Monday, September 14, 2009

Puff Pastry jenama 'Kawan'


Setelah sekian lama saya mencari benda ni, akhirnya saya temuinya di Giant, Subang Jaya. Punya lah payah nak dapatkan Puff Pastry jenama 'Kawan', cari kat serata shopping mall lain semuanya takde. Laku sangat kot Puff Pastry ni sampaikan susah nak mencarinya. So semalam kebetulan dah terjumpa saya terus membelinya. Saya buat Sardin Puff, tapi maaf lah saya malu nak upload gambar sardin puff tu sebab dia agak buruk! haha. Nampak sgt saya ni fail bab2 masak.

Actually inti sardin tu termasin gila. Serius saya tak pernah masak termasin, biasanya tertawar. Semalam ntah byk mana garam tertumpah dlm kuali tak tau la. Dahtu masa bakar dlm oven, mungkin saya tak kepitkan kulit puff tu rapat2, so dia terbuka kembang. Mak oii...hodoh gila puff aku, tu yg malu nk upload. Dah la masin, hodoh plak tu. Takpe, 1st time buat mmg fail, so next time mungkin dah terer sket kot. Semalam juga saya rajin buat kuih sampai 2 jenis, sardin puff dgn buah melaka. Angin rajin dah dtg semalam. Lepas ni nak buat tuna puff plak. Dan kali ni akan saya pastikan tak akan tertumpah garam lagi.

Huhu...

4 comments:

Ella said...

julie..

belikan kak ila 2 peket kalau pergi lagi okies...

J.U.L.I.E said...

okies k.ila....beressss...

Peri PiA said...

salam ziarah,salam kenal :)

j.u.l.i.e said...

PeriPia: hi...salam prkenalan juga..