Thursday, June 7, 2012

my pregnancy journal - week 20

Hari ni genap 5 bulan usia kandungan. Orang mesti akan kata....uiii..kejap je dah 5 bulan, tapi bagi aku yang menanggung ni rasa lamanya nak jejak 5 bulan. Kalau mood aku baik, aku selalu jugak bercakap-cakap dengan baby, tak tau lah dia dengar ke tak..ehehehe. Waktu-waktu tertentu aku rasa baby ni mengeras, masa baring rasa denyut-denyut.

Next check-up boleh la scan untuk tau jantina. Tak sabar, tapi dalam masa yang sama berdebar-debar. Pompuan ke lelaki....lelaki ke pompuan. Tak kesah lah mak eton.....janji baby ni sihat dan sempurna sifat. Kalau dia pompuan, moga-moga dia jadi anak yang solehah dan rajin-rajin lah tolong aku...hikhikhik. Kalau dia lelaki moga-moga dia jadi anak yang soleh dan hormat orang tua ye nak...

2 comments:

liza aziz said...

hehehe yeayy... baby julie dh 5 bulan. liza plak rs lepas 4 bulan tu mcm sekejap je dh ke 6 bulan. mungkin sbb liza xpikirkan sgt ni dah brapa minggu..sedar2 je dah sebulan. hihi. perut pun lepas 4 bulan tu cepat je besarnyer. mcm xpecaya plak.eh betul ke ni aku? hehehe..

Julie Shahril said...

liza: bila msuk 4 bln tu dh rasa perut besar, ni dh 5 bln lg rasa cepat besar, dgn badan2 skali mengembang...pastu mkn x bleh blah dia punya selera mcm apa...tp siang jela kuat mkn, mlm tak berapa sgt...