Monday, March 25, 2013

resepi kejayaan#1 - disiplin

aku baca dalam buku pasal disiplin, penulisnya seorang tokoh agung yang aku kagumi. beliau seorang yg mementingkan disiplin kerana itu lah resepi kejayaannya dimata dunia.

sedikit sebanyak aku dapat semangat dari penulisan beliau..walaupun aku rasa memang berat untuk aku ikut semuanya. minda aku pun sedikit terbuka. aku tak boleh jadi seperti dia kerana orang seperti dia hanya satu dimuka bumi ini.

bukti aku tak boleh nak berdisiplin.... semalam aku dah niat nak puasa sunat...tapi pagi tadi dah minum nescafe panas beserta kuih 3 ketol. bukan salah alarm tak berbunyi nak bangun sahur...tapi salah diri sendiri yang tidur balik lepas alarm tu bunyi.

kan aku dah kata aku memang susah nak berdisiplin.

pokok pangkal pada hati...hihi...ok aku cuba lagi esok.

No comments: