Thursday, June 10, 2010

sharing is caring

Soalan yg boleh membuatkan saya migrain nak jawab:

Perlu ke duit hantaran dikongsi dengan pasangan untuk kawen?

Ada 1001 jawapan,semuanya berbeza pandangan, semuanya logik. Tapi yang pasti ialah:

- Lelaki kena berusaha lebih untuk berkahwin, supaya biar dia fikir betapa susahnya nak kawen dan dia akan menghargai perkahwinan itu.
- Yang penting ialah life after marriage. Kehidupan selepas berkahwin lebih mencabar minda.
- Kahwin lah mengikut apa yang termampu.
- Lepas kahwin, lelaki WAJIB menyediakan 3 perkara ini:
  1. Makan
  2. Pakai
  3. Tempat tinggal
Tiga perkara itu dah termaktub dalam Islam bahawa suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Kalau boleh 3 perkara itu isteri JANGAN kongsi dgn suami sebab itu tanggungjawab dia. Dia kena usaha walau dgn apa cara sekalipun untuk menyediakan keperluan asas itu. Perbelanjaan lain2 contohnya bayar duit kereta, beli tv baru, sofa baru, mesin basuh dan apa2 lah keperluan bersama BOLEH dikongsi.

Ok, selesai satu topik.



note: topik ini di cilok dari facebook menerusi kawan saya cik wanita binti gadis. Untuk Joy, ko punya pendapat aku setuju, 'Kongsi apa yg perlu je...yg penting hidup lepas kawen'.


*update:
Bak kata ujie, "perkahwinan merupakan satu percaturan". Percaturan hidup. Dia kata sebab dia dah alami. Thanks ujie.








5 comments:

kfaisal said...

pasal duit hantaran, terpulang atas pasangan, kalau dah tau bakal husband tak mampu banyak2.. takyah la letak harga tinggi2.. give and take amat perlu, sebab lepas kawin aku percaya banyak lagi 'scene' give and take a.k.a sorong dan tarik yang perlu dilakukan..

lelaki memang perlu berusaha kuat utk duit hantaran+barang hantaran+persiapan kawin dll.. walaupun begitu, jgn lupa ye makcik2 semua, pompuan pun akan pening2 pasal persiapan kawin korang, nak pelamin bawah tanah la, atas pokok la, fresh flower la dan berbagai lagik.. itu semua pakai duit dan kederat..

kesimpulannya kedua2 kena berusaha utk kahwin.. agar mereka menghargai perkahwinan itu.. dan bak kata tuan tanah.. kehidupan lepas kahwin itu lebih & amat penting.. bukan setakat setahun dua tapi sepanjang hayat nak laluinya.. maka preparationnya pun mestilah sehabis baik bak kata pengakap.. Apapun, selamat beramal, dan dipermudahkan hendaknya.. Insya Allah.. Amin...

mrs.ecam said...

konpius jap ni blog julie ke blur33...kui3

papepong due pendpt aku sukung...lalalalala

Anonymous said...

"perkahwinan merupakan satu percaturan" mmg betul 200%!!! byk2 doa semoga perjalanan nak menempuh tu dipermudahkan.....kadang2 takut jugak sbb takut tak larat nak tempuh....tp kena yakin dan tawakal je la....

Julie Shahril said...

kam: pjgnya karangan ko.Perghh..lelaki dh bersuara.apa yg ko ckp semuanya btol,sbb tu aku kata aku bleh kena migrain kalo ckp bab kawen ni sbb byk sgt pndpt. tapi yg nyata 3 perkara yg aku ckp tu (mkn,pakai,tmpt tggal) adalah nasihat yg aku dpt dari mulut lelaki sndiri.tp rmai lelaki skg gagal melaksanaknnya.sblm kawen je janji setggi gunung kinabalu,tp lps kawen bnda tu beransur2 hilang.hopefully takde la jadi mcm tu.

yup,aku akui pompuan suka bnda yg remeh,mcm ko ckp, nk pelamin bwh tanah,baju nikah mcm puteri santubong,nk itu,nk ini.tapi perkahwinan cuma skali seumor idup.kalo ada perkahwinan yg kedua kali,itu x sama mcm yg pertama kali.

apa2 pon masa kawen buat apa yg trmampu sbb byk lagi duit nk guna lps kawen.tak kira lg kalo ada anak.fuhh...susahnya nk kawen...


rozie: ko dh kawen kan,anak dh nk masuk 3 dah...mesti ko lagi tau, nti bleh share ilmu ngn aku...kuikuikui


joy: tu yg aku pikirkan....mampu ke aku tempuh 'percaturan hidup' lepas kawen tu...huhuhu...takut...takut..

joyahsport said...

papepon, guluck pade yg bakal n tlah berkawen...