Showing posts with label Healthy/Skin Care. Show all posts
Showing posts with label Healthy/Skin Care. Show all posts

Thursday, June 16, 2016

Operate telinga dan hidung

Alhamdulillah, proses pembedahan Zhareef berjalan lancar. Dia admitted Hospital Putrajaya pada pagi Isnin lepas (06.06.2016), esoknya operate, dan lusa balik rumah.

Aku tidur di hospital 3 hari 2 malam. Layanan pihak hospital baik, makanan pun boleh tahan sedap, hehe.

Ini pembedahan kali ke-2 untuk Zhareef, 2 tahun lepas dia operate tonsil di KPJ Kajang.

 Masa ni Zhareef tidur dari pukul 1.30 petang sampai pukul 6.00 petang, jadi boleh bayangkan aku punya bosan macam mana. Tu yang siap main selfie-selfie. Masa ni rasa menyesal sebab aku langsung tak bawak apa-apa bahan bacaan.

Ini masa staf hospital hantar makan tengahari untuk Zhareef. Bubur nasi dan lauk pauk. Bab ni ada cerita kelakar sikit. Aku puasa haritu. Aku suapkan Zhareef makan, kalau nak harap dia makan sendiri memang confirm bersepah. 

Tengah syok suap-suap, aku tersuap kat mulut sendiri tanpa sedar dan terlupa yang aku ni sedang berpuasa. Siap cakap kat Zhareef... "Sedap dik, sedap.."

Beberapa saat kemudian baru aku tersedar yang aku ni puasa. Apa lagi, terus bangun berlari masuk toilet kumur-kumur mulut. Lepas tu terkekeh-kekeh ketawa sorang-sorang. Apa punya bengong ntah.

Ni dah malam, dah mandi, dah siap dinner. Masa berbuka puasa hospital bagi makanan untuk aku sekali. Lepas tu, dia sibuk nak makan epal....maka gini lah gayanya, eat apple like a king!

Ini esoknya, dah bersiap sedia pakai baju hospital untuk dibawa masuk ke bilik bedah. Sebelum tu, Zhareef kena puasa start pukul 2.00 pagi. Jenuh aku memujuk dia bila dia mintak susu dan air. Kesian pun ada, tapi nak buat macam mana, dia tetap kena puasa.

Sedih masa hantar dia masuk bilik bedah. Aku yang sama-sama tolak katil, lepas tu kena dudukkan dia atas riba masa doktor nak bagi ubat bius. Aku dan doktor sama-sama pegang dia masa dia dah nak pengsan. Sedih tak payah cakap. Nak menitik jugak air mata tapi aku tahankan aje.

Pembedahan berlangsung selama 1 jam setengah. Aku dan husband tunggu di bilik menunggu. Masa ni aku masih gagah berpuasa walaupun tak cukup tidur.

Selepas 1 jam setengah, kedengaran suara nurse panggil nama aku untuk masuk ke dalam. Maknanya pembedahan dah selesai. Husband aku tunggu diluar.

Kesian dia masa ni, menangis aje. Mungkin dia rasa tak selesa dan sakit tu hanya dia yang tau macam mana. Tak nak lepas pegang tangan aku masa ni.

 Dah masuk semula dalam wad. Masa ni dia masih mamai, antara sedar dengan tak. Last-last tertidur. Husband aku pujuk-pujuk bagi dia tenang.

Masa dia tidur tu husband aku keluar nak cari mainan. Nak bagi dia happy. Petang tu, masa dapat mainan...terus segar macam dapat nyawa baru. Maka, penuh la katil dan meja dia dengan mainan. Takpe lah, asalkan dia tak menangis.

Masa ni darah keluar dari hidung dan telinga, tapi doktor kata itu normal, jangan risau. Kalau berlaku pendarahan teruk masa kat rumah nanti, kena cepat-cepat pergi emergency. Sampai ke hari ni, alhamdulillah takde darah keluar dah.

dah semakin segar

Bilik ini ada 2 katil, bermakna untuk 2 pesakit lah. Tapi masa aku disitu, katil sebelah kosong, jadi boleh lah aku menumpang baring dan tidur dengan selesa sikit, kalau tak masak aku nak kena tidur atas kerusi. Dah la bulan puasa. Itu pun aku cuma tidur-tidur ayam sebab ada masa-masa Zhareef akan terjaga dan merengek.

Lepas bedah ni, aku kena pantau telinga dia dari dimasuki air. Doktor ada masukkan tiub dalam telinga dia, dan tiub itu akan terkeluar sendiri dalam masa kurang 6 bulan. Lepas tiub tu keluar, baru lah dia boleh back to normal dengan aktiviti mandi kolam atau mandi laut.

So, dalam masa 6 bulan ni terpaksa avoid kolam dan pantai. Kat rumah pun mandi kena pastikan air tak masuk dalam telinga. Kat taska aku dah pesan dengan teacher dia supaya petang tak payah mandi, just salin baju je.

Harap-harap lepas ni kesihatan Zhareef takde masalah lagi..aamiin.


Thursday, September 11, 2014

green smoothie

Sekarang saya sedang gila minum green smoothie. Dulu masa Miza sibuk tayang gambar green smoothie dia, saya belum terbuka hati nak mencuba. Baru-baru ini jugak la, tengok dalam blog kak Eynda yang minum green smoothie, rasa macam....why not saya cuba.

Godek-godek dalam internet cari resepi mudah, jumpa satu website yang menganjurkan 30-day green smoothie challenge. Menarik! Saya patut cuba.

Saya cabar diri saya sendiri untuk minum green smoothie selama 30 hari (1 bulan). Alah...bukan susah pun. Nak seribu daya. Lagi pun ini pemakanan sihat. Yup, sangat healthy.

salah satu green smoothie yang saya minum, campuran sayur, buah, chia seed, habbatussauda dan madu.


Mencabar juga nak minum green smoothie selama 30 hari. Tapi saya fikir, kalau kita dah biasa kan benda ni, in sha Allah akan jadi mudah dan akan jadi tabiat harian, orang putih kata daily habit.

Dan setakat semalam sudah masuk hari ke-12 saya minum green smoothie. Yakin boleh. Mesti boleh punya.

Kenapa saya suka green smoothie? kerana saya boleh telan sayur, buah dan makanan sunnah lain sekaligus, mentah-mentah dan fresh. Kalau nak suruh saya masak sayur tiap-tiap hari memang tak sempat, jadinya.... buat green smoothie adalah satu kaedah terhebat abad ini.



Thursday, December 12, 2013

tension ke?

Sejak dua menjak ni aku kerap sakit kepala. Sebenarnya memang ini penyakit aku sejak azali. Tapi lepas bersalin macam kurang sikit. Tak lama lepas tu dia datang balik. CikPuanLawa kata itu symptom nak period. Biasanya bila seseorang wanita dah bersalin, hormon akan berubah. Aku memang suka salahkan hormon. Sikit-sikit hormon, sikit hormon. Tapi betul apa. Hihi. Bukan setakat sakit kepala, perasaan nak marah dan lempang orang pun ada. 

PMS lah katakan.

Masa cuti kat kampung haritu, aku pegi klinik. Klinik kerajaan aje. MA tu kata sakit kepala aku ni more to Tension Headache. Tension headache ni tergolong dalam sakit kepala Primer. Baru aku tahu sakit kepala ni ada banyak jenis. Primer la, sekunder la, vaskular la. Apa-apa je la...hehehe.

Aku pun google pasal tension headache.


Memang betul la symptom yang aku alami tu. Tapi ada masanya aku rasa macam kena Cluster Headache. Sakit sebelah kepala dan berdenyut-denyut kat mata.

Seksa ok sakit kepala ni. Bila kena sakit kepala semua kerja tak boleh buat. Makan pun tak boleh. Nak tidur kena pastikan semua lampu tertutup. Tak boleh tengok cahaya langsung.

Lepas tidur, bangun....in sha Allah segar. Tapi tidur tu tak boleh sapa-sapa kacau.

Ada jugak orang kata (ke aku baca....lupa) masa sakit kepala kena bernafas dengan betul. Aku lupa la cara bernafas tu. Semua lupa....nampak sangat memori dah low.

Bernafas macam ni boleh...?

*
*
*
*



Langkawi, 2011.
ditemani oleh Mak Jemah dan Mak Eton
bernafas di sawah padi..






Friday, November 29, 2013

Bell's Palsy


Pagi ini seorang rakan baik sms aku. Dia tanya anak aku sihat ke tak? demam lagi ke dah sihat? kenapa pulak dia tiba-tiba tanya pasal anak aku?

Rupanya dia nak bercerita pasal penyakit Bell's Palsy. Pernah dengar tak nama penyakit ni? Aku pertama kali dengar nih. Bell's Palsy ialah penyakit Kelumpuhan Separuh Wajah. Boleh menyerang kanak-kanak dan orang dewasa.

Menurut kawan aku tu, anak saudara husband dia berusia 4 tahun kena demam panas, lepas tu tiba-tiba muka sebelah jadi senget, mata sebelah tak boleh tutup rapat. Kena sebelah muka aje. Bila bawak jumpa doktor, doktor kata anak dia kena penyakit Bell's Palsy.

Kesian dan takut pulak aku dengar.

Macam mana penyakit ini boleh menyerang?

Aku pun tak pasti, macam biasa aku google, katanya mungkin disebabkan oleh virus infection dan keradangan pada saraf akibat dari infection tu. Betul ke tak aku tak tau. Kena tanya doktor.

Mintak dijauhkan lah penyakit-penyakit macam ni dari hidup kita semua.



*Jangan ambil ringan kalau anak sakit walaupun setakat demam biasa okey.






Thursday, October 24, 2013

sihat sebelum sakit

Ini bukan pakcik aku, tapi sepupu aku. Aku panggil dia Abg Din. Dia kena Kanser Hati stage 4, thats means last stage for cancer patients.

Raya Haji haritu aku balik kampung, amek kesempatan untuk menziarah dia yang kebetulan ada kat kampung jugak. Sebelum ni dia asik keluar masuk HSA Johor Bahru. Aku takde kesempatan untuk melawat dia di HSA.

Dia kurus, terlalu kurus. Muka dia dah lain. Tapi dia masih boleh bangun duduk. Boleh bercakap dan kenal orang. Cuma dia takde selera makan. 

Aku teringat arwah nenek aku dulu. Keluar masuk hospital sebab kanser jugak. Kanser apa aku lupa, tapi permulaan sakit dia, dia mengalami bengkak di leher. Mula-mula kitaorang ingat arwah nenek kena beguk, tapi rupanya bukan beguk, ianya kanser. Cuma aku tak pasti apa nama kanser tu. Masa masuk hospital tu, nenek dah takde harapan. Doktor pasangkan satu alat macam mesin. Abah aku tanya doktor, mesin tu untuk apa?

Doktor jawab, mesin tu mesin penyambung hayat.

Oh, yeke..



Adik aku ada bercerita, dia ada tengok satu video mat saleh yang sakit kanser. As we known, kanser adalah satu penyakit yang dapat dikesan bila dah stage teruk. Masa awal-awal memang susah nak detect. Mat saleh ni berusaha cara illegal iaitu gunakan Marijuana atau nama lainnya Canabis untuk mengubati penyakit kanser. Marijuana atau canabis itu adalah daun ganja.

Dia amek daun ganja, rebus dan minum airnya. Tapi kena minum sikit-sikit sebab dosnya tinggi. Selang beberapa bulan, dia pegi check doktor dan kanser dia tak takde.

Aku tak pasti betul ke tak, tapi itu lah yang adik aku cerita. Adik aku memang rajin tengok benda-benda macam tu sebab ada kena mengena dengan apa yang dia belajar.

Tapi bila aku pikir balik, tak mustahil cara tu betul cuma salah disisi undang-undang. Entah la, mungkin itu lah kaedah perubatan yang paling semulajadi dan kesannya lebih baik compare dengan amek ubat-ubatan sintetik.

Allah jadikan pokok popi, pokok ganja dan yang sewaktu dengannya tu ada sebab kan?

Allah tak jadikan sesuatu tu sesaja je tanpa sebab.

Bila kaedah perubatan moden dah surrender,sepupu aku tu balik kampung dan cuba kaedah lain pulak. Katanya, dia sekarang tengah makan biji buah aprikot.

Ini biji buah aprikot. Rupa parasnya macam badam, tapi kecik sikit dari badam. Aku selalu tengok benda ni kalau beli kacang campur-campur kat klcc. Biji buah aprikot ni rasa dia pahit sikit tapi khasiatnya tinggi, salah satu kebaikan biji buah aprikot ni ialah ianya mampu membunuh sel-sel kanser, Wallahualam....google la kalau nak tau lebih lanjut.

Usaha lah selagi terdaya. Memang ajal dan maut itu ditangan Allah, tapi Allah dah cakap setiap penyakit ada ubatnya, cuma mungkin kita belum jumpa lagi penawar penyakit itu, tapi teruskan usaha, jangan cepat mengalah. Mak dan abah aku sentiasa bagi semangat pada Abg Din supaya dia tak patah semangat. Aku faham perasaan orang sakit, walaupun luaran dia nampak biasa, tapi dalam hati Allah saja yang tahu betapa dia sedang tabah melawan dugaan yg datang.

Bila tengok keadaan Abg Din, macam tak percaya dia yang dulu sihat walafiat boleh jadi kurus cengkung macam tu. Baru aku tersedar betapa berharganya waktu sihat sebelum sakit.


Baru tadi call mak, dia dalam perjalanan ke HSA, Abg Din masuk hospital semula.

Dia koma.

Doakan untuk dia.


Thank You.








Friday, October 11, 2013

Suntikan vaksin, perlu ke?

Aku menangis baca cerita di blog Erina ni.

2-3 minggu lepas, aku baru sampai rumah lepas balik dari kerja. Normally aku sampai rumah pukul 7 petang. Husband aku panggil suruh baca blog Erina tu. Aku pelik jugak apa yang best sangat cerita Erina. Aku baca jugak lah.

Ok, fine.

Baru aku faham.

Husband aku risau sebab tanda-tanda penyakit anak Erina tu ada pada Zhareef.

Dan aku mulai resah. Terus aku teringat surat Doktor Ezra (Doktor di klinik Mediviron, Putrajaya) minta aku refer Zhareef ke hospital KPJ Kajang.

Esoknya aku terus call KPJ Kajang untuk buat appointment. Aku kena jumpa Dr. Asmunni Yahya, Paediatrik di situ.

Lepas baca cerita Erina, baru aku tau ada penyakit bernama Pneumokokal. Selama ni aku tak pernah amek tahu dan tak pernah dengar langsung nama penyakit tu. Dan aku baru tersedar jugak bahawa jangan amek mudah setakat anak demam. 

Lepas jumpa Dr. Asmunni, aku dah lega sikit. So far budak debab tu takde apa-apa. Kebetulan masa jumpa Dr. Asmunni, badan budak debab tu dedar sket, doktor bagi ubat demam, ubat spray hidung, apa nama ntah, lupa pulak, untuk spray dalam hidung Zhareef yg selalu sangat tersumbat.

Aku tanya Dr. Asmunni, perlu ke Zhareef amek suntikan vaksin seperti yang Erina cadangkan?

Sebelum tu aku pernah baca satu artikel yg boleh dikatakan menarik juga dari blog Dr. Harlina (wife angkasawan negara tuuu..) mengenai vaccination. 

Aku tanya lagi (banyak betul aku tanya...hahahahaa), yang Zhareef amek suntikan imunisasi kat klinik sewaktu check-up tu tak cukup ke?

Dr. Asmunni pun jawab, boleh amek suntikan vaksin, why not? tapi amek lepas umur 1 tahun.


Nak amek ke tak? nak amek ke tak? nak amek ke tak?


Any suggestion?





Tuesday, September 10, 2013

cocopi cream


Aku nak rekomen satu krim untuk kulit bayi yang sangat bagus. Dalam banyak-banyak krim yang aku cuba pakaikan pada kulit anak aku si debab tu, krim ni yang terbaik.

Nama krim ini Cocopi Cream. Kecik comel aje, harga rm9.50. Beli di kedai ubat cina.

Masa anak aku kena ruam, kena alergik merah-merah satu badan, krim ini lah penyelamat. Calamine lotion yang klinik bagi pun tak boleh lawan. Drapolene cream pun kalah.

Adik aku yang mula-mula pakaikan krim ni untuk anak dia, dia suruh aku cuba dan ya memang tak mengecewakan.



Orait, ini saja promosi untuk hari ini.





Saturday, June 22, 2013

Ophthalmologist

Aku tahu perkataan ini setelah mata aku ada masalah. Ophthalmologist, nama untuk seorang doktor yang pakar dalam bab mata, pancaindera yang paling berharga. Ada sikit kekesalan sebab aku selalu abaikan penjagaan mata. Bila ada masalah baru nak beringat. Ok, lepas ni tak buat dah.

Aku buat appointment dengan Doktor Cheng Fook Meng, pakar mata di hospital Gleneagle, Ampang. Aku takut sebenarnya nak pegi check. Tapi kena check jugak kan. Mata kiri aku mengalami kabur yang terlalu teruk.

Doktor Cheng dibantu oleh pembantu dia. Assistant dia yang check mata aku, letakkan ubat untuk mengembangkan mata hitam sebelum di scan. Alhamdulillah, result dari scan menunjukkan mata aku cuma mengalami infection dan kanta mata terlalu kering. Sebab terlalu kering, doktor bagi 2 jenis ubat titis khas untuk melembabkan mata. Lagi 2 jenis ubat untuk infection.

Aku cuma takut kena cataract. Nasib la tak bahaya.

So aku kena lupakan contact lens dalam masa 2 minggu. Minggu depan kena datang follow-up lagi. Lepas tu kena buat cermin mata baru...dan lens baru. Fuh...duit lagi.

Ada kawan cadangkan aku buat LASIK. Bukan tak teringin, tapi ke'bajetan' tu takde. Lain la company nak cover yer. Hahaha. In sha Allah di masa-masa depan kalau ada rezeki dari Allah SWT.

Sayangi mata anda.





Monday, September 3, 2012

clear anti dandruff and anti hair fall


Aku pernah pakai syampu murah sampai la syampu mahal, tapi tak berapa nak berkesan. So one day, aku masuk farmasi, try beli syampu clear. Clear for Anti Dandruff and anti Hair fall. Tak sia-sia sebab aku suka syampu ni. Memang rambut aku tak gugur. Setakat gugur 2-3 helai tu standard la, tapi tak seteruk macam sebelum ni.

Aku rekomen kan syampu ni untuk orang-orang yang mengalami masalah rambut gugur. Tapi mungkin depends pada kulit kepala jugak, but for me, this shampoo is good. Worth to buy.


Tuesday, June 5, 2012

minyak zaiton

Masa pregnant, aku alami alahan pada kulit. Mudah berpeluh dan melekit. Rasa panas sepanjang masa. Rasa nak duduk dalam peti sejuk lama-lama.

Akibat daripada rasa berpeluh dan melekit itu, timbul lah rasa gatal. Lepas tu kulit macam ada ruam-ruam merah, lepas tu jadi hitam. Aku benci.

Puan Lawa kata itu symptom biasa orang mengandung. Semua orang yg pernah mengandung cakap macam tu. Yang aku benci ialah kesan hitam tu.

Aku pergi beli Skin Therapy Oil brand Palmer's, sapu-sapu kat kulit tapi tak berkesan. Sebelum tu aku sapu losyen, lagi hampeh. Puan Lawa kata jangan sapu losyen. Ok aku tak sapu losyen dah.

Lepas tu baru aku teringat aku pernah beli Minyak Zaiton keluaran Mustika Ratu. Mak yang beria-ria suruh beli minyak zaiton ni. Tak sangka jugak minyak zaiton pon boleh sapu kat kulit, ingat buat masak spaghetti je, hehe. Tapi ini minyak zaiton yang dirumus khas untuk penjagaan kulit, bukan buat masak.

Aku sapu lah minyak zaiton ni ditempat-tempat yang gatal dan ada kesan hitam tu. Kena tahan sikit lah sebab dah nama pun minyak, jadi dah tentu kulit pun akan berminyak. Selang 2-3 hari, kulit yang ada kesan hitam tu menggelupas, masa mandi tu gosok-gosok la sikit, kulit mati tu akan tertanggal. Alhamdulillah....aku rasa produk ni bagus. Aku suka.

Satu lagi yang bagusnya, aku dah seminggu tak pakai deodorant, aku gantikan deodorant tu dengan minyak ni. Tau apa kesan? Aku dah tak bau badan sendiri. Aku ni pelik sikit, orang lain pregnant tak boleh bau badan husband lah, bau telur lah, bau orang menumis lah, bau sabun lah. Aku...tak boleh bau badan sendiri. Bongok kan. Tapi itu lah hakikat sebenar. Aku sapu minyak ni menggantikan deodorant, then sembur perfume banyak-banyak. Semalam, aku merayap sorang-sorang kat klcc, aku dah tak bau badan aku sendiri. Syoknya. Macam kelakar plak tak boleh bau badan sendiri. Hahaha.





Wednesday, February 29, 2012

khasiat kismis

Ada macam-macam jenis kismis jual dipasaran. Semua memberi khasiat yang sama, tapi....kismis terbaik ialah kismis yang mempunyai biji kerana biji kismis itu mempunyai kebaikan yang bersifat sebagai anti oksidan dan khasiat-khasiat lain. Ni kakak pasar malam bagitau saya.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

Kandungan kismis (bagi setiap 100g):

Potassium 746 mg

Phosphorus 115 mg

Calcium 52 mg

Magnesium 33 mg

Sodium 12 mg

Iron 1.7 mg

Vitamin B 11 mg

Vitamin C 1.3 mg


Khasiat Kismis:

Membantu meningkatkan daya ingatan dan hafalan.

Memperbaiki circulation (termasuk varicose veins, bengkak, lebam dan kabur penglihatan).

Melawaskan pembuangan air besar.

Melindungi hati.

Memperbaiki ton dan keanjalan kulit.

Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.

(Source)