Showing posts with label Dialog. Show all posts
Showing posts with label Dialog. Show all posts

Monday, August 19, 2019

Body shaming



Pic google


Aku selalu jer kena body shaming ni.

Actually body shaming is not good. Selalunya kalau kena body shaming, aku sengih-sengih je lah, walaupun dalam hati ni rasa ringan je mulut nak balas balik. Tapi kejadian minggu lepas di ofis membuatkan aku nak tergelak. Nak marah pun ada.

Aku di pantry. Ada sorang colleague bersama aku masa tu. Hanya berdua. Borak-borak pasal tudung. Tiba-tiba masuk sorang kakak yang tak rapat pun, bertegur sapa pun setahun sekali sebab lain department. Masuk-masuk je pantry terus dia cakap macam ni:

"Apasal aku tengok badan korang berdua ni dah nak sama saiz je.."

Aku rasa macam ada halilintar melintas terkena telinga, berdesing. Panas. Tapi macam biasa, cool, pretent to be cool. Aku cuma jawab:

"Jangan cakap macam tu kak, sensitif kak.."

Akak tu sambung lagi..

"Ye la dulu korang (merujuk kepada aku dan colleague aku) kurus, slim, comel"

Kali ni aku buat-buat pekak je. Tapi colleague aku pulak buka mulut.

"Akak ni memang mulut tak boleh tutup ke? Body shaming orang tak bagus tau. Saya tak pernah pun tegur orang kurus ke, gemuk ke, lawa ke, tak lawa ke, hodoh ke, cantik ke....tak pernah ok, tak pernah!"

Macam drama siot, kehkehkehkeh.

And yes, kakak tu terkedu sekejap. Dalam hati aku melompat-lompat suka. Padan muka ko kak. Dalam hati je la aku mampu gelakkan.

Colleague aku ni agaknya dah selalu jugak kena body shaming, sebab tu dia tak mampu bersabar lagi.

So, guys, jaga mulut, jaga lidah. Tak kelakar pun tegur bentuk fizikal orang. Aku tak kisah kalau yang menegur tu kawan rapat aku, kawan yang hari-hari bergurau kasar, i dont mind. Tapi kalau orang yang jarang jumpa, sekali jumpa nak compare badan orang, nak bezakan bentuk badan sekarang dengan 10 tahun lepas, aku rasa macam tak adil. 

And for your info, body shaming is part of bullying. Dia umpama macam budak-budak sekolah yang suka mengejek kawan dia hitam. Tapi tu budak sekolah, akal pendek lagi. Yang dah dewasa ni pun ramai jer pendek akal menegur benda yang tak perlu ditegur pun.


Dan satu lagi...

Hanya mak je boleh body shaming anak dia. 

"Apasal ko masa kecik gemuk sangat Zhareef?" Hahaha.

Pastu Zhareef pernah cakap macam ni:

"Mama, kenapa mama ni macam makcik?"


Pedih telinga aku dengar. Nasib baik ko anak aku...hihi


Throwback masa holiday kat Bali. Rindu Bali...
Jenuh masa ni kena dukung Zhareef kalau dia buat perangai..
bukan senang nak amek gambar dgn dia masa ni
Dah la GEMOK...hehe



Last but not least..

Gemuk atau kurus, tinggi atau rendah, hitam atau putih...apa saja bentuk fizikal seseorang itu is none of our business. Yang penting, kita tak pernah susahkan hidup orang lain.



Wednesday, October 30, 2013

i am not 'somebody'

Aku   : Hello, assalamualaikum, ini BPH ke?

Si Polan   : Waalaikumsalam, ye BPH ni. Ada apa ye?

Aku   : Saya Julie nak tanya pasal kuarters la.

Si Polan   : Ye kenapa?

Aku   : Saya duduk di P18R4 Presint 18, saya nak tanya kalau duduk kuarters boleh bela binatang tak?

Si Polan   : Tak boleh puan, bela binatang memang tak dibenarkan.

Aku  : Ohh, ok, kalau bela jugak macam mana? contohnya bela kucing ke, anjing ke, ada apa-apa tindakan tak?

Si Polan   : Ada. Mula-mula kami bagi amaran dulu, lepas tu kami buat tindakan seterusnya lah.

Aku   : Ok. Saya nak buat aduan pasal jiran saya bela kucing.
Si Polan   : Oooo...ni yang pernah buat aduan dulu tu eh pasal bela kucing kat tingkat 4 tu?
Aku   : Ye, sebelum ni husband saya dah pernah call buat aduan, pegawai BPH ada datang sekali tapi lepas tu senyap.

Si Polan   : Kami tak boleh buat apa-apa dengan orang yang tak boleh bagi kerjasama.

Aku   : Macam ni, anak saya hampir-hampir nak kena asthma, baru-baru ni 3 kali kena masukkan oksigen. Lepas tu dia demam, selesema dan batuk. Husband saya pun selalu tak sihat. Check doktor suspek tibi. 

Si Polan   : Yeke...tapi puan, kami dah pernah datang rumah dia, kami ketuk pintu tapi diaorang taknak bukak pintu.

Aku   : Saya tau. Dia taknak bukak pintu sebab dia salah, nampak sangat dia salah. Boleh tak awak semua do something pasal masalah ni? Anak dengan husband saya selalu sakit-sakit. Bau busuk taik kucing tu kuat gila sampai melekat kat baju yang saya sidai. Saya duduk dalam rumah tak boleh bukak pintu tingkap. Kalau bukak tingkap mesti bau busuk tu masuk. Baju anak saya, kalau basuh saya kena sidai dalam rumah, takut nak sidai kat luar, nanti melekat bau kucing dengan hama kucing tu sekali. Kulit baby kan sensitif.

Si Polan   : Kami dah cuba puan

Aku   : Saya bukan somebody kan, saya bukan sapa-sapa sebab tu aduan saya korang buat bodoh je.

Si Polan   : Bukan buat bodoh puan, kami tak boleh nak terjah masuk dalam rumah orang walaupun itu kuarters kerajaan tapi kami takde hak untuk masuk sesuka hati.

Aku   : Ya, saya tau korang tak boleh masuk sesuka hati. Saya tau. Tapi tolong la buat something. Saya dah tak tahan dengan bau kucing tu. Ke korang nak husband dgn anak saya mati dulu baru korang nak buat tindakan? (aku rasa ayat aku macam kasar gila)

Si Polan   : Tak baik puan cakap macam tu. Ajal dan maut Allah yg tentukan.

Aku   : Ya, saya tau ajal dan maut tu Allah yg tentukan, tapi kita kena la usaha buat something. Sampai bila saya nak bertahan hidup dalam rumah ni? udara tak bersih, terkurung je dalam rumah. Kitaorang sedut udara yg ada dalam rumah tu je, udara tak circulate, udara luar tak masuk sebab tingkap tertutup. Letih la macam ni.

Si Polan   : Macam ni la puan, apa kata puan bercakap sendiri dengan bos saya, Encik Akandar.

Aku   : Ok, boleh.



Aku pun pong pang pong pang cerita balik macam kat atas dengan En. Akandar.

En. Akandar   : Boleh puan bagi nombor telefon puan? Kami akan hubungi kalau ada apa-apa.

Aku   : Boleh. 019-XXXXXXX. Amek skali nombor telefon husband saya, senang bercakap dengan dia sendiri.

En. Akandar   : Ok puan, nanti kalau ada apa-apa saya akan hubungi puan.


Sampai laaa ni...sekor manusia dari BPH takde call aku atau husband aku.

Mungkin aku bukan anak menteri, bukan adik Najib, bukan sepupu Rosmah, bukan anak sedara Muhyidin Yasin. Sebab tu kata-kata aduan aku tak laku langsung.

Kalau aku anak Menteri Belia dan Sukan, hari ni aku buat aduan, esok dah setel.

Betul tak?

Atau tunggu ada kes kematian kat kuarters tu baru diaorang keluar nak siasat nak buat tindakan.







Thursday, October 18, 2012

hari ke-13


Tempoh berpantang yang saya rasakan ter.....lalu lama dan banyak dugaan. Tapi kini saya dah rasa sikit selesa, cuma boring yang amat. Dah la jauh dengan hubby...huhu, nasib baik family ada dan family mertua pun dekat sekangkang kera je.

My daily routine is totally change. Tapi saya dah boleh manage sikit-sikit. Mula-mula dulu sampai meleleh air mata. Bayangkan di saat anak sendiri lapar nak susu, tapi saya tak boleh nak buat apa-apa sebab saya kekurangan susu. Sangat sadis.

Nasib baik ada insan-insan mulia sudi datang ke rumah menyelamatkan keadaan. Terima kasih sahabat kerana menenangkan suasana yang buntu dan bercelaru. Terima kasih kerana membantu saya yang dalam keadaan susah dan tak tahu nak buat apa. Allah sajalah yang akan membalas jasa baik itu. Saya sangat terhutang budi dan akan saya ingat sampai mati. Terima kasih jugak kepada si kakak sebelah meja opisku kerana mengambil berat. Tak tau nak cakap apa...semoga Allah balas jasa baik mu itu.

Kelahiran Zhareef tidak di duga. Kelahirannya cepat 19 hari dari tarikh jangkaan. Namun saya bersyukur kerana semuanya selamat. Cuma keadaan sedikit kelam kabut kerana kelahirannya terlalu awal dan saya sendiri tidak bersedia apa-apa baik dari segi mental dan fizikal. Yang paling penat ialah hubby, kesian dia ke hulu ke hilir menguruskan segalanya. Nasib saya baik kerana family kebetulan ada, tapi bercelaru jugak sebab sibuk terkejar-kejar nak ke majlis konvokesyen adik saya di UIA.

Hari ini hari ke-13 saya berpantang dan saya sudah boleh handle sendiri Zhareef tanpa bantuan mak kecuali nak mandikan dia. Bab-bab nak mandikan baby ni memang saya tak konfiden, jadi memang mak kena tolong lah. Yang lain alhamdulillah....saya uruskan sendiri Zhareef. Berjaga tengah malam pun dah tak kisah sangat. Awal-awal dulu memang pening kepala dibuatnya kerana Zhareef ada angin. Saya amek masa 2-3 hari jugak nak memahami perangai Zhareef dan sekarang saya dah tahu apa kehendak dia. Zhareef adalah insan yang baru nak mengenal dunia, saya tahu dia sendiri pun keliru dengan apa yang dia rasa. 

Harap-harap lepas ni keadaan akan bertambah baik. Doa-doakan saya.


Monday, July 25, 2011

dialog#1

Julia : hai...assalamualaikum (sambil hulurkan tangan dan bersalaman).

Julie: hai..waalaikumsalam (sambil menyambut huluran tangannya dan kami bersalaman).

Julia: Nama saya Julia...(sambil senyum meleret)

Julie: Saya Julie....(sambil senyum juge..)

Julia: Eh...nama kita hampir2 sama la, macam adik beradik pulak..hehe..

Julie: (senyum meleret lagi...)

Lepas tu kitaorang berbual itu ini begitu begini....bla...bla...bla...

Julia: Umur Julie berapa?

Julie : ** tahun...(malu-malu je jawab)

Julia: Oh yeke....tapi Julie nampak muda la....

Julie: (kembang kempis hidung, dalam hati gelak besar)

Julia: Betul...nampak muda....saya baru 27...

Julie: yeke...(senyum kembang kempis lagi, dalam hati...suka...suka..suka org kata aku nampak muda)

Bukan senang orang nak kata saya nampak muda ok....

Julia ialah seseorang yg saya kenal selama 10 minit semasa menghadiri peperiksaan PTD tempoh hari. Orangnya cantik, putih tapi agak berisi sket. Kerja di Parlimen. Mata dia cantik...warna coklat.

Tu je yang saya tahu pasal Julia. Tapi tak boleh lupa ayat dia kata saya nampak muda....walllaaaa...