Monday, June 18, 2012

anemia

Aku mengalami anemia. Apa itu anemia?

Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin (hb) yang rendah semasa mengandung. Anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah didalam darah berkurangan dari biasa.

Bacaan hb aku cuma 10.3, berbanding sebelum ni 11.1. Mak aku cakap memang rendah pun.

Doktor bagi aku pil Iron untuk tambahkan zat besi dalam badan. Aku kekurangan zat besi yer. Then doktor suruh makan banyak sayur hijau, daging merah, hati, kuning telur, seafood dan apa ntah lagi.

Aku risau juga walaupun aku tak menzahirkan kerisauan itu di wajah. Dah la masa timbang berat, berat aku naik macam apa....3 kali aku turun naik alat penimbang tu depan nurse sebab tak percaya dengan nombor yang tertera. Sah, memang berat aku naik gila-gila tahap dewa-dewa.

Masa check-up kali ni aku dapat nurse yang juga sedang mengandung. Haha. Aku faham hormon dia pun tak stabil, sebab tu dia kira jumlah minggu aku pregnant pun salah. Biasa lah, aku kalau depan nurse agak banyak cakap, lagi-lagi kalau perkara tu aku musykil, dan lagi-lagi kalau dia salah kira dah berapa minggu aku pregnant. Dengan muka konfiden dia kata aku pregnant baru 19 minggu. Aku argue balik, eh saya kira dah 21 minggu. Dia kata eh tak lah...baru 19 minggu. Aku kerut-kerut dahi tak puas hati. Dia kira semula.....a'ah betul la awak dah 21 minggu. Hehehe...aku gelak dalam hati. Kan aku dah cakap, hormon dia pun tak stabil.

Lepas tu dia bertekak dengan aku pasal nak scan baby. Kenapa awak nak scan? aku kira soalan itu macam satu lontaran sebijik batu besar ke arah muka aku.

Aku jawab, saja nak scan, nak tengok keadaan baby, nak tengok gender. Aku jawab tu sambil sengih-sengih lah. 

Dia kata, tak payah scan la, baby awak kecik lagi, bukan nampak pun. Tunggu dah 7 bulan baru scan, masa tu baby dah besar sikit. Buat apa nak tahu jantina...ni mesti 1st baby kan? patut la excited...1st baby rupanya. Awak scan pun bukan confirm baby tu lelaki ke perempuan. Ada yang scan nampak lelaki, tapi bila keluar perempuan....bla...bla...bla....apa entah lagi dia membebel.

Aku jadi geram pulak. Eh suka hati aku lah nak scan ke apa, bukan dia pun yang scan, doktor yang scan. Lepas tu dia belek-belek buku merah aku tu....nampak apa yang Dr. Nur Aishah tulis last month masa check-up, muka dia sengih-sengih. Ooo...doktor yang suruh scan eh....ok la..awak scan la. Iee...ieee...haaa...kan, sebelum sembur orang tu baca lah dulu apa yang doktor tulis. Memandai je dia nak membebelkan aku. Haishhh....hormon...hormon...

Maka aku pun scan la.....

Jeng...jeng....jeng.....walaupun aku tahu, perkara ini tak pasti, maklumlah scan 2D je pun, aku tak mengharap atau meletakkan harapan yang tinggi, aku cuma berserah. Lelaki ke perempuan ke...tak kesah, yang penting baby aku sihat, selamat dan sempurna sifat.

Hahaha......lelaki ke perempuan....ehehehe...

Nanti la yer....nanti-nanti aku bagitau..

7 comments:

mrs.ecam said...

oo g chekup kinik gomen ke...hee besela tu...aku slalu mngalaminyer...klu kne bebel..sengehhh jekla...klu berat naik gile2 kne mrh pong sengehhh jek...x yah nk tensen2...heee

aku ank ke 3 pong HB rendah...asikkk la 9.++...dh mkn mcm2 smpi putus asa la biar la kn x leh nk buatpe...nurse suh mkn kurma ngan kismis bnyk2...aku pong balun la...alhamdulillah ms nk bslin check HB aku 12.++...terkezut aku...alhamdulillah...ce try nok...mne tau HB ko naik...usaha usaha...chayokkk

j.u.l.i.e said...

rozi: a'ah check kt gomen sbb tu klinik paling dkt ngn umh...

nurse tu bkn mrh tp membebel...aku kan x suka dgr org bebel2..

insyaAllah...aku ikut nasihat ko puan rozi...tengkiuuu nokkk....

♥ ROS ♥ said...

Akk cuma makan iberet folic.. Pil tu kalau makan xperlu makan pil hospital suma tu dah.. Dia mengandungi semua... :) alhamdulillah ramai yang mkn hb naik ... Ros pun xska dgr nurse bebel, diorg bg kita lg takut n duk risau ja.. :p

j.u.l.i.e said...

ros: iberet folic tu mcm mne plak? explain boley...

♥ ROS ♥ said...

Boleyyy kak julie comey... Hihihi.. Iberet folic tu pil.. Pil warna pink .. Kotak putih n brand abbort :) boleh didaptkan di farmasi jer.. :) bagus makan... Ros makan yang dr awal pregncy, Nurse xbg dah ubat..mkn yang tu ja... :) ade apa2 leh tanya ros kat email yer rizaros90@yahoo.com.my

liza aziz said...

julie, makan kurma pun ok...mkn dlm 5 biji sehari. tu dah menyamai keperluan zat besi yg kita kena amik. ni asstnt doc bgtau, sbb last month, HB kita pun rendah.. :)

j.u.l.i.e said...

ros: tq for your info.. :)

liza: oo..yeke, rendah juga ea..insyaAllah liza