Tuesday, March 24, 2009

Age is just a number

Currently, I sit in front of my pc, typing word by word for this entry but I have nothing to tell about, because I have no an interesting story for sharing to others. Life is so boring. I opened my corrosion notes and try to read but I think I am not reading, I just look long (seakan merenung saja nota itu)tanpa satu apa pun melekat di kepala.

I bought a chocolate cake last 2 days to celebrate my friend's 29th birthday. Actually her birthday is on 23rd (Monday) but I bought the cake on Sunday night. I told the boy (Baker Cottage's worker) that I want the moist chocolate cake. But he gave me the sponge cake. Oh..saya sangat hampa dan terkilan kerana saya tak suka sponge cake. And I think the birthday girl is also not interested for the cake, kerana saya tak nampak muka dia seakan gembira. I gave her a small birthday card, and I wrote:

"Happy getting older, age is just a number. Don't worry about that"

Is that funny? I think no. What I want to tell her is don't thinking too much about our age. 29th is not too older for us to enjoy or do what we want to do. Jangan jadikan usia sebagai penghalang untuk melakukan sesuatu yang kita gemari. Jangan jadikan usia sebagai penyebab mengapa kita tidak boleh buat apa yang orang lain boleh buat. Dan jangan mendesak diri mencari pasangan hidup semata-mata asyik memikirkan usia sudah meningkat.

Saya tahu dan saya faham, berkahwin itu perlu dan ramai wanita sangat bimbang jika belum bertemu pasangan hidup apabila usia sudah semakin meningkat. Saya juga pernah memikirkannya. Tetapi jangan sampai diri kita dilanda resah dan tertekan semata-mata untuk memenuhi tuntutan usia yang semakin bertambah. Jodoh akan datang sendiri. Apa yang perlu kita lakukan ialah berdoa, berdoa...dan terus berdoa, disamping mencari dan berusaha.

Usia juga bukan penghalang untuk kita melakukan sesuatu yang kita suka. Usia juga bukan penghalang untuk kita menuntut ilmu. Ada orang baru dapat ijazah pada usianya 40 tahun. Segalanya atas ketentuan Allah, dan tiada yang mustahil boleh berlaku dengan izin yang maha Esa. Usia juga bukan penghalang untuk kita bergembira tetapi biarlah berpada. Jadi kesimpulannya, usia hanyalah sekadar nombor.

Mungkin bagi lelaki, usia 29 masih muda, tetapi kebanyakan wanita menganggap 29 sudah terlalu lewat. Tetapi bagi saya, segalanya atas ketentuan Allah. Jika pada usia sebegini kita masih belum bertemu jodoh, bermakna Allah belum menemukan kita dengan insan yang sesuai atau layak dijadikan pasangan hidup. Teruskan berdoa kerana hanya Allah yang mengetahui siapakah insan terbaik untuk kita dan mengapa Dia melambatkan jodoh kita. Segala yang berlaku ada hikmah dan segala yang Allah tentukan bukan sia-sia.

Hidup ini sangat indah jika kita tahu menilai keindahannya.