Monday, May 25, 2009

Mona Lisa - La Giocondo

*Potret of Mona Lisa*

I was mentioned in my previous entry that I love art so much, so I try to find drawings from a famous painter all around the world. I also searching the best and beautiful photos from the best photographer and finally I found a potret of Mona Lisa, drawn by Leonardo Da Vinci. I saw the potret of Mona Lisa before but I have nothing to say about it. I don't know how to describe about this potret but I know this painting is painted by a very famous painter.

Siapa Mona Lisa?

Dahulu saya tidak pernah ingin tahu siapakah wanita yang wajahnya di abadikan di atas sekeping kayu (bukan kanvas, mungkin zaman Leonardo belum wujud kanvas) dengan cat minyak yang akhirnya menjadi tatapan umum sehingga ke hari ini. Sebenarnya fakta yang ada pun tidak begitu pasti sahih atau tidak kerana potret ini sudah berusia beratus tahun.

Menurut apa yang saya baca dari Wikipedia, wanita dalam potret ini adalah Lisa Gherardini, isteri kepada seorang pengusaha Firenze yang kaya bernama Francesco Giocondo. Perkataan 'Mona' adalah singkatan daripada perkataan 'Madonna', satu perkataan dalam bahasa Itali yang bermaksud 'Nyonyaku'. Ini bermakna maksud lukisan ini ialah Nyonya Lisa, tetapi dalam bahasa Itali ia selalu di tulis sebagai 'Monna Lisa' (double huruf 'n').

Mona Lisa juga di tulis sebagai La Giocondo yang bermaksud 'wanita riang'. Mungkin pada zaman dahulu (abad ke-16) Lisa Gherardini adalah seorang wanita cantik, riang dan juga kaya. Lalu Leonardo Da Vinci mahu mengabadikan wajahnya sebagai potret supaya generasi akan datang dapat mengenali Lisa walaupun hanya melihatnya di dalam potret. Lukisan Mona Lisa adalah lukisan yang paling popular dan di pamerkan di Muzium Louvre, Perancis. Muzium ini adalah muzium terbesar dan terkenal di seluruh dunia.

Orang kata potret ini dikatakan popular kerana ia seakan-akan hidup. Ini mungkin disebabkan teknik atau gaya pelukisnya mencorakkan warna yang menjadikan potret ini seolah-olah bernyawa. Ini hanya teori saya. Seingat apa yang saya baca, lukisan ini memakan masa beberapa tahun untuk di siapkan. Ini bermakna Leonardo Da Vinci begitu teliti dalam menyiapkan sesebuah lukisan. Beliau begitu 'ikhlas' dalam meluahkan karya-karyanya dalam bentuk lukisan. Kerana itulah potret yang terhasil begitu halus seni lukisnya hingga tiada siapa mampu menandingi sebuah potret yang diberi nama Potret Mona Lisa.

Saya ingin jadi seperti beliau. Walaupun saya bekerja dalam bidang teknikal, saya tetap sukakan seni terutamanya lukisan. Tapi saya tak pandai melukis pun. Saya cuma ingin meluahkan segala apa yang terpendam melalui sekeping kanvas, dari sekeping kanvas kosong, akan terhasil sebuah lukisan yang cantik dan lukisan itu akan kekal menjadi sejarah untuk generasi anak cucu saya. Ermm..panjang pulak angan-angan.

Well, takde siapa ke yang nak lukis potret saya?Hehe...

2 comments:

Nanie Harris said...

sy nk lukis! sy nk lukis! hehe

Julie Shahril said...

silakan...silakan...
muahaha..