Wednesday, September 11, 2013

pengasuh

Jadi pengasuh memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Bukan sekadar kepandaian menjaga budak, tapi macam mana nak handle kalau ditakdirkan menjaga budak yg kuat meragam.

Pengasuh Zhareef sekarang adalah pengasuh yang ke-2 selepas pengasuh pertama reject dia. Pengasuh yang pertama dulu orang muda, aku rasa umur mungkin lewat 20-an nak masuk awal 30-an. Baru ada anak sorang. Aku tak tahu sejarah dia kenapa dia alergik dengar budak menangis tak berenti. Rupanya ada kisah. Aku cerita disini bukan nak mengaibkan dia, tapi sekadar peringatan.

Dulu dia penah jaga sorang budak, dan budak ni meninggal dunia semasa dalam jagaannya. Menurut jiran-jiran dia, bukan salah dia sebenarnya, tapi silap ibubapa budak tu. Kenapa? sebab anak dia dah memang sakit, tapi dia tetap hantar pada pengasuh suruh pengasuh jaga. Kenapa dia tak nak jaga anak dia yang tengah sakit? aku tak pasti, tapi aku faham masalah ibu-ibu yang berkerjaya ni. Cuti dah takde, kerja ofis berlambak, nak cuti banyak kali takut bos marah...bla,bla,bla. Aku juga menerima nasib yg sama.

Ditakdirkan, budak tu meninggal dunia dalam tidur. Aku tak pasti sama ada ibubapa budak tu salahkan pengasuh atau tak, tapi menurut jiran, pengasuh tu sangat trauma. Ye la, mana tak trauma kalau jaga anak orang, anak orang tu sakit, dan meninggal semasa dalam jagaannya. Kalau aku pun trauma.

Jadi, jiran-jirannya menasihati aku, kalau anak awak sakit...amek lah cuti, jaga anak kat rumah. Jangan hantar anak yang sakit ke rumah pengasuh sebab pengasuh tu bukan nak jaga anak kita je, dia jaga anak orang lain juga kan. Dah tentu2 dia tak dapat nak memberi sepenuh perhatian pada anak kita.

Ditakdirkan juga, masa awal-awal pengasuh tu jaga Zhareef, Zhareef kuat meragam, asik menangis je. Rupa-rupanya dia trauma dengar budak menangis dan banyak ragam ni. Lastly dia kata dengan aku, dia tak boleh jaga Zhareef dah. Masa tu aku agak stress. Mana nak cari pengasuh lain dalam masa terdekat? Stress gila masa tu. Marah pun ye jugak. Masa tu aku tak tau lagi yang dia ni ada sejarah hitam.

Maka, aku jumpa Cik Nah, pengasuh Zhareef yang sekarang ni, juga jiran pengasuh Zhareef yg pertama ni jugak, selang beberapa buah rumah aje. Cik Nah ni lah yang bagitau aku sejarah hitam dia, kenapa dia trauma dengan budak yg banyak ragam. Ok, baru aku tau. Dan aku bersyukur kerana Cik Nah sanggup terima Zhareef untuk dijaga.

Sebelum tu, aku borak panjang dengan Cik Nah sebelum bersetuju menyerahkan Zhareef pada dia. Aku tanya macam-macam, Cik Nah asal dari mana, dah lama ke jaga budak, macam mana boleh duduk kat sini, duduk dgn sapa...bla,bla,bla. Banyak aku tanya sebab nak tau latar belakang dia. Of course aku nak tau details sebab aku nak serahkan anak, bukan nak serahkan barang mainan yang tak bernyawa.

So far, dah hampir setengah tahun jugak Cik Nah jaga Zhareef, alhamdulillah. Aku tak meletakkan 100% kepercayaan pada dia cuma tiap-tiap hari lepas aku hantar Zhareef pada dia, aku berdoa sambil memandu, Ya Allah, Kau lindungi lah anak aku dan anak-anak orang lain juga.

Aku tawakal.
Aku keringkan hati.

Ingat senang ke nak serahkan anak kesayangan kat orang? susah ok.

Ini lah masalah ibu yang bekerja.

Dan aku berpegang pada nasihat Cik Nah ni, kalau anak sakit, amek lah cuti, jaga anak sendiri kat rumah. Jangan hantar anak pada pengasuh atau taska. Sebab kalau jadi apa-apa pada anak, kita nak salahkan siapa? nak salahkan pengasuh? atau diri sendiri yang salah sebab dah tau anak tu sakit tapi tetap juga hantar pada pengasuh. Kalau penyakit tu berjangkit kat anak orang lain macam mana?

Sebagai ibu, aku kena berkorban. Walaupun kerja kat ofis banyak, aku tetap amek cuti kalau anak sakit. Bos nak berleter ke, nak marah ke, aku peduli apa because my family is my priority. No compromise.

Kalau company hilang sorang pekerja, minggu depan dah boleh cari pengganti. Tapi kalau kita kehilangan sorang anak, dimana nak cari ganti?

Fikir-fikirkan lah.

Aku harap Cik Nah dapat terus menjaga Zhareef dengan baik.

Oh ya, ada satu tips yang aku dapat dari seseorang. Dia kata, kalau nak tau anak kita happy ke tak duduk dengan pengasuh, tengok masa hantar pagi-pagi tu..anak kita happy/senyum/ketawa ke atau menangis/meraung/meratap?

Kita boleh pikir sendiri.

Setakat hari ni, Zhareef happy. Masa amek dia petang-petang pun aku tengok dia happy, tengah main-main, tengah gelak-gelak...dan kadang-kadang tengah terbongkang tido.

Dan satu lagi tips...tips aku sendiri.

Jangan berkira bab duit. Sebulan aku bayar RM300 pada Cik Nah. Kadang-kadang Cik Nah ni ada amek cuti, ada emergency, ada kematian atau hal-hal yang memaksa dia cuti. Cik Nah tak pernah tolak pun duit 300 tu, dan aku pun malas bertanya sebab aku pun kadang-kadang ada jugak tak hantar Zhareef pada dia. So..aku rasa kita tak perlu berkira hal duit. Cik Nah cuti ke apa...aku tetap bayar RM300, takde kurang-kurang pun. Yang penting aku nak dia jaga anak aku elok-elok. Tu je.

Bila Cik Nah happy, Zhareef happy...aku pun happy.


Panjang aku buat karangan hari ni. Boleh dapat A tak? hehe.





9 comments:

cinta said...

ttg amik cuti if ank sakit, ttg tips serasi ngan pengasuh n ttg x berkira psl upah jaga ; sgt3 setuju!

Dr K said...

Sedangkan kita sebagai parents kepada anak anak sendiri pun, ada kalanya kita boleh hilang sabar dgn karenah anak sendiri kan...inikan pula pengasuh...Tu sebab kalau dapat pengasuh yg bagus macam tu, hargai lah dia..Tak perlu berkira sangat..Hope pengasuh kedua tu ialah yg terbaik buat anak awak...Mmg besar pengorbanan ibu yg bekerja kan...

mrs.ecam said...

stuju2...walau alasan cuti sbb ank skt dh klise tp mmg tu kebenarannyer kn...jarang mak2 ni nk sje2 cuti klu bkn sbb ank skt...paham3....heeeeeeee...smoga ank2 kt slmt d bwh jagaan pngasuh msing2...aminnn inshaallah....

Julie Shahril said...

siti: terima kasih kerana bersetuju...hehe.

dziyyad: yup, mmg saya hargai dia,sbb tu saya tak pnh komplen apa2 (stakat hari ni lah), tak pnh persoalkan tentang bayaran wlupun kdg2 dia amek cuti, kalo bole saya xnk timbulkan apa2 isu..kalo bole la..selagi dia jaga anak saya baik2..

rozie: wujud lagi ko...lama hilang..hehe. aku x pnh menipu kalo cuti sbb anak sakit, sbb anak aku mmg btol2 sakit. takde maknanya aku saja2 nk cuti 2-3 hari straight sdgkan keje kt opis byk..

t.a.t.a said...

sebenarnya jadi manusia ni - tak kisah la kerja apa sekalipun - yang penting adalah sabar. lagi-lagi bila berurusan dengan manusia lain. sabar adalah sangat paramount.

memang la trauma bila melibatkan nyawa. even orang tu kata dia tak salahkan kita, tapi dalam hati kita sendiri tetap nak blame diri sendiri. kita tahu dan redha akan qada dan qadar nya, tapi kita tetap tertanya², kenapa terjadi pada aku? kenapa tak orang lain?

hal-hal trauma macam ni memang ambil masa yang sangat lama nak lega. psikologi dan minda kena kuat.


karangan nak A, hmm macam tak leh je. A- la. hehehe

Dr Singa said...

Bahasa Malaysia Penulisan : A

Julie Shahril said...

tata: woittt...x leh dpt A ke? penat mengarang...hehehe..

kakizat: yeayyy...akak jugak yg bagi kita A...yesss

t.a.t.a said...

dari segi karangan boleh dapat A, A+ pun boleh, tapi dari segi ejaan dan huruf besar kecil tu, kureng sket. hahaha

Julie Shahril said...

tata: Ooo..lupa tang tu pun diambil kira...uhhh