

Saya hantu durian. Bagi la berapa bijik sekalipun saya boleh habiskan, no worries..I can. Kehantuan saya terhadap durian membuatkan saya masih terbayang isi kuningnya dan rasanya yang lemak manis. Nikmat. Dah berapa kali beli durian tapi masih tak puas makan. Sebabnya budak2 umah semuanya hantu durian juga. Saya teringin makan durian sampai muntah, bila muntah maknanya dah puas la tu, jadi tak payah makan lagi.
Hari tu si miza (kwn fad) belanja durian. Kebetulan durian yang dia beli semua elok isinya. Sempat snap beberapa gambar, geram tengok isinya yang cantik walaupun kecik. Ada 1 kedai jual buah kat umah saya, kita boleh bayar RM9 then duduk la kat situ makan durian sampai muntah kuning. Tapi saya belum ada kesempatan nak makan kat situ sebabnya saya sorang je yg excited. Haha. Kesian aku.
Tapi 2-3 hari ni badan rasa tak sedap. Panas dan seram sejuk semacam je. Pagi tadi drive pun macam di awang-awangan. Tengok member sebelah tidur rasa macam nak cubit. Cis. Isnin yang teramat bosan. Tamat disini penulisan saya utk hari ini.
No comments:
Post a Comment