Wednesday, May 9, 2012

3 perkara

Sebenarnya aku dah lama memikirkan hal ini....hari ni aku menggunakan perkataan 'aku' sepenuhnya. Ada beza guna 'aku' atau 'saya'.

Hal yang selalu aku fikirkan namun tiada jawapan yang agak pasti:

1. Dalam bilik mesyuarat, boleh dikatakan semua Melayu sedang duduk bermesyuarat, tapi dari awal sampai akhir, cakap bahasa inggeris. Aku gelak dalam hati, apakah bahasa melayu ini memalukan ke untuk digunakan sebagai bahasa rasmi di pejabat? ok fine, di pejabat mungkin ada bangsa asing, mat saleh, jepun or apa-apa bangsa la, tapi aku selalu jumpa orang melayu sendiri cakap omputih sesama mereka. Ok fine, aku tau bahasa inggeris tu penting, kononnya lambang kemajuan seiring dengan kemajuan dari negara barat, tapi kenapa Jepun, Korea dan Jerman boleh maju tanpa mengagungkan bahasa inggeris? mereka sangat bangga bertutur bahasa ibunda mereka. Kalau orang luar nak datang belajar di negara mereka, haruslah wajib mengikuti kursus bahasa mereka dahulu. Sebab tu mereka bijak, bukan senang nak dapatkan ilmu dari  orang Jepun. Suatu masa dulu aku terdengar seorang nenek bercakap inggeris di rumah bersama cucunya. Mereka pun Melayu. Cucunya fasih cakap inggeris tapi pelat cakap Melayu. Aku sangat hairan situasi itu. Kenapa yer?

2. Orang selalu bagi harapan palsu pada aku. Contohnya, dia berkata begini....kalau you ada apa-apa masalah atau tak faham, datang jumpa i...jangan diam aje. Harapan tu macam sedap didengar. Tapi bila aku betul-betul tak faham dan bertanya, dia marah dan hentam aku balik. Eh...ni pun you tak tau ke...benda ni basic je...bla...bla...bla...dia membebel 1 jam dalam bilik. Aku tadah telinga. Dulu aku hanya diam membisu sebab aku tak tau nak jawab apa, tapi sekarang aku dah berani menjawab secara jujur bahawa aku benar-benar tak tahu. Contohnya, apa itu scaffolding? kalau tak tahu, boleh google sekarang. Sebenarnya aku selalu nampak scaffolding tu cuma aku tak tahu nak panggil benda tu apa, aku selalu panggil benda tu ceracak besi. Aku senyum dalam hati bila ingat tentang ni. Pada aku tak perlu lah dia nak melenting, cakap elok-elok kan boleh. Kalau dah dasar panas baran kan...

3. Aku berada di surau ofis, di suatu petang dulu, lama dah. Masuk seorang perempuan muda free hair, berseluar ala-ala skinny jeans, dia nak solat. Ok fine. Dia pakai telekung tapi tak pakai kain, oleh itu dia hanya bersolat dengan hanya memakai telekung dan seluar dia tu. Aku ternampak di kuku jari kakinya ada pewarna kuku, bukan inai, warna pink terang. Dia solat macam biasa, tiba-tiba tangannya turun kebawah membetulkan pinggang seluar dia, satu pergerakan yang aku kira macam keterlaluan dalam solat. Kalau setakat nak garu gatal tu biasalah. Aku rasa semua orang tahu basic pergerakan ketika dalam solat yang tidak akan membatalkan solat kita tu. Aku pun bukan pandai sangat dalam soal agama ni, cuma aku terfikir aje.

Aku pun tak tau apa yang perempuan ni nak betulkan pada seluar dia tu. Lepas tu dia solat macam biasa. Yang aku musykil ialah pewarna kuku di jari kakinya tu. Sangat musykil. Sampai sekarang aku tak faham dengan perempuan tu. Dia pakai pewarna kuku, solat tak pakai kain, kalau nak pakai seluar pun tutup la kaki tu dengan stokin, lepas tu bergerak-gerak ketika sembahyang. Aku tak pernah cerita kat sapa-sapa hal ni, aku tulis kat sini lah buat pertama kalinya.



Tiga perkara itu saja yang aku fikirkan. Namun ada satu perkara yang aku ingat sampai sekarang. Satu pesanan dan kata-kata dari abah aku:

"Jangan kecik hati kalau kena marah, kena marah tu perkara biasa. Kalau kau tak kena marah macam mana kau nak pandai. Jadikan benda tu sebagai proses pembelanjaran, kalau kau salah, mengaku salah. Jangan melawan"

Aku pegang kata-kata tu. Aku rasa aku akan pegang kata-kata tu sampai mati kot. Bab melawan tu, aku bukan melawan, tapi ada masanya kita kena protect diri sendiri ketika sedang berdebad. Bukan nak tegakkan benang yang basah, tapi nak perbetulkan keadaan yang orang salah anggap. Tapi aku selalu tewas ketika berdebad. Lagi-lagi dengan orang-orang atasan, yang dalam bilik tu pun. Sebenarnya aku memang selalu tewas ketika berdebad dengan sesiapa pun. Hanya satu aku terfikir:

Diam itu lebih baik. Sebab itu Allah ciptakan aku ni sebagai manusia yang pendiam dan tak banyak cakap. Kalau nampak aku diam tu bermakna aku dah tak ada apa nak cakap, bukan marah tapi tak ada apa nak cakap. Diam aje lah.

Tapi bila aku diam, orang cakap lain pulak.

Boringnya.

4 comments:

kfaisal said...

bak kata malique,
"senyum... tak perlu kata apa apa.."

;p

Julie Shahril said...

kam: aku tgh senyum la ni.. :)

SuzieLAWAti said...

cer cakap kat dia..jangan memarah lee...

anak saya nak tido dalam perot ney...

Julie Shahril said...

puanlawa: pkai bju ketat tunjuk perut...