Thursday, April 4, 2013

baby progress#2 - 1st Solid Food



Zhareef dah nak masuk usia 6 bulan. Sebenarnya esok (05. April. 2013) dia genap 6 bulan. Aku rasa dia macam dah hampir nak besar, tapi memang dia besar pun. Hehe. Pada usia ini aku berpendapat Zhareef sudah harus di beri solid food.

Aku merujuk dalam BabyCenter dan banyak lagi sumber lain yang aku baca, bayi hendaklah diberi susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga usianya 6 bulan, tapi awal-awal lagi aku memang dah kalah dalam bab ni. Takpe lah, walaupun Zhareef minum susu ibu sikit je dan seterusnya minum formula, aku harap-harap sangat perkembangan dia setaraf dengan bayi yang menyusu ibu. Harap-harap lah kan. Aku fikir positif. Perkara ni aku selalu borak dengan Zhareef.

Untuk makanan pertama Zhareef, selain dari merujuk bahan bacaan, aku bertanya juga pada mereka-mereka yang dah berpengalaman, contohnya emak aku, mak mertua, CikPuanLawa sebelah meja aku ni dan yang paling penting aku merujuk pada doktor dan nurse di klinik tempat aku bawak Zhareef check-up tiap-tiap bulan. Aku juga join page HSFFYB (Home-made Solid Food For Your Baby) di Facebook. Terima kasih Liza Aziz sebab dia yang suggest kan page ni pada aku.

Banyak tip-tip yang aku baca dalam fb, blog, majalah dan sumber-sumber lain. Sebagai ibu yang baru-baru nak kenal apa makanan yang baik untuk baby, aku kena banyak membaca dan merujuk.

Bagi bayi yang baru mencecah usia 6 bulan, makanan pejal pertama yang dicadangkan ialah:

1) Puree buah tapi bukan semua buah boleh beri, selected fruits only, depends on the age of the infant. Boleh rujuk jadual yang aku attach kat belah bawah.
2) Plain porridge (bubur kosong tanpa dicampur dengan apa-apa makanan lain)

Semua makanan tersebut hendaklah dikisar halus kerana baby berusia 6 bulan masih belum ada gigi untuk mengunyah, dan usus baby yang baru nak mengenal solid food belum boleh memproses makanan yang kasar.

Ada sesetengah orang berpendapat elok bagi baby puree buah sebagai pengenalan makanan pejal. Ada pulak pendapat lain elok mulakan dengan karbohidrat. Doktor dan nurse suggestkan aku mulakan dengan karbohidrat. 

Dan aku mulakan dengan bubur kosong!

Sebelum itu, aku tercari-cari blender khas untuk kisar makanan Zhareef. Pada mulanya aku berniat nak beli Hand Blender. Senang nak kisar makanan, simple dan mudah. Tapi aku pikir mana nak simpan makanan Zhareef untuk buat stok?

Entah macam mana aku terbaca satu iklan di Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung (PIICM) di Facebook mengenai Baby Bullet.  Aku terus tersuka dengan produk ni, haha.

Magic Baby Bullet
yang penting ianya BPA free.

Aku masak segenggam bubur untuk Zhareef

kemudian, blend halus bubur tu menggunakan baby bullet ni

dah hancur halus

Oleh kerana aku masak cuma segenggam bubur je, hasilnya boleh muat untuk 4 storage cup je. pada aku ok je sebab memang aku nak try buat sistem 'Solid Food for baby using 4-days rules', yang aku baca dalam blog. Cup ni ada tarikh yang mana kita boleh set kan tarikh bila kita masak makanan tu. Sebenarnya cara simpan stok makanan baby ni sebijik SAMA macam kita simpan stok ebm. Stok-stok makanan yang sudah dikisar halus (tak kira lah puree atau bubur) kena simpan dalam freezer tempat sejuk beku tu, dan ianya tahan selama 3 bulan. Kalau simpan kat belah bawah peti sejuk tu tahan beberapa hari je.

1 storage cup itu mewakili 2oz yer. Seeloknya untuk baby yang pertama kali nak makan, bagi 1oz dulu. Dan aku memang bagi Zhareef 1oz je dulu. Ermmm...as per my expectation, tak cukup!

1oz plain porridge for Zhareef

licin!
dia memang berselera makan walaupun bubur kosong je pun...
hehe..


Apa itu Solid Food For Baby Using 4 Days Rules?

4-days rules ini merujuk kepada kita memberi makanan pejal kepada bayi yang baru belajar nak makan ini selama 4 hari berturut-turut. Maksudnya, kita bagi anak kita makanan yang sama selama 4 hari berturut-turut bertujuan supaya kita boleh melihat/spot makanan mana yang dia alergik atau ada masalah penghadaman pada baby. Contoh macam aku bagi Zhareef plain porridge selama 4 hari berturut-turut, dan aku tengok Zhareef poo-poo ok je, tak sembelit, tak sakit perut, tak alergik...so maknanya plain porridge tu sesuai untuk dia. Ada faham? hehe.

Jadi, selepas 4 hari, boleh tukar makanan lain pulak, dan aku berniat nak buatkan dia puree epal, dan aku akan bagi dia makan puree epal selama 4 hari berturut-turut, tengok makanan tu sesuai ke tak dengan dia.

Let say, dalam masa 4 hari tu baby ada masalah seperti alergik atau susah nak hadam, kena stop bagi dia makan dan try tukar makanan lain.    

Dan seeloknya, makanan terbaik untuk anak ialah makanan yang dimasak sendiri dirumah! Jangan campur garam kerana ginjal bayi masih belum boleh memproses Natrium (garam).

Say no to junkfood atau makanan dalam tin. Masa kecik-kecik ni tak payah la bagi baby makan benda-benda tu semua.

Dan aku memang sangat-sangat cerewet dalam memberi anak makan, senang cerita aku memilih makanan. Aku tak tau ibu-ibu lain, tapi aku cerewet. Kalau Zhareef tu dah besar lain cerita la, dia nak makan rimau gajah pun tak kisah, hehe, tapi dia kecik lagi, kena la pantau apa makanan yang dia boleh makan. Kang dia sakit perut ke, alergik ke, tak boleh poo-poo ke....aku jugak yang susah kan.



jadual makanan pejal untuk bayi yang baru belajar nak mengenal makanan
abaikan 'pork' tu yer...hahaha
apa daa ada pork pulakkk...


Dalam kotak Baby Bullet yang aku beli tu dah ada buku resepi untuk makanan baby, jadi senang la aku nak rujuk apa nak bagi dia makan, at least ada bahan aku nak refer selain dari google. Hihi.
  
Sekarang baru aku tahu betapa best dan seronoknya suapkan anak kita makan, lagi-lagi budak macam Zhareef yg memang berselera, suap je telan...suap je telan. Kejap je habis bubur tu. Hahaha.


 



7 comments:

hayati hashim said...

Hihi. Sama mcm my Aisy la. Sekali makan licin... Tp Aisy dh 7m bru bg plain bubur...

CiKPuaNLawA said...

elok la tuu...
lagi cepat bijak nya...
lagi cepat kuat nya...

julieter said...

hayati: hai...saya tgk anak saya mmg dah banyak bagi sign nak makan, sbb tu saya bagi je, lagipun dah 6 bulan kan..sblm tu mmg mnum susu je.

cpl: a'ah mmg kuat sampai tangan dia dah bolek melepuk muka i...tertanggal lens i...ieee...

Hunn Anne Shop said...

Hi dear. I ada jual new 20-piece set baby bullet for RM110 + RM10 postage. Limited quantity. Minta izin iklan kat sini ye. Email: hunnanne@gmail.com
tQ!

fatin nabilah said...

anak saya 5 bulan makan bubur da..tapi campur macam2 hahah...ibunya tak ikut rules betul..hee.btw Nampak senng je guna baby bullet tu ek=)

http://manjakucergas.blogspot.com/

fatin nabilah said...

anak saya 5 bulan makan bubur da..tapi campur macam2 hahah...ibunya tak ikut rules betul..hee.btw Nampak senng je guna baby bullet tu ek=)

http://manjakucergas.blogspot.com/

radin siti aisyah said...

my baby first food carrot n kentang. dia macam ok je tu..alamak tak ckup 4 day rule. hari ni cuba bg epal.dia suka..:D

www.ummiammararif.blogspot.com