Friday, March 13, 2009

Kg. Baru - the heaven of food

Kampung Baru adalah syurga makanan bagi mereka yang suka keluar jalan-jalan cari makan. Kampung Baru atau saya memanggilnya dengan nama glamour iaitu 'New Village' (hehehe)...adalah satu perkampungan lama yang masih wujud di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Untuk ke sana dari ofis saya hanya memakan masa tidak sampai 10 minit dengan menaiki kereta. Kalau jalan tak jem lagi cepat. Apa yang saya suka makan di Kampung Baru ialah lauk-lauk kampungnya yang memang 'marvellous', sedap seperti ibu-ibu kita masak di rumah. Oleh kerana saya menetap di Subang Jaya, agak susah nak mencari makanan yang enak seperti itu. Bukan tak ada kedai lauk-pauk di sekitar Subang, tapi rasanya tidak sama.

Ada satu warung di Kampung Baru yang diperkenalkan oleh salah seorang kakak secretary department saya, menjual lauk-lauk kampung seperti asam pedas, sayur pucuk paku, tempe goreng, ikan bakar dan macam-macam jenis lagi makanan yang memang sedap. Tak rugi makan di situ walaupun harganya agak mahal. Kalau di lihat dari luar, warung itu agak buruk sikit, maksud saya warung itu sudah lama wujudnya, jadi mungkin orang tak sangka makanan yang dijual di dalamnya sedap. Semasa pertama kali saya sampai di warung itu saya juga terfikir, sedap ke makan kat sini. Tapi bila dah rasa, yes...memang sedap. Saya suka asam pedasnya yang pekat, memang berasa macam emak-emak kita masak kat rumah. Ikan bakarnya pun sedap, sambal pun sedap...pendek kata semuanya sedap. This is the best asam pedas in kl yang saya pernah jumpa. Agak susah nak cari asam pedas yang betul-betul sedap di kl ini. Asam pedasnya sama macam asam pedas Johor iaitu kuahnya pekat. Sedap nak mati. Tak tipu. Kalah asam pedas Linda Onn.

Di sekitarnya juga banyak warung-warung dan kedai-kedai makanan yang best. Nasib baik lah saya duduk jauh, kalau tak dah lama saya gemuk, hari-hari keje melantak aje. Lunch hour tadi saya dan geng-geng ofis makan di warung itu untuk kali kedua. Puas meratah lauk (saya cuma ambil nasi tak sampai separuh) sebab nak ratah lauk puas-puas. Saya tak kisah harganya mahal kerana rasanya sedap. Itu yang penting. Tapi tak boleh makan kerap sangat, alamatnya bankrap, badan pun naik.

Note: Kat rumah ada birthday kek yat, blueberry cheese cake, yummy!

No comments: