Saturday, October 9, 2010

fakta part 2

Copy paste.


1) Kalau mertua atau ahli keluarga masuk campur dalam hal masalah rumahtangga kita, rumahtangga akan cepat hancur. Percaya lah.

2) Suami tidak suka isteri yang kuat membebel.

3) Situasi semasa bercinta/bertunang tidak akan sama 'manis' lagi setelah berkahwin.

4) Ramai lelaki boleh jadi suami yang baik, tetapi tidak ramai lelaki boleh jadi ayah yang baik. Begitu juga perempuan. Belajar lah bagaimana menjadi ibu dan ayah. Jadi suami dan isteri senang saja, selesai lafaz nikah, sah lah menjadi suami dan isteri bukan?

5) Tidak ramai suami suka membantu isterinya membuat kerja rumah.

6) Suami tidak pernah gagal memberi isterinya nafkah batin, tetapi ramai suami yang gagal memberi isterinya nafkah zahir. Fakta ini macam berbunyi sensitif bukan? Tetapi ini realiti. Baca dengan minda terbuka.

7) Kebanyakan masalah rumahtangga adalah berpunca daripada perkara yang dianggap 'remeh', tetapi apabila perkara yang remeh dibiarkan, ia akan berkumpul menjadi masalah yang besar dan di situ akan berlaku ungkitan yang tidak terduga.

8) Komunikasi amat penting dalam perkahwinan.

9) Jangan bertengkar depan anak-anak. Jangan biarkan anak-anak melihat ibu dan ayah mereka bertelagah dan menunjukkan situasi tidak bahagia kerana anak-anak akan tertekan.

10) Jujur dan percaya adalah resepi rumahtangga bahagia, tetapi jangan ambil kesempatan diatas kejujuran dan kepercayaan yang telah diberikan oleh pasangan.

11) Perkahwinan adalah perkongsian hidup. Bukan setakat berkongsi rumah dan kereta, tetapi berkongsi masalah suka dan duka, berkongsi kesenangan dan kesusahan bersama. Anggap lah pasangan kita sebagai bestfriend kita dimana dia lah tempat kita berkongsi segala cerita.

12) Isteri - kalau keluar rumah berhias cantik dan wangi, tetapi mengapa di rumah comot dan serabai?


3 comments:

cipang said...

satu lagi, tak ada pertengkaran antara suami dan isteri, akan terasa sesuatu kekurangan. Selepas pertengkaran pula, kalau si suami dan si isteri dah berbaik, jadi malu2 kucing pula,,,hehe

cinta said...

betul tu incek cipang

j.u.l.i.e said...

cipang: sedangkn lidah lg tergigit,ini kan pula suami isteri..

siti: haha..org dah kawen mesti tau kan..