Tuesday, March 9, 2010

menyesal

Hari ni saya nak serius.

Saya selalu berfikir bila duduk sorang2 dlm bilik sambil merenung kipas yg ligat berputar, kenapa sampai skrg aku tak kawen2? serius kan bunyinya?

Mula2 saya tak dpt jawapan. Tapi lama2 mungkin Allah nak bagi petunjuk. Jawapan typical: belum sampai jodoh. Tapi saya dpt jawapan lain iaitu : Perkahwinan itu bukan mudah seperti yg disangka. Serius kan bunyinya?

Saya dengar topik kat radio paling popular abad ini, Hot FM. Topiknya Menyesal dalam perkahwinan. Seriuskan bunyinya?

Baru saya tahu rupa2nya ramai manusia diluar sana yg menyesal dgn perkahwinan mereka. Masa bercinta semuanya manis, cantik, baik, elok, harum dan lazat. Tapi bila dah kawen kenapa semua bertukar buruk, masam, busuk, hodoh dan kelat? Saya tak boleh bagi jawapan sebab hanya mereka yg mengalaminya saja yg tahu punca terjadinya masalah begitu. Ramai orang call kat Hot FM mengatakan bahawa mereka menyesal berkahwin. Seriuskan bunyinya?

Jadi, mungkin ada hikmah mengapa saya belum berkahwin. Selain dari belum sampai jodoh, sebenarnya Allah sedang merencanakan sesuatu yg terbaik utk saya. Mungkin agaknya kalau saya kawen masa umur 23 tahun dulu, belum tentu saya bahagia. Kan...kan?

Kawan2 saya selalu cakap, harap2 ko dapat suami yg baik, walaupun muka tak ensem macam Fahrin Ahmad, takpe lah, janji dia sayang ko sepenuh hati, janji dia boleh jaga ko seumur hidup. Terima kasih kengkawan kerana mendoakan kawanmu ini.

Kepada kawan2 saya yg dah kawen atau yang bakal berkahwin, hopefully kamu bahagia dan tak menyesal dgn perkahwinan itu.

Seriuskan entry hari ni.....kuikuikuikui



No comments: