Saturday, October 29, 2011

kenangan dulu

my best moment in Mulu

Did you know that I really miss my image and style like this: hiking shoes, jeans and carrying my hiking bags with the camera in my neck.

Saya rindu nak hiking. Seperti dulu-dulu.


Wednesday, October 26, 2011

kereta: tukar tayar & rim

tayar dan rim lama sebelum tukar yg baru

Saya sangat bersimpati pada kereta saya. Nasibnya kurang baik tahun 2011 ni kerana saya jarang-jarang ambil tahu pada tahap 'kesihatan'nya. Saya telah mengabaikannya. Kesian kau kereta. Selepas kejadian aneh di highway LEKAS, diulangi...LEKAS bukan KESAS..hikhik., saya menerima banyak nasihat dan pendapat dari kawan-kawan bahawa tahap performance tayar kereta mungkin menjadi salah satu faktor hampir-hampir berlakunya kemalangan. Saya menerima pendapat itu secara terbuka walaupun saya langsung tak boleh terima kes telefon saya yg tgh off tu berbunyi. Arghh..masih misteri.

Maka last week saya nekad hati untuk mengeluarkan sejumlah duit untuk ganti tayar baru. Mula-mula hajat dihati hanya nak tukar tayar, tapi Shahril suggestkan tukar rim sekali. Dah alang-alang tukar tayar, baik tukar rim sekaligus, katanya. Saya pun pikir punya pikir, ok lah, demi kesihatan kereta dan keselamatan orang yg menaikinya, saya pun setuju untuk tukar kedua-duanya.

Kami pergi ke kedai tayar kat area Sungai Besi. Kedai kat situ lebih murah berbanding kedai lain.

kereta tengah mandi

Saya guna rim 15" secondhand, tapi nampak macam baru. Kalau nak beli rim baru, rabak lah poket saya kan. Tokei kedai tu tunjuk rim 2nd hand yg masih cantik, siap bersampul dalam plastik lagi. Mula-mula saya berkenan rim color hitam, tapi bila nak matchkan dengan kereta saya yg color silver tu mcm tak sesuai, so saya pilih rim color silver jugak.

Lepas dah siap tukar segala bagai semua, bayar duit, kereta pun dah nampak berbeza, kami pergi cuci kereta pulak. Kesian benor la kat kereta ni, last cuci kereta awal tahun haritu..hikhik. Korang bayangkan lah dah berapa lama kereta ni tak dicuci.

Tadaaa....tayar dan rim baru. Rim tu memang nampak baru, agaknya org yg guna rim ni dulu dia pakai tak lama, terus trade in. Sangat happy tengok kereta, rasa nak tenung je lama-lama.

my car new look

Lepas siap cuci segala bagai, saya ke workshop pulak, konon-konon nak mintak orang workshop check kan timing belt. Abah pesan masa kat kampung haritu jangan lupa check timing belt. Orang workshop kata....Myvi 1.3 auto tak pakai timing belt la cik...dia pakai timing chain. Timing chain ni kalau pakai 10-20 tahun pun tak ada apa, tak payah ganti. Kalau Myvi 1.0 baru guna timing belt.

Oh yeke...hikhik...(muka dah blushing malu,senyum kambing sebab tak tau)..hahaha...ok la, lega sikit kalau tak payah tukar apa-apa. Haritu sebelum raya dah servis kereta, so tunggu bulan depan pulak kalau nak servis.

Kereta...harap-harap kau sihat dan tak buat hal. Aku sayang kau tau.

Monday, October 24, 2011

lagenda budak endau

We made our suka-suka photography yesterday, the location is nice, beautiful with green nature. This is the location of Lagenda Budak Setan the movie. We went out early to buy a tripod (tapi tak guna pun tripod tu), we took a pictures by ourselves, as usual..we only use the 'human tripod'. Hehe.

Pokok itu mempunyai daya tarikan magnet, terletak diatas bukit kecil. Pokok ini adalah pokok yg paling popular di Malaysia, diperkenalkan dalam filem dan drama Lagenda Budak Setan. Kalau tak kerana cerita tu, saya tak rasa pokok ni akan glemer sedemikian rupa, am I right? hehe.

I have asked Shahril to bring his guitar, saja nak berangan jadi Najwa Latif kejap, tapi dia kata saya tak sesuai pegang gitar tu, but I dont care, ahh...nak jugak pegang gitar tu.

This is my 'poyo' picture but I like it. Memang kegemaran dari dulu, kini dan selamanya berlakon depan kamera.

Our suka-suka photography had been spoiled by a pair of bride and groom who suddenly came to make their outdoor photo shoot. Benci, benci. Tapi mana boleh nak marah diaorang, dah memang pokok ni glemer sangat, semua orang datang nak bergambar. Jadi kami beralih ke belakang sikit untuk berposing-posing. View boleh tahan, frust sebenarnya diganggu oleh pengantin baru tu.

I feel like being in New Zealand. haha

Bila dah makin petang, makin ramai orang datang, yg bergambar dengan baju konvokesyen pun ada. Saya dah penat, panas, berpeluh dan boring sebab ada 'gangguan', jadi kami pun beredar. Jadi lepas ni kalau nak datang sini jangan petang sgt, nanti orang ramai sebab semua orang pikir benda yg sama iaitu cuaca petang redup, molek benor lah kalau nak bergambar.

the lonely singer, bukan singa ok.. haha.


We have decided to return back here one sweet day.

Wednesday, October 19, 2011

hati kering

Dulu-dulu, saya memang seorang yang maha sensitif, tahap lipan bara. Bila dah melalui pelbagai situasi, sifat sensitif itu masih ada cuma ada sikit kurang la kot. Saya dah letih nak terasa hati or sentap jantung, dah penat nak melalui perasaan macam tu. Orang kata, semakin kita tua, semakin usia meningkat, maka kita akan lebih cepat terasa. Tapi saya rasa saya nak tukar dan ubah pendapat itu. Saya nak jadi seorang yg berhati kering. Semakin usia meningkat, semakin kering hati ini, ekekeke.

Just joking.

Ada seorang manusia yg selalu memanggil saya 'sengal'. Saya marah sebab saya rasa perkataan sengal tu macam kasar. Dia kata, eh kasar ke perkataan sengal tu, rasa biasa jek...dah biasa sebut kalo gurau-gurau dgn kengkawan.

Ohh...yeke. Saya meneutralkan semula perasaan marah dan kecik hati tu, try to absorb cara dia bergurau, then lama-lama saya dah tak kesah dia nak panggil saya sengal 10x sehari pun sebab saya pun boleh panggil dia sengal 30x sehari. Hehehe...senang kan....buat apa nak memanjangkan perkara yang tak seberapa. Dalam persahabatan atau bercinta atau dah kawen sekali pun, kadang-kadang kita tak boleh nak mengharapkan orang ikut rentak kita. Ada masanya kita yang kena ikut rentak orang. Kena ada give and take omputih kata. Kita kena positif dan mengalah, mengalah tak bermakna kita lemah kan.

Jadi kalo saya ada terpanggil sesapa sengal, jangan terasa ye...hehehe...termasuk lah kak suzilawa, saya rasa dah banyak kali jugak saya panggil dia sengal...hahahahaha...

Saya dah tak kesah orang nak kata apa, nak fikir apa sebab hati sudah kering...kalo ada tersentap dengan kata-kata orang pun, buat-buat bodo jek. Kalau terasa ke apa ke, pujuk hati sendiri...lama-lama ok.

Tuesday, October 18, 2011

kejadian di highway LEKAS

click to the image for enlarge

Sabtu lepas saya balik kampung kerana nak hantar barang-barang untuk persiapan wedding november ini. Ahad petang lepas makan tengahari saya bertolak balik semula ke KL, perjalanan lancar tanpa masalah, alhamdulillah.

Tiba di Seremban, saya masuk highway LEKAS sebab Shahril nak balik ke Putrajaya, kebiasaan memang lalu LEKAS sebab lagi dekat, kereta tak banyak tapi tol agak mahal. Masa tu hujan dah agak lebat dan kereta di pandu perlahan dengan kelajuan 80-90km/jam. Masuk saja tol, seperti dalam gambar kat atas tu, kereta saya di lane paling kanan, (highway LEKAS ada 3 lane) sempat pintas sebiji kereta yg ada di lane tengah. Masa tu tak pandu laju pun, dalam 80-90 lebih kurang mcm tu la sebab hari hujan.

Tiba-tiba tak tau lah mcm mana, kereta saya bergerak ke tengah, terus menuju ke kiri nak langgar penghadang jalan, dah pusing stereng macam apa tapi kereta tu tak nak ikut,straight je nak langgar penghadang jalan tu. Sikit lagi nak langgar besi tu, tekan brek sikit, terus kereta terbelok ke kanan pulak, pun hampir-hampir nak langgar penghadang jalan. Saya berpaut pada stereng (actually yang drive masa tu ialah Shahril) dan tolong pusing stereng tu nak bagi center semula. Masa tu baru lah kereta tu kurang 'menggila' dan undercontrol, berjalan ke tengah lane.

Saya menggigil. Selang beberapa saat, telefon Shahril berbunyi. Saya menghalang dia jawab phone tu sebab kitaorang tengah dalam keadaan terperanjat. Saya bajet tayar pancit tapi kereta saya boleh bergerak elok je, tak rasa macam pancit. Then saya fikir mungkin stereng kereta saya ada problem sebab masa terbabas tadi stereng kereta ni macam tak berfungsi, pusing macam mana pun dia tak nak ikut.

Sampai di tol, dah bayar tol bagai kami berhenti sekejap kat hentian kat situ, nak check kereta. Sedang elok parking kereta, telefon si Shahril berbunyi lagi. Dia ambil telefon dalam poket dan tengok di telefonnya, nak tahu siapa yang call dia? Saya..!!

Yup, di telefon dia tertera nama saya. Saya gelabah cari telefon dalam beg, mana la tau kot-kot saya tertekan, bila capai telefon, saya bertambah-tambah menggigil sebab telefon saya masa tu MATI! telefon saya masa tu OFF! What are you suppose to do on that time? termenung dan tergamam, itu je lah yg mampu kami buat.

Saya pegang kedua-dua telefon, telefon dia dan telefon saya, telefon dia sedang berdering yg tertera terang-terang nama saya, telefon saya pulak mati, memang off tak hidup langsung masa tu. Apa yg patut saya buat masa tu? Seriously....I really don't know what to do.

Adakah logik telefon saya yang off tu boleh call telefon dia? Then, bila check semula misscall, rupanya bunyi telefon masa lepas beberapa saat kejadian hampir-hampir nak eksiden tadi tu pun nama saya juga. Ya Allah, dugaan apakah ini?

Sejujurnya, saya tak tahu dan macam blur dengan apa yg terjadi. Sebelum bergerak balik dari kampung tadi, saya dah baca semua doa, ayat kursi pun saya baca, termasuk surah Al-Taubah. Saya bersyukur sangat-sangat kerana kami selamat. Masa kami stop kat hentian tu, lama kami termenung....fikir...apa dah jadi kat kitaorang ni? Apa semua ni? Kereta kami terhuyung hayang terbabas nak langgar penghadang jalan, stereng kereta tak berfungsi, handphone Shahril tiba-tiba berbunyi dan keluar pulak nama saya, handphone saya masa tu OFF...di ulangi...OFF.

Sampai ke hari ini saya masih lagi fikir pasal kejadian itu, kejadian yg hampir-hampir meragut nyawa kami. Lepas bercerita dengan seorang kenalan, dia kata mungkin lokasi kejadian tu agak 'keras'. Mungkin ya...mungkin tak, entah lah saya tak tau nak cakap macam mana. Tapi yg pasti, kejadian tu memang pelik dan tak masuk akal. Ianya di luar hukum alam. Percaya pada benda-benda mistik? Supernatural? Bila dah terkena pada diri sendiri, baru saya faham. Sebelum ni saya selalu baca dan dengar dari cerita-cerita orang lain, tapi kali ni ianya terjadi pada diri saya sendiri, diri saya yang kerdil dan banyak dosa ni.

Sebelum ni kalau drive kereta di highway, saya selalu nampak kesan tayar di atas jalan, kesan brek tayar tu menuju ke tepi penghadang jalan, macam tu la agaknya situasi mereka-mereka yg pernah mengalami kejadian macam apa yg saya alami ni.

Saya bersyukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi kerana memberi saya peluang untuk bernafas, terima kasih ya Allah, Tuhan sekalian alam, terima kasih kerana memberi peluang untuk saya hidup di muka bumi ini lagi.

Terima kasih juga kepada kawan-kawan yg perihatin pada saya, bertanya hal ini di fb dan sms. Thank you so so much.


note: mak selalu pesan, jangan bawak kereta laju-laju.....dengar la nasihat mak.



Saturday, October 15, 2011

walimatul urus


Date of event: 20 November 2011
Venue: My home, No. 242, Lorong Markisa 18, Taman Markisa, 86900 Endau Mersing, Johor.
Time: 11.00am to 5.00pm

I will get married soon. InsyaAllah. Berkahwin adalah impian setiap manusia, namun jalan untuk ke arah itu bukan mudah kerana jodoh itu di tangan yang maha Esa. Kalau sebelum ini orang asyik bertanya bila nak kawen? Jadi hari ini saya baru boleh memberi jawapan, insyaAllah saya akan melangsungkan perkahwinan pada 20 November 2011 bersamaan dengan 24 Zulhijjah 1432.

I choose the date 20.11.2011, this is because the date is cute and easy to remember. Sekarang macam dah jadi trend orang akan pilih tarikh yang cantik, tapi tarikh itu bukan perkara penting, ianya hanya sekadar suka-suka dan kebetulan tarikh itu jatuh musim cuti sekolah dan bersesuaian untuk membuat kenduri kendara yang melibatkan saudara mara dan orang kampung.

To all my friends and readers out there, you are most welcome to my wedding dan doakan semoga majlis saya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Doakan juga kebahagiaan saya dan pasangan.