Thursday, November 14, 2013

susu badam



Aku testing semalam buat almond milk. Katanya sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan, juga kalau bagi anak-anak minum pun bagus, baik untuk otak. Kebetulan aku ada beli almond haritu. So nak try lah. Aku google resepi, sangat lah senang.

Bahan-bahan:

Almond - 1 cawan. Nak guna raw almond atau roasted almond pun boleh. Mana-mana lah. Aku guna roasted almond. Kalau raw almond biasanya orang rendam semalaman, kes aku, aku rendam dengan air panas 1-2 jam je.

Air - 300~400ml. Aku rasa air ni terpulang pada kita nak pekat macam mana.

Kurma - 4-5 biji. Ni untuk memaniskan susu badam, jadi terpulang juga pada tekak kita nak letak byk mana. Tapi semalam kurma takde, aku ganti dengan pisang. Haha, asal boleh aje.

Esen Vanilla - Letak sikit je, tak letak pun takpe sebab ni untuk menambahkan bau wangi vanilla je. Ada setengah resepi letak cinnamon powder, aku belum cuba lagi.


Cara-cara:

1. Rendam almond semalaman, buang kulit. Basuh bersih-bersih.
2. Kalau guna kurma, kurma pun rendam juga supaya ianya lembut.
3. Masukkan semua bahan dalam pengisar, dan blend sehingga betul-betul hancur.
4. Kemudian tapiskan susu badam dengan penapis halus, aku guna tapis kopi tu aje, hihi.
5. Dah tapis, blend sekali lagi, lepas tu tapis lagi.
6. Kalau guna raw almond, dah siap blend kena masak dulu, sama macam buat air soya. Tapi macam aku guna roasted almond tak payah masak, aku cuma blend dengan air suam.
7. Sedia untuk diminum.

Cara simpan, kena simpan dalam peti sejuk, tahan 3-4 hari (kata google lah), ataupun boleh guna kaedah simpan stok susu ibu, letak tempat sejuk beku tu.

Senang je kan.

Sila lah buat.





13 comments:

Dr K said...

Hahahahah...

Terperanjat saya tau!!

Mula mula tgk gambar tu, terus pelik...kenapa tayang satu bekas besar SUSU BADAN??

Rupa rupanya Susu Badam :P

Julie Shahril said...

dziyyad: adoi...lawak btol, sakit perut gelak nih. susu badan saya tak sebanyak itu, kalo byk 1 gelas besar mmg dah riang ria dah saya. Baca btol2...salah baca makna dah lain...heheheheee.. :D

tasekM said...

nak sikit susu badan!

keh2.

t.a.t.a said...

tu la pasal, ingat kot salah eja. hahaha.

Gerb said...

Oh tak yah tapis ye. minum terus.

Julie Shahril said...

tasek: jappp...aku perah, hihi

tata: ejaan betol..silap baca jek

boboi: Opps..kena tapis, aku lupa tulis.

Julie Shahril said...

boboi: Jappp...aku dah tulis kena tapis, no.4

cinta said...

sy je baca betul2. hi2..
menarik n nmpk sdap. nak cuba jgk.

gadisBunga™ said...

daddy Ziyyad ni kene tambah power spek nih. adoi...

ok dak julie. thank you. kite nak buat esok!!!

mimi said...

very intersting
kene try nnti

mimi said...

nk tanya something n pasal makanan baby tu..email plz :)

Julie Shahril said...

mimi: julie@mmcogel.com.my

gadisBunga™ said...

saya dah buat. yeayyy!!! tq dak julie for the resepi!