Thursday, October 24, 2013

sihat sebelum sakit

Ini bukan pakcik aku, tapi sepupu aku. Aku panggil dia Abg Din. Dia kena Kanser Hati stage 4, thats means last stage for cancer patients.

Raya Haji haritu aku balik kampung, amek kesempatan untuk menziarah dia yang kebetulan ada kat kampung jugak. Sebelum ni dia asik keluar masuk HSA Johor Bahru. Aku takde kesempatan untuk melawat dia di HSA.

Dia kurus, terlalu kurus. Muka dia dah lain. Tapi dia masih boleh bangun duduk. Boleh bercakap dan kenal orang. Cuma dia takde selera makan. 

Aku teringat arwah nenek aku dulu. Keluar masuk hospital sebab kanser jugak. Kanser apa aku lupa, tapi permulaan sakit dia, dia mengalami bengkak di leher. Mula-mula kitaorang ingat arwah nenek kena beguk, tapi rupanya bukan beguk, ianya kanser. Cuma aku tak pasti apa nama kanser tu. Masa masuk hospital tu, nenek dah takde harapan. Doktor pasangkan satu alat macam mesin. Abah aku tanya doktor, mesin tu untuk apa?

Doktor jawab, mesin tu mesin penyambung hayat.

Oh, yeke..



Adik aku ada bercerita, dia ada tengok satu video mat saleh yang sakit kanser. As we known, kanser adalah satu penyakit yang dapat dikesan bila dah stage teruk. Masa awal-awal memang susah nak detect. Mat saleh ni berusaha cara illegal iaitu gunakan Marijuana atau nama lainnya Canabis untuk mengubati penyakit kanser. Marijuana atau canabis itu adalah daun ganja.

Dia amek daun ganja, rebus dan minum airnya. Tapi kena minum sikit-sikit sebab dosnya tinggi. Selang beberapa bulan, dia pegi check doktor dan kanser dia tak takde.

Aku tak pasti betul ke tak, tapi itu lah yang adik aku cerita. Adik aku memang rajin tengok benda-benda macam tu sebab ada kena mengena dengan apa yang dia belajar.

Tapi bila aku pikir balik, tak mustahil cara tu betul cuma salah disisi undang-undang. Entah la, mungkin itu lah kaedah perubatan yang paling semulajadi dan kesannya lebih baik compare dengan amek ubat-ubatan sintetik.

Allah jadikan pokok popi, pokok ganja dan yang sewaktu dengannya tu ada sebab kan?

Allah tak jadikan sesuatu tu sesaja je tanpa sebab.

Bila kaedah perubatan moden dah surrender,sepupu aku tu balik kampung dan cuba kaedah lain pulak. Katanya, dia sekarang tengah makan biji buah aprikot.

Ini biji buah aprikot. Rupa parasnya macam badam, tapi kecik sikit dari badam. Aku selalu tengok benda ni kalau beli kacang campur-campur kat klcc. Biji buah aprikot ni rasa dia pahit sikit tapi khasiatnya tinggi, salah satu kebaikan biji buah aprikot ni ialah ianya mampu membunuh sel-sel kanser, Wallahualam....google la kalau nak tau lebih lanjut.

Usaha lah selagi terdaya. Memang ajal dan maut itu ditangan Allah, tapi Allah dah cakap setiap penyakit ada ubatnya, cuma mungkin kita belum jumpa lagi penawar penyakit itu, tapi teruskan usaha, jangan cepat mengalah. Mak dan abah aku sentiasa bagi semangat pada Abg Din supaya dia tak patah semangat. Aku faham perasaan orang sakit, walaupun luaran dia nampak biasa, tapi dalam hati Allah saja yang tahu betapa dia sedang tabah melawan dugaan yg datang.

Bila tengok keadaan Abg Din, macam tak percaya dia yang dulu sihat walafiat boleh jadi kurus cengkung macam tu. Baru aku tersedar betapa berharganya waktu sihat sebelum sakit.


Baru tadi call mak, dia dalam perjalanan ke HSA, Abg Din masuk hospital semula.

Dia koma.

Doakan untuk dia.


Thank You.








5 comments:

Dr K said...

Moga allah permudahkan urusan Abg Din...dikurangkan sakit & derita nya...

Ajamahiyaa said...

kak yie....kakak ipar aja (kakak kpd adi) pon awal puasa haritu detect breast cancer stage 4....huuhuhuh..
last 2 weeks...dok dah call bgtau dah xde harapan...huhuhuh...
sedih....kami masih rahsiakan hal tu drpd kakak ipar n mak mertua....huhuhu...cume skrg ni sentiasa bg support n cube je apa2 cara/kaedah rawatan pon....huhuhu....

t.a.t.a said...

Last hari raya pakcik saya masuk hospital. cancer dalam perut. final stage. jumpa dia tengok memang kurus macam gambar di atas tu. tapi lagi kurus. just macam kulit balut tulang aje.


bila kita dah lama tak jumpa seseorang, baru kita nampak perubahan diri memasing bila jumpa semula kan?

tasekM said...

moga dipermudahkan segalanya...

Gerb said...

Teringat arwah ayah aku. Semoga dipermudahkan.