lawan ayam penyet USJ, tapi lebih sedap dari yg kat Ampang Park. Yg kat sini sup dia lain sikit, tapi saya suka.

Dah siap makan, jalan-jalan terjumpa kedai Fish Spa. Bayar rm5 untuk 10 minit spa. Saya try. Rasa geli geleman bila ikan-ikan tu gigit kaki, tapi best la. Lebih geli bila ikan tu gigit tapak kaki. Macam kena geletek.

fish spa first trial....best.

julie & kak su

Jalan-jalan lagi. Banyak dah perubahan dalam CM ni, suasana kedai lebih tersusun dan cantik. Selesa nak jalan, tak macam dulu. Masa ni la rasa touching, apasal ntah tiba-tiba rasa macam tu. Agaknya teringat dulu-dulu datang sini dengan kawan baik.

aksesori yg cantik-cantik, kegilaan saya sekarang ialah membeli gelang dan cincin.

Kak Su meleburkan duit di kedai beg. Tahniah!

Lorong Kolonial

Untuk tak rasa sia-sia datang sini tanpa membeli apa-apa, saya beli 1 headband, geram sebab nampak cute. Banyak lagi tempat belum singgah sebab tak cukup masa. InsyaAllah pasti akan datang lagi dan leburkan duit.

Masa snap-snap gambar kat sini, orang tengok macam pelik. Mesti diaorang pikir saya jakun. Haha.


Saturday, March 26, 2011

lorong haji taib

I was here today. Seumur hidup, ini lah kali pertama aku ke sini. Sesak. Panas. Rimas. Demi seorang kawan, aku menemani dia. Aku nampak ladyboy. Tahu tak apa itu ladyboy? Cari lah sendiri.

Otak aku automatik terfikir satu persoalan aneh. Tapi aku takut persoalan aku ni menjadi isu hangat pulak. Tak apa lah, aku simpan dulu soalan aku ni. Lain kali aku tanya.

Melalui google, nama lorong haji taib ini berasal dari seorang yg bernama Haji Mohamed Taib bin Haji Abdul Samad, berasal dari Indonesia. Aku simpati pada nama 'Haji Taib' ini kerana tempat ini tidak seindah namanya.


Wednesday, January 5, 2011

jln TAR

Tengahari tadi saya, fad dan kak sue gatal-gatal kaki pergi ronda-ronda dan cuci mata ke Jalan TAR. Tujuan utamanya hanya nak beli telekung untuk travel dan tudung. Yang hairannya, jalan TAR sangat lengang! Kitaorang boleh jalan-jalan dengan selambanya tanpa perlu bergesel bahu atau berlaga punggung dengan sesiapa. Haha. Heaven gila!! Macam tak percaya je kan jalan TAR selengang itu. Kena serang garuda kah?

lihat la jalan yang lengang ini...

nak golek-golek atas jalan pun boleh...

nak guling-guling sambil joget-joget pun boleh...


Kitaorang buat conclusion sendiri...ohhh...mungkin ramai mak-mak dan bapak-bapak dah perabeh duit untuk anak-anak sekolah, almaklum lah baru naik sekolah kan....dah tak ada benda nak shopping agaknya. Hehe....

Kalau lah hari-hari jalan TAR macam ni alangkah nikmatnya.....



(pics from kak sue)


Thursday, July 1, 2010

second item

My second wish list has arrived. Kecik je comel. Siap dapat note dari seller. Thank you Julia.

Tuesday, June 8, 2010

uptown

Saya suka upload gambar dlm blog sebab saya tahu orang suka tgk gambar, tapi malas nak membaca. Ok, jom kita tengok gambar.

Saya mengkategorikan diri ini sebagai jakun sebab tak pernah pegi uptown. Saya tanya, uptown tu apa? Perlukah cari dlm kamus uptown tu apa? Maka, kawan saya pun jawab, uptown tu macam pasar malam lah...jual murah2. Ohhhhh...mcm pasar malam. Ok.

Jom pegi uptown Shah Alam.


@uptown shah alam
sila...sila..


begini rupanya uptown...
maap la...den jakun..


the variety of tudung...
Saya sampai awal, kedai2 kat sini byk yg belum bukak...


Kak su memilih sweater...
mau beli ke...


bundle...
not bad la sweater dia..
byk pilihan


we have decided to eat here..
sebenarnya saya bukan lapar..
tapi saja ngada2 nak mkn..


kedai makan sebelah..

kedai makan sebelah sana pulak...

sany char kuey teow pun ada..
mcm penah ada kat court 3..hikhik


Sup campur for kak sue, and tomyam campur for me..

close up
tomyam dia ok...rasa ok...sedap tapi...
isinya kurang la bang oi...
jgn kedekut bagi ayam,udang,sayur bole tak?
kami order,kami makan,kami bayar..





Note : dulu2....saya membayangkan uptown ni macam Pavilion or Starhill....hahahahahahaha...kesian aku...




Monday, May 10, 2010

1st wish list


My first wish list 2010 has arrived this morning. Thanks to the seller.

Mode: gumbiraaaaa.....

Friday, April 30, 2010

shopping

Dah rembat satu... Jom beli kat Korean Fashion.
Credit to korean fashion, saya pinjam gambar ni utk tepek di sini.


Saya tgh gatal tangan menyoping online. Padahal dah pokai. Lepas ni nak shopping barang2 hiking pulak. Tapi tak byk la. Susah kan kalo dah gila shopping. Mcm mana nak ubah tabiat buruk ni?

Aku harus berubah mulai....mulai....mulai.....mulai bila ni?

Ya Allah....ko kuatkan la iman hambaMu ini....bukakan lah pintu hati hambaMu ini supaya sedar diri bahawa diri hambaMu ini dah hampir pokai (padahal baru je gaji).

Amin....amin....amin...


Pssst..pssssttt...2-3 hari lepas baru beli tudung syria dari Ika Radiusite....hehehehe..




Monday, March 8, 2010

sexy grey

2 entry dlm 1 hari.


Sebelum buat spek mata, saya gatal2 beli lens baru. I want to wear it on my special event.

Skg tgh popular lens from korea. I bought Blincon Lens, warna Sexy Grey. Wow...seksikah mata aku nanti? Yup bila dah try pakai, saya tersangat sukakan warnanya. Ianya warna kelabu tapi tak nampak sangat mcm kelabu. Cuma...lens ni water content cuma 40%. Mungkin sebab tu mata rasa mcm kering.

Ada ke patut saya pakai lens tu gi beli barang, tetiba lens tu tertanggal! Mahu tak gelabah nak pakai balik.

So, lepas ni kalo nak beli lens, sila semak water contentnya yer. Nak melawa punya pasal, ku gagahi juga lah memakainya. Selama ni saya pakai lens biasa je, transparent, takde kaler2 pon.

Sebab tu ramai org tak sangka saya sebenarnya........rabun!




Friday, February 5, 2010

hiking stuff


Ini lah beg yg saya rembat minggu lepas kat Pertama Kompleks. Cinta pandang pertama, sekali tengok terus jatuh cinta. Masa tu blom pikir or belek2 spec dia pon. Spec pertama yg saya tgk ialah lawa. Hahahaha. Spec kedua, harga. Spec ketiga, ringan. Spec ke empat, selesa. Boleh gituu? Tapi beg ni memang ringan.

Brand : Deuter
Weight : 850g
Volume : 30 litre
Size : 59/29/20 (H/B/T) cm
Material : Hexlite 210 Ripstop / Microrip-Nylon
Price : RM280 (with 1 year warranty)

Ini lah pertama kali saya beli beg ada warranty. TQ Deuter.




Ini plak kasut yg saya rembat kat New Balance, Sunway Pyramid. Sebenarnya kasut yg saya beli bukan mcm ni rupa bentuknya, tapi lebih kurang mcm ni la. Setelah penat meng'google' tapi tak jumpa plak gambar dia, yg dapat gambar ni je, so boleh la tepek kat sini.

Untuk 2 benda ni dah setel. Tinggal sweater dan benda2 lain yg remeh2 aje. Tapi dah lega bila beg dan kasut dah beli. Rabak kocek aku. Dan semalam...ermmm, pegi Sunway Pyramid lagi. Nafsu membuak2 tgk baju dgn seluar. saya rembat la 1 baju dan 1 seluar. Dan tak lupa, handbag. Yer...sudah selamat saya beli. Nafsu...nafsu.

Stop dulu sesi membeli belah. Rileks dulu, kumpul tenaga, tarik nafas.

Wednesday, December 9, 2009

tukar angin

Sudah byk bulan saya makan gaji buta. Butakah aku? Tidak. Cuma kadangkala terasa tidak berguna kerana tak dapat memberi komitmen pada company ini. Sungguh poyo ayat ini kan. Tapi ini realiti. Untuk itu, saya penuhi waktu dgn bercucuk tanam.

Emosi saya baru hendak pulih akibat tekanan yg begitu mampat ketika di kampung. Setelah bermeditasi di atas katil malam semalam, saya mempunyai kekuatan utk meneruskan hidup. Sekali lagi ayat poyo keluar dari fikiranku. Tapi ini juga realiti sebenarnya. Setelah menelan setengah pinggan mee goreng dan bercakap di telefon lebih kurang 1 jam, emosi saya kembali tenang. Tidak lupa juga, doa ketika bersolat. Hidup di kl ini memberi tekanan sebenarnya. Tapi ramai yg tidak sedar atau buat2 tak sedar, atau mereka sedar tapi malas nak sedarkan diri. Tapi bila difikirkan balik, tekanan bukan berpunca dari hidup di kl atau di london, atau di Benua Afrika atau di Sungai Lembing, Pahang. Tapi ianya berpunca dari diri kita dan masyarakat sekeliling. Pandai tak aku memberi ucapan? Hahaha...ketawa sebentar.

Ok, cukup2 lah beremosi. Penat dah.




I wanted to buy these shoes. But not now..maybe next time. Di ulangi....next time. Next time tu tak tau lah bila, mungkin awal tahun depan, mungkin juga in the middle of next year, atau end of next year. Tekanan mampat yg berlaku membuatkan saya beralih arah dari membeli kasut bertumit tinggi kepada kasut mendaki gunung. Hahaha..ketawa lagi. Kasut ni rasa2 buat joging pun boleh. Berbaloi-baloi.

The next item need to buy...? akan di fikirkan. Akan diusahakan.



Friday, October 9, 2009

shawl


Pagi2 lagi dah shopping, walaupun hanya sehelai tudung. I bought three tones shawl (light pink to dark purple) this morning. The other one (small spiral -grey) juga sudah menjadi milikku 2 hari lepas. Tapi...saya tak pasti bila saya akan memakainya...bagus kan?

I need to control my mind to avoid misspend.